Ramadhan di isi dengan tedarus al-Quran

 
 
SERIA 20 SEPTEMBER 2007 - Peluang meraih pahala berlipat ganda, berlumba-lumba mendapatkan keridhaan dan keampunan Allah di bulan ramadhan bulan mulia yang penuh keberkatan tidak disia-siakan oleh bebrapa orang ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bersama rakan-rakan dan jiran-jiran mereka di Seria.

Mereka sejak hari pertama bulan ramadhan telah
bersama-sama menyemarakkan bulan mulia ini dengan bertedarus al-quran di bilek mesyuarat sementara Badan Perhubungan NDP Belait yang bertempat di rumah Dayang Hajjah Siti Mudim Bakar di Kampong Mesjid Seria.

Sekarang sudah masuk minggu kedua mereka menghidupkan hari-hari di bulan ramadhan yang mulia ini dengan sesi bertedarus tersebut.

Sementara itu di Brunei-Muara di fahamkan ahli-ahli NDP juga meneruskan aktiviti betedarus cara bersambung-sambung dari rumah-rumah masing-masing mengikut giliran.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.