|
|
| |
 |
|
| |
Diplomasi bola untuk satu padukan pemuda |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 16HB JANUARI 2007: JIKA DENGAN MELETAKKAN SEBIJI BOLA dipadanag boleh menyatupadukan 50 belia-belia dari berbagai latarbelakang, NDP tidak akan ragu-ragu meletakkan 100 biji bola dipadang untuk meyatupadukan 5000 belia-belia kearah usaha memperkasa jati diri aset negara ini.
Ini ditekankan oleh Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman semasa melancarkan perlawanan persahabatan antara pasukan Kelab Beragon dengan Kelab Young Warriors. Pemain-pemain pasukan terdiri dari anak-anak ahli-ahli NDP dan teman-teman mereka dan juga ahli-ahli Himpunan Pemuda NDP.
Perlawanan tersebut dianjurkan oleh Himpunan Pemuda NDP dan berlangsung di padang Komplek Sukan Mumong pada hari Ahad baru ini.
|
Sdra Morshidi menendang bola untuk merasmikan perlawanan persahabatan antara Beragon dan Young Warrior |
"Bayangkan dengan sebiji bola kita boleh menyautpadukan 50 belia-belia di daerah ini yang sebelum ini ada sebilangan dari mereka mungkin terasa tepinggir dari arus perdana pembangunan sosial negara", tegas Sdra Morshidi.
"Apa lagi kalau kita letakkan 100 biji bola, seramai 5000 belia-belia boleh kita satupadukan dan dididik melalui sukan kegemaran mereka akan pentingnya mereka punya jati diri yang teguh, semangat setiakawan, bermasyarakat, bernegara dan semangat juang yang tinggi", tambahnya lagi.
"Melalui usaha ini NDP akan berusaha menanamkan semangat berpasukan dan disiplin berorganisasi kedalam diri belia-belia ini agar nanti mereka boleh menjadi masyarakat yang bersatupadu yang punya semanagat bernegara yang tinggi".
|
Pemain-pemain sedang berehat dan berinteraksi sebelum permainan dimulakan |
Akan tetapi, ujar sdra Morshidi, kunci kejayaan tidak sepenuhnya terletak ditangan belia-belia.
Kederasan dan kehangatan angin kesedaran yang kita tiupkan kedalam jiwa-jiwa belia-belia ini perlu kita terus pelihara agar ianya tidak menurun dan terhakis, tegasnya.
Untuk itu, tambahnya, seluruh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP mestilah terus memberikan sokongan moral kepada usaha ini. Pemimpin-pemimpin NDP, khasnya, bukan sahaja perlu 'turun padang' untuk menjeguk mereka atau hanya untuk melihatkan muka. Jika ada perlawanan di daerah-daerah lain contohnya, kita tidak sekadar turun padang untuk mencukupkan syarat dan untuk mencari buah-buahan, pakis rabong, udang galah dan kembayau kegemaran kita untuk dibawa pulang.
"Istilah 'turun padang' sudah lapuk. Sekarang kita bukan sahaja turun padang akan tetapi 'berluai' di padang bersama belia-belia.
"Kita mestilah mendekati mereka dan menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka dan keikhlasan kita untuk melihat mereka terus maju dan berjaya seperti yang ditunjukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Al Marhum ayahnda Baginda yang bukan sahaja turun padang akan tetapi sentiasa berluai di padang bersama rakyat", ujar sdra Morshidi lagi dalam ucapan yang ditujukan kepada beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan pemimpin-pemimpin NDP yang lain yang hadir di acara tersebut..
Juga turut hadir untuk menyaksikan perlawana pesahabatan tersebut ialah Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dan beberapa orang ahli MT NDP serta pemimpi-pemimpin NDP yang lain dari luar daerah Belait.
|
Pasukan Kelab Beragon dan Young Warriors bergambar ramai bersama Timbaan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman |
Diakhir acara tersebut, Ayahnda Yasin Affandy dan juga sdra Morshidi menyampaikan sijil-sijil kepada pemain-pemain sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka untuk menjayakan acara hari itu. |
|

Gambar kiri: Ayahnda Yasin Affandy menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada pemain-pemain Young Warriors yang telah memenagi perlawanan persahabatan tersebut.
Gambar kanan: Sdra Morsidi menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada pemain-pemian Kelab Beragon.
|
Ayahnda Presiden, Yasin Affandy, Timbalan Presiden sdra Morshidi, Naib Presiden NDP Belait, Sulaiman Metrasad dan Awang Zahrin Tawel, Timbalan Ketua Himpunan Pemuda bergambar ramai bersama ahli-ahli Bulan Sabit Merah yang sudi memberikan perkhidmata di acara tersebut. |
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|