NDP alu-alukan langkah BEDB

 
 

30 SEPTEMBER 2007 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat menyambut baik langkah bijak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melantik anak Brunei yang berkelulusan tinggi untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Pegawai Eksekutif baru Lembaga tersebut.

NDP menaruh harapan dengan perlantikan anak Brunei ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat yang juga merupaan 'stakeholder' dalam segala peracangan dan kemajuan ekonomi negara bahawa kepentingan masa depan bangsa dan negara yang berlandaskan Melayu Islam Beraja akan terus terjamin dalam keghairahan menarik pelabur asing untuk sama-sama memajukan ekonomi untuk survival bangsa dan negara.

Anak Brunei tersebut ialah Dr Awang Abdul Manaf bin Haji Metusin dari Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Brunei di Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikkan beliau dengan titah perkenan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diumumkan oleh BEDB dalam satu siaran akhbar yang disiarkannya pada Khamis baru-baru ini.

Menurut BEDB perlantikkan beliau akan berkuat kuasa mulai 1hb Oktober ini. Selaku Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, beliau bertanggungjawab keatas hal ehwal perhubungan pemegang-pemegang 'saham' (stakeholders) dalam BEDB.

Dengan perlantikkan itu, Dr Awang Haji Manaf juga duduk dalam Lembaga sebagai anggota kanan pasukan pentadbir BEDB yang terdiri dari Pengerusi BEDB, Ketua Pegawai Eksekutif dan 3 lagi penolong Ketua Pegawai Ekeskutif yang masing-masing bertanggungjawab di bidang-bidang Kemajuan Prasarana, Promosi Pelaburan dan Hal Ehwal Koporat.

Dr Awang Haji Manaf merupakan anak tempatan berkelulusan Phd dalam bidang pentadbiran
dari Universiti Kent United Kingdom. Sebelum ini beliau telah menjawat jawatan selaku Pengarah Bahangian Ploisi dan Kordinasi di Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Dekan di Universiti Brunei Darussalam.

Baru-baru ini BEDB juga telah melantik Louis Heuze, seorang warga Pernachis dan Pengurus Total Group Brunei sebagai ahli lembaga pengarah baru BEDB.

Dengan perlantikan Louis Heuze dan juga Dr Awang haji Manaf menjadikan bilangan ahli Lembaga Pengarah BEDB sejumlah 12 keahlian.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah terdiri dari Dato Paduka Timothy Ong, selaku Pemangku Pengerusi BEDB, Vincent Cheong selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato Paduka Lim Beng Thai, Pengerusi Bee Seng Shipping Company, Mr Pierre Imhof, Pengurus Am Baiduri Bank dan Louis Heuze, Pengurus Total Group Brunei.

Ahli-ahli lain ialah Dato Paduka Hj Metassan bin Momin, Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Dato Paduka Hj Mohd Hamid bin Hj Mohd Jaafar, Setiausaha Tetap di Kementerian Industri dan Sumber-Sumber Utama, Pg Kerma Raja Pg Hj Kamarulzaman bin PPSDSB Pg Hj Ali, Pengerusi Sungai Liang Authority dan Dato Paduka Hj Kamis bin Hj Tamin, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.

BEDB yang di bentuk oleh Kerajaan KDYMM pada 26 November 2001 merupakan sebuah perbadanan yang diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas dan tanggunjawab yang digariskan dalam amenman Order 2001 Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.

Antara tugas dan tanggunjawab utama BEDB ialah untuk mengalakkan pertumbuhan, pengluasan dan kemajuan ekonomi negara dengan mempromosiakn Brunei Darussalam sebagai destinasi pelaburan.

BEDB juga bertanggung jawab melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dan bertanggungjawab menyediakan rancangan mempromosikan pelaburan, insentif dan strategi pemasaran untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara di bidang industri berteknologi tinggi dan berdayamaju serta di sektor perkhidmatan 'skill-insentif' yang mempunyai prospek dipasaran export.

Selain itu BEDB juga bertanggungjawab membantu memudahkan perkembangan dan kemajuan industri termasuklah memberikan sokongan kepada kemajuan perusahaan kecil dan sederhana.

Pada masa ini BEDB memfokuskan usaha merancang, mempromosiakn dan memajukan tapak-tapak industri dan juga kemudahan-kemudahan strategik dan berdayasaing untuk industri-industri yang diberikan keutamaan termasuklah memajukan Pulau Muara Besar dan Sungai Liang.

Artikel awal mengenai BEDB

Ahli baru untuk mencerna Kemajuan Ekonomi Brunei
Meninjau badan koporat mencerna kemajuan ekonomi
Jangan terlalu mengharap kepada kerajaan

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.