pusat NDP di Jerudong. Juga ikut sama-sama menjayakan majlis yang sederhana itu ialah ahli-ahli Himpunan Wanita dan juga ahli-ahli Himpunan Non-Muslim.
Majlis dianjurkan oleh Jawtankuasa Keraian dubawah pimpinan Awang Abdul Halim Jumat. Selaku pengerus JK Keraian beliau telah menyampaikan
ucapan alu-aluan dimajlis tersebut. Juga turut berucapa ialah Ayahnda Yasin Affandy Presiden NDP.
Ayahnda Presiden NDP Yasin Affandy dalam ucapan sempena hari bersejarah itu berkata majlis yang adakan dengan sederhana itu menunjukkan NDP menerapkan nilai-nilai murni ajaran Islam yang positif dan bertepatan dengan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
Katanya format ini tidak terlepas dari hasrat semua ahli yang cenderung untuk mengisi Sambutan Ulangtahun Kedua NDP ini jauh dari sifat membazir.
"Semoga sikap sederhana dan berjimat cermat ini akan menjadi budaya dalam menganjurkan majlis-majlis atau aktiviti-aktiviti parti dimasa hadapan".
"Mudah-mudahan apa yang kita usahakan ini diterima Allah s.w.t. sebagai amal yang berkebajikan dan doa yang kita panjatkan diterima dan dimakbulkan".
 |
Ujarnya kita bukan sahaja memohon keampunan atas dosa, kesalahan dan kebaikan diri sendiri dan keluarga juga demi kebaikan bangsa dan negara serta raja pada keseluruhannya. Kita juga berdoa untuk semua umat yang terzalimi seperti bangsa Palestin, Afghanistan, Iraq dan tempat-tempat lain-lain di diberbagai negara. Ini menunjukkan tingkat pemedulian kita kepada nasib orang lain. Semoga praktis doa ini akan kita laksanakan setiap masa, jelas Ayahnda Yasin Affandy.
Menyentuh mengenai
pengurusan perjalanan parti selama dua tahun yang lepas beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyokong-penokong, penderma-penderma termasuk penderma senyap yang berterusan memberikan sokongan kepada perjuangan parti. |
"Perbelanjaan yang terlibat dalam pengurusan NDP selama 2 tahun ini adalah hasil sumbangan daripada ahli-ahli termasuklah penyumbang senyap yang begitu prihatin dengan penuh iltizam terhadap perjalanan parti. Bertepatan dengan Pepatah Melayu : “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “Bulat air kerana pembentung, bulat manausia kerana muafakat”. Semoga semangat bergotong-royong/memucang-mucang dan beraup-aup disertai dengan semangat muafakat berkembang dikalangan ahli", ujar Ayahnda Yasin Affandy.
Pengalaman dan Cabaran
Menurut Ayahnda Yasin Affandy dalam usia yang masih terlalu muda, NDP banyak menempuh dan menghadapi berbagai pengalaman serta cabaran.
Katanya pengalaman dan cabaran telah membuat NDP bertambah dewasa dan matang.
"Kedewasan dan kematangan itu jelas terserlah ketika kita berdepan dan menyelesaikan sebarang masalah dengan mengenepikan sentimen dan sifat radikal serta penuh berhimah", kata Presiden NDP lagi.
 |
Menurut beliau lagi pengalaman yang paling menonjol dan mencabar kewibawaan parti apabila aduan diterima dari ahli-ahli NDP mengenai arahan pihak Polis supaya bendera-bendera rasmi NDP (Sang Setia) diturunkan di premis parti di Pejabat Ranting Pekan Belait 1 (Singa Menteri) dan Pejabat Badan Perhuhungan Daerah Temburong.
"NDP amat dukacita dan terkilan dengan arahan yang sama sekali di luar dugaan. Arahan itu seolah-olah sesuatu tindakan anti klimaks dalam suasana keceraiaan seluruh rakyat menyambut perayaan sambutan perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Ke 61 yang lalu".
|
"Kita patuhi arahan itu tanpa menimbulkan sebarang insiden yang tidak diingini. Namun demikian, NDP telah menghadapkan laporan lengkap bertulis kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan beberapa isu termasuklah pendirian semasa NDP, kepatuhan, penguatkuasaan pihak berwajib serta cadangan dan pertimbangan".
"Insya-Allah, laporan lengkap itu akan kita sembahkan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk perkenan tatapan dan perhatian Baginda".
"Begitulah cara dan gaya bagaimana NDP menghadapi dan menangani sebarang isu yang menampakkan kedewasaan dan kematangannya", tegas Ayahnda Yasin Affandy sambil menambah "Kita berbuat demikian supaya laporan seumpama itu dapat dikongsi bersama antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri dengan ketelusan NDP melahirkan haknya sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dalam mendukung konsep Melayu, Islam dan Beraja".
 |
Katanya NDP juga akan memohon perkenan membenarkan ahli-ahli NDP mengibarkan bendera rasmi dan logo parti di rumah masing-masing bersama-sama bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ketika menyambut perayaan Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan, Hari Ulang Tahun NDP dan sebarang perayaan parti yang lain. |
Walaupun begitu, tambah Presiden NDP, bagi NDP, arahan pihak Polis itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.
"Setelah diamat-amati dengan penuh teliti menunjukkan bahawa NDP sudah mendapat perhatian dan berjaya menampilkan diri sebagai ‘cabaran’ sehingga ada pihak-pihak tertentu yang terasa teancam dan tergugat", kata Ayahnda Yasin Affandy.
