LIMBARUH HIJAU JUMAAT 1 JUN 2007 - PRESIDEN dan seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua ahli-ahli NDP Puak Iban dan keluarga-keluarga mereka yang sedang begembira merayakan hari besar mereka yang bermula pada hari ini.
Sempena mereka merayakan hari besar mereka, Ayahnda Yasin Affandy berseru kepada semua puak Iban Brunei terutama sekali mereka yang menjadi ahli-ahli NDP agar sentiasa menanamkan semangat ta'at setia yang tulen kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Baginda.
Ayahnda Yasin Affandy juga menyeru agar mereka terus menanamkan semangat nasionalisma dan patriotisma yang tinggi dalam diri mereka sebagai rakyat dan penduduk yang bernaung dibawah panji-panji Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Walaupun status puak Iban Brunei belum dimasukkan sebagai puak etnik Melayu Brunei namun ia bukanlah hendak di jadikan alasan untuk tidak dapat merasakan diri mereka sebagai rakyat Brunei, ujar Ayahnda Yasin Affandy.
Beliau, tambahnya yakin Kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka juseru mereka mestilah terus tabah dan sabar dengan berkeyakinan masa depan mereka dan anak cucu mereka akan terus terjamin dibawah pemerintahan Kerajaan KDYMM Baginda Sultan.
NDP, tegasnya akan terus berusaha membantu puak Iban dan puak-puak etnik Melayu Brunei yang lain mengenegahkan harapan-harapan mereka dan segala permasalahan yang mereka hadapi demi untuk sama-sama memperkukuhkan kesatuan bangsa dan negara yang kita cintai ini.
Kita tidak rela melihat ada dikalangan masyarakat dari puak-puak etnik Melayu Brunei yang terasa terpinggir dan di khautiri jika terus terabai akan menjadi masalah yang boleh menguggat kesatuan dan keselamatan negara, tegas Ayahnda Presiden NDP.
Sehubungan dengan itu, NDP akan terus mengambil pendekatan melalui dialog dan muzakarah dengan puak-puak etnik Melayu Brunei termasuk puak Iban dalam membantu KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda menanamkan semangat bernegara dan berbangsa kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini, kata Ayahnda Yasin Affandy sambil mengimbas kembali seminar dan begkel silang budaya anjuran NDP baru-baru ini yang telah berjaya membawa perwakilan dari semua puak-puak etnik Melayu Brunei termasuk puak Iban ke dewan perbincangan dan permuzakarah hingga dapat menghasilkan satu resolusi berhubung cabaran dan harapan puak-puak etnik Melayu Brunei.
|