STRATEGI PENJAJAHAN MELALUI PENDIDIKAN

(Bahagian akhir)

 

Bahagian pertama rencana ini telah menginsafkan kita, betapa dengan izin Allah SWT, muncullah seorang putera raja bernama Pengiran Muda Omar Ali Saifuddein yang telah ditakdirkan menjadi Sultan dan Yang Di Pertuan Brunei yang ke 28. Sebaik menduduki tahta Kesultanan Brunei, tanpa berlengah-lengah lagi, Baginda terus memberikan tumpuan kepada memajukan bidang pendidikan dan pembelajaran bagi rakyat dan penduduk Brunei.

 

Wawasan dan gagasan pendidikan yang di perjuangkan oleh Baginda untuk kepentingan  rakyatnya itu disambut oleh seluruh rakyat dengan penuh harapan, bahawa melalui pendidikan yang sempurna kelak kehidupan mereka dan generasi selepas mereka akan berubah kearah yang lebih baik.

 

Baginda tidak keseorangan dalam menanai misi tersebut. Dengan penuh komitmen, Parti Rakyat Brunei - PRB (1956) yang baru ditubuhkan ketika itu, turut menyambut  dan mendukung dengan setulusnya wawasan dan gagasan DYMM Sultan Omar Ali Saifuddein tersebut.

 

 Didalam Undang-Undang Tubuh Parti berkenaan, dalam Bahagian Sosial disebutkan:

 

(C. 3) Membanteras Buta Huruf di kalangan Rakyat166 (C. 4) Menuntut hak-hak belajar dan melanjutkan pelajaran bagi tiap-tiap rakyat dengan tidak pandang memandang167 (C. 9) Menuntut didirikan Pejabat Ugama yang teratur dan segala pekerja yang lengkap dan mendapat gaji yang sesuai.168

 

Secara praktisnya pula, PRB turun padang  dengan menubuhkan kelas-kelas membenteras buta huruf secara pro aktif diperingkat cabang dan ranting. Dalam laporan Kongres PRB 16Mei -18 Mei 1958,  yang disediakan oleh Ayahanda Yasin Affandy selaku Setiausaha Agung PRB ketika itu disebutkan :

 

“Kursus pembanterasan buta huruf telah dan sedang diselenggarakan dibeberapa Chabang dan Ranting:

 

1.      Chabang Saba diinisiatifkan oleh wakil Sekretaris Umum (Sdr. H.B Hidup).

2.      Chabang Serdang dan rantingnya Pelambayan diinisiatifkan oleh Sdr. Mahmud Tassim, Saidin Arsad, A.R Hidup dan Mahruf Tassim.

3.      Chabang Temburong diranting Batang Duri diinisiatifkan oleh A. Wahid, selaku Ketua Dept. Penerangan Chabang.

4.      Chabang Setia Pahlawan diinisiatifkan oleh Setiausaha Chabang.

5.      Chabang Kilanas diranting: Mata-Mata, Jerudong. Beribi dan Tungku.

6.      Ranting Tamoi diinisiatifkan oleh Saudara Ketua Dept. Penerangan Pusat (Saudara Othman Abd. Latif) dan saudara Pembantu Umum Pusat (saudara Umar Tamin)

 

Kursus ini adalah berjalan dengan baik dan sudah pun memperoleh hasil yang agak memuaskan”.169 Walau bagaimanapun, “kursus pembanterasan buta huruf ini telah diberhentikan untuk sementara waktu kerana tidak diizinkan oleh pemerintah kolonial.”170

 

Selain berusaha mengurangkan kadar buta huruf dikalangan rakyat, PRB juga “menuntut hak-hak belajar dan melanjutkan pelajaran bagi tiap-tiap rakyat dengan tidak pandang-memandang.”171

 

Kira-kira dua puloh tahun kemudian…Pada 1975, ketika PRB meneruskan semula perjuangan untuk menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan bagi Brunei dari luar negeri, parti itu telah melancarkan Manifesto Politiknya di kenali “Manifesto  PRB 1975”. Manifesto tersebut  juga turut menyentuh mengenai pendidikan, antara lain ia  melakarkan wawasan pendidikan parti dari peringkat rendah hingga universiti. Malah Manifesto tersebut telah mencadangkan penubuhan sebuah universiti dikenali dengan nama Universiti Hassanal Bolkiah.

 

Semua orang tahu bahawa sehingga awal tahun 70an, Kuasa Pentadbir British tidak memberikan penekanan sewajarnya terhadap perkembangan pendidikan di Brunei kerana kemaslahatan penjajahanya. Untuk menjaga kemaslahatannya itu, Kuasa Pentadbir British ketika itu, telah meletakkan  seorang Inggeris bernama A.D. Bumford menjadi Pengarah/Penasihat Pelajaran, Jabatan Pelajaran Brunei.

 

Bajet yang terlalu sedikit untuk sektor pendidikan seperti yang dipaparkan dalam jadual berikut menjadi bokti dakwaan ini.