NDP peka dengan perkembangan semasa
Presiden NDP dalam ucapannya menegaskan NDP sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menyambut baik inisiatif, program dan projek-projek kerajaan yang positif.
"Menerapkan konsep “Mesra Pelanggan” umpamanya, merupakan langkah atau tindakan yang bijak. Konsep itu haruslah diselaraskan dan dipraktikkan di setiap Kementerian/Jabatan atau agensi-agensi kerajaan terutama yang bersangkutan dengan orang ramai".
"Menyentuh pembangunan yang sedang dan akan dirancang oleh kerajaan, haruslah sesuai dan tepat dengan keperluan teknologi semasa negara. Pembangunan infra-struktur dan teknologi yang tidak tepat merupakan pembaziran dan sekaligus menutup keinginan pelabur-pelabur untuk beroperasi di negara ini".
"Sehubungan dengan Produk Halal Brunei yang menjanjikan peluang komersial yang berbillion ringgit adalah diharapkan supaya dapat diurus serta ditadbir dengan penuh teliti dan perinci serta sistematik tanpa menjejaskan kepentingan agama dan negara".
"Kepentingan pengeluar, pengedar, penjual, pembeli dan pengguna juga diambil perhatian berat supaya tidak ‘bias’ atau memihak kepada satu-satu golongan tertentu sahaja", ujar Presiden NDP lagi.
Menangani cabaran semasa
Sepanjang 2 tahun usia NDP, kita juga telah berhadapan dengan kejadian dan peristiwa sama ada bersifat ‘stereo type’ atau yang tidak diduga, kata Presiden NDP menyentuh mengenai isu sosial dan cabaran semasa yang dihadapi oleh negara ketika ini.
"Umpamanya, kejadian banjir, tanah susur dan malapetaka angin kencang. Gejala-gejala sosial seperti kes-kes curi, penyalah-gunaan dadah, penyeludupan minuman keras, khalwat, rasuah, sumbang mahram dan tidak terkecuali anak-anak remaja lari dari rumah seolah-olah tidak terbendung dan meresahkan sekali".
"Khutbah Jumaat yang lalu menyentuh pakaian terutama dikalangan remaja yang mendedahkan aurat yang seharusnya ditutup mengikut hukum syarak. Perkara ini berlaku secara berleluasa tanpa segan dan silu. Akhbar Borneo Bulletin keluaran Rabu lalu pula menyentuh tangkapan kes-kes kecurian majoritinya terdiri dari murid-murid sekolah yang tercicir".
"Kes-kes gejala sosial dan kejadian yang tidak diduga bukan sekadar jadi bahan sensasi berita, tetapi haruslah dikaji dan ditangani dengan penuh teliti dan efektif".
Ujarnya
NDP boleh mengambil peluang memainkan peranannya dengan memberikan kerjasama kepada pihak Kerajaan supaya mengkaji semula sistem-sistem, peraturan-peraturan dan undang-undang yang pincang dan lemah, dipertingkat dan dikemaskinikan disamping meningkatkan pemantauan yang lebih berkesan dan menyeluruh.
Agensi kerajaan responsif
NDP tegas Ayahnda Yasin Affandy amat menghargai sebahagian dari Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang menunjukkan sikap reponsif dan toleransi.
'Pihak ROS begitu mengambil perhatian berat yang berhubungan dengan perjalanan dan kemajuan parti. Begitu juga usul-usul Kongres Agung Pertama yang dipanjangkan dan Resolusi Seminar Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa (Kearah Perpaduan Nasional : Cabaran dan Harapn) yang dihadapkan kepada pihak-pihak yang tertentu mendapat maklum dan tindakan balas yang menggalakkan".
"Adalah menjadi harapan kita semua hubungan antara keduanya akan berkembang dengan lebih konstruktif dan mesra dari masa ke semasa".
"Sejauh manakah kita telah memainkan peranan yang kita canangkan NDP sebagai rakan kongsi strategik Kerajaan?"
"Kita punya wawasan untuk menangani masalah-masalah tersebut disegi hukum dan undang-undang. Ianya merupakan komitmen yang harus dipikul dan ditunjukkan oleh setiap ahli dari peringkat atas hingga ke akar umbi".
"Kita tidak mahu hanya berslogan di atas kertas. Kita harus turun padang dengan menyumbang setakat yang kita mampu. Jangan sampai menghakis perhatian, kerpercayaan dan keyakinan pihak tertentu termasuk orang ramai terhadap cita-cita dan perjuangan parti", seru Ayahnda Yasin Afandy lagi.
Katanya jatuh bangun sesuatu bangsa bukan dicanai atau dicipta oleh bangsa lain, tetapi ia dilakar oleh tangan atau atas usaha bangsa itu sendiri. “Mata kapak tidak mampu menumbangkan sebatang pokok, tetapi dahan atau batang kayu pokok itu sendiri yang membantu mata kapak membaham atau menumbangkan pokok”. Jadi, antara kerajaan dan rakyat harus berjalan seiring dan bekerjasama dalam pembangunan bangsa dan negara, tambahnya.
Dari itu katanya, NDP akan tetap terus memainkan peranannya selari dengan slogan keramat “Menjunjung Titah, Membangun Bangsa” hingga mencapai matlamat dan terlaksana cita-citanya sebagai rakan kongsi strategik kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat paling atas untuk menanai dan merealisasikan slogan keramat itu.
TEKS UCAPAN PENGERUSI TERTINGGI KEBAJIKAN DAN KERAIAN PERINGKAT PUSAT SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN NDP KALI-2