LIMBARUH HIJAU 04 SEPTEMBER 2007 - PERLUNYA HIMPUNAN WANITA NDP (HAWA) bergerak menuju kearah merealisasikan harapan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat semua lapisan rakyat termasuk kaum wanita memainkan peranan aktif daqlam sama-sama membangun bangsa dan negara telah ditekankan di sesi muzakarah anjuran Jawatankuasa Bertindak Menjunjung Titah (BMT) baru-baru ini.
 |
Muzakarah antara ahli-ahli JK BMT dan ahli-ahli exco HAWA berlangsung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong pada 18 Ogos baru ini.
Ianya diadakan sebagai salah satu lagi program jerayawara berterusan BMT untu tujuan membantu parti membentuk barisan pemimpin yang peka titah sebagai dasar pembangunan bangsa dan negara yang seharusnya terus dijayakan dalam segala pelan tindakan
mereka.
Perjumpaan di pengerusikan oleh Awang Halim Haji Jumat, Pengerusi JK BMT.

Di sesi tersebut beliau menjelaskan peranan Jawatankuasa BMT sebagai pengerak dalam usaha membentuk pemimpin-pemimpin NDP yang peka titah dan program jerayawara sebagai pelantar percambahan minda untuk mencetuskan ide-ide baru selaras dengan matlamat akhir penubuhan JK BMT.
Dayang Hajah Saemah Kefli, Ketua HAWA di sesi tersebut meluahkan sokongan atas inisiatif tersebut dan berharap ianya akan berjaya mencapai matlamat yang dituju.
Katanya NDP bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk membentuk pemimpin-pemimpin yang peka titah
malahan ianya juga berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat untuk, meningkatkan kesedaran dan komitmen pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli terhadap perjuangan parti.
Justeru, tambah beliau inisitaif JK BMT adalah langkah bijak dalam usaha membantu parti menagani cabaran yang lebih hebat itu.