 

Jadual 1: Bajet Kerajaan TM 1970-1977 (Bajet Pendidikan dan Bajet Keseluruhan- sumber Brunei Annual Report)

 

 

Tahun

Bajet Pendidikan

1970142

19, 386, 522

1971143

22, 812, 340

1972144

25, 941, 612

1973145

27, 990, 000

1974146

35, 220, 000

1975147

41, 880, 593

1976148

47, 304, 395

1977149

63, 360, 634

1978150

72, 280, 000

1979151

92, 540, 000

 

 

 

Jadual II: Bajet Pendidikan Mengikut Tahun

 

 

 

Antara tahun-tahun 1970-1973 peruntukan bagi sektor pendidikan adalah terlalu kecil iaitu dalam lingkungan 2% setahun sehaja.

 

Walau bagai mana pun, setelah penjajah British di kejutkan dengan pelarian politik dari Kemah Tahanan Berakas pada tahun 1973 dan seterusnya isu penentuan nasib sendiri dan kemerdekaan yang diketengahkan oleh Ayahanda Yasin Affandy dan teman-temannya Pak Azahari dan Pak Zaini Ahmad bergema di PBB pada tahun-tahun 1975/1976/1977, didapati peruntukan untuk pendidikan  melonjak sebanyak 8% dan seterusnya mencapai penambahan dua digit iaitu sebanyak 15% dalam tahun 1979.

 

Perkembangan ini juga melibatkan pembinaan sekolah-sekolah baru seperti yang dapat dilihat dalam jadual III di bawah. 

 

 

 

 

Jadual III: Bilangan Sekolah Mengikut Tahun

 

 

Ketika membentangkan kes tuntutan penentuan nasib sndiri dan kemerdekaan Brunei di PBB di sessi ke 30 Komiti Empat Perhimpunan Agung PBB 13 Nov.1975, Pak Azahari selaku ketua delegasi telah mengkeritik British selaku Kuasa Pentadbir di Brunei kerana membelanjakan sebahagian besar  peruntukan  Negara pada tahun itu kepada pertahanan dan unit perisikan sedangkan rakyat lebih memerlukan kemudahan-kemudahan dibidang pertanian, kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Antara lain Pak Azahari  menyebutkan:

 

We would also like to draw the attention of the Committee to the fact that 25% of the Sultanate’s current expenditure for 1975 goes to defence (B$110.6 million) as againts the total budget of B$462.8 million. The Security and Intelligence Unit in addition gets a budget of B$7 million. Such a huge expenditure is totally unwarranted in view of the size of our country. Indeed, this sum could have been better spent in providing the people of Brunei with better facilities in agriculture, health, education and social welfare.

 

Pendirian konsisten PRB dan kritikan-kritikan berat yang dilontarkannya terhadap Kuasa Pentadbir British melalui PBB dan di forum-forum antara bangsa yang lain tidak syak lagi telah menimpakan satu tekanan kepada pihak penjajah British yang akhirnya terpaksa akur kepada tekanan antara bangsa. Kuasa pentadbir British terpaksa menimbang tuntutan-tuntan politik PRB termasuk membangunkan sektor pendidikan dengan menambah bajet pendidikan ditahun-tahun selepas itu serta menjanjikan sebuah kemerdekaan buat Brunei.

 

Jadual II  diatas menyaksikan lonjakann bajet pendidikan seperti yang disebutkan..

 

Maha suci Allah yang telah memperingatkan manusia mengnenai hal ini di dalam Al Quraan bermaksud:

 

Sesungguhnya penjajah, apabila mereka menjajah sesebuah negeri mereka merosakkan negeri yang mereka jajah itu. Merekalah yang menyebabkan rakyat negeri tersebut menjadi mundur walau pun dahulunya rakyat di negeri yang mereka jajah itu merupakan bangsa yang maju. (Dan berwaspadalah), mereka sentiasa bersikap sedemikian rupa.( Al-Quran Surah An Naml ayat 34).

 

Apa yang boleh dipelajari dari rentetan sejarah ringkas ini ialah, kesepaduan dan kerasian (concerted and coordinated effort) antara pemimpin dan rakyat bakal membawa kesejahteraan untuk semua. Kedua, Penjajah boleh mencorakan sebuah bangsa yang mulia itu manjadi hina. Ketiga, penjajahan kini boleh berlaku dalam berbagai bentuk.

 

Dalam konteks kita bernegara hari ini,  NDP beriqrar akan tetap bersama  Kebawah DYMM dan zuriat-zuriat Baginda dalam apa jua keadaan   buat selama-lamanya. Insyaallah. – Wallahwa’alam.

 

 

 



166 Zaini Haji Ahmad (Editor), Partai Rakyat Brunei, Dokumen Terpilih, (Kuala Lumpur : INSAN, the Institude of Social Analysis, 1987), hlm. 87

167 Ibid

168 Ibid

169 Laporan Kongres ke 2 Parti Rakyat Brunei pada 16-18 Mei 1958

170 Minit Sekitar Kongres Partai Rakyat Brunei Kalimantan Utara pada 16-18 Mei 1958

171 Manifesto PRB, 1956.

142 BAR 1972, hlm. 72

143 Ibid

144 Ibid

145 Brunei Statistical Yearbook 1981/1982, hlm 73

146 Ibid

147 Laporan Tahunan 1977, hlm. 71-72

148 Ibid

149 Ibid

150 Brunei Statistical Yearbook 1981/1982, hlm. 73

151 Ibid