Sidang gerakan Islam SEA lulus empat pelan bertindak

NDP sertai sidang bersejarah


Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang serius membincangkan sesuatu dengan wakil Hamas, Omar Obeid (kiri)

 
 
KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Sidang meja bulat gerakan pertubuhan Islam Rantau Asia (SEA) yang dianjur PAS hari ini sepakat meluluskan empat resolusi berupa pelan bertindak menangani kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestin dan Lubnan.

Sidang meja bulat yang diadakan di Kelab Century Paradise dekat Taman Melawati itu dihadiri lebih 15 pertubuhan Islam, parti politik dan NGO Islam dari serata benua Asia termasuk perwakilan dari Parti pembangunan Bangsa (NDP).
Antaranya wakil Iran; pertubuhan Jamaat E Islami dari Paksitan; Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia; Parti Pembanunan Bangsa (NDP), Organisasi Islam Myanmar; Jamaat Islam Bangladesh; pertubuhan Islam Thailand; wakil Yemen dan wakil Hamas (Palestin). Sementara NGO Islam tempatan yang menyertai sidang tersebut ialah, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yayasan Amal Malaysia dan Jamaah Islah

Wakil NDP dipersidangan gerakan Islam SEA

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.