LIMBARUH HIJAU 09 SEPTEMBER 2007 - PERLANTIKAN seorang ahli baru dalam Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) mewakili sebuah syarikat minyak dan gas nombor 4 terbeasr di dunia mengambarkan satu lagi langkah strategik Kerajaan KDYMM untuk meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan yang berdayasaing.
Perlantikkan Louis Heuze, Pengurus Am Total Group Brunei sebagai ahli lembaga pengarah baru BEDB juga dapat dilihat sebagai strategi untuk menyakinkan kesungguhan Kerajaan KDYMM mengalakkan, memajukan dan memperluaskan lagi pertumbuhan ekonomi negara melalui program mempelbagai ekonomi yang boleh memberangsang penglibatan pelaburan dari dalam dan luar negara (FDI).
BEDB merupakan sebuah perbadanan yang telah di berikan kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas dan tanggunjawab yang digariskan dalam amenman Order 2001 Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.
Dalam amenmen Order 2001 itu, BEDB telah dibentuk semula untuk menjadi sebuah badan koporat yang diberikan kuasa mengikut peruntukan yang disediakan untuk memiliki dan kuasa melepaskan harta sama ada yang berbentuk menetap seperti tanah, bangunan dan prasarana atau yang boleh berpindah-pindah seperti jentera. Sebagai badan koporat BEDB juga boleh menyaman dan di saman di mahkamah mengikut peraturan dan undang-undang yang telah di peruntukkan.
Antara matlamat yang dituju BEDB untuk mempelbagai ekonomi negara ialah menarik sejumlah BND 4.5 billion pelabiuran baru dan menyediakan sejumlah 6000 pekerjaan tetap pada tahun 2008.
Antara tugas dan tanggunjawab utama BEDB ialah untuk mengalakkan pertumbuhan, pengluasan dan kemajuan ekonomi negara dengan mempromosiakn Brunei Darussalam sebagai destinasi pelaburan.
BEDB juga bertanggung jawab melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dan bertanggungjawab menyediakan rancangan mempromosikan pelaburan, insentif dan strategi pemasaran untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara di bidang industri berteknologi tinggi dan berdayamaju serta di sektor perkhidmatan 'skill-insentif' yang mempunyai prospek dipasaran ekspot.
Makanya pada masa ini BEDB memberikan tumpuan kepada 2 strategi untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara iaitu keutamaan kepada usaha merancang, mempromosikan dan memajukan Pulau Muara Besar dan Sungai Liang dalam rancangannya memajukkan
tapak-tapak industri dan menyediakan kemudahan-kemudahan strategik dan berdayasaing untuk industri-industri yang dikira berdaya saing, berdayatahan dan berpotensi untuk menarik pelabur asing.
Projek Sungai Liang contohnya merupakan 90 peratus projek pelaburan asig dan jika berjaya dilaksanakan akan menjadikan Brunei antara negara pengeluar terbesar metahnol di dunia dan projek tersebut telah menjanjikan anggaran 6000 peluang pekerjaan dan juga banyak peluang perniagaan sampingan kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Kunci utama kejayaan projek mega ini bergantung kepada kejayaan perkongsian antara Kerajaan dan sektor swasta serta pelabur asing dari peringkat perlaksanaan projek tersebut
hinggalah ke peringkat pemasaran bahan metahnol nanti.
Projek kemajuan Pulau Muara Besar pula melibatkan usaha menyelidiki, merancang dan memajukkan Pulau Muara Besar untuk dijadikan sebuah Pelabuhan Mega Global yang berdayasaing dan berkeupayaan memberikan perkhidmatan pelabuhan dan perkapalan yang canggih.
Justeru jika kita teliti barisan 'pemain' penting dalam perlaksanaan projek mega ini jelas membayangkan strategi BEDB untuk membentuk pasukan yang kuat dari aspek ilmu, kebolehan, pengalaman dan juga kedudukan 'pemain-pemain' di arena perniagaan dan dalam masa sama hubungan pasukan BEDB dengan Kerajaan.
Kekuatan pasukan BEDB jelas sangat strategik kerana dalam pasukan ini terdapat orang kuat di bidang perbankan, perkapalan, pentadbiran dan juga pemasaran bahan methanol. Ianya juga strategik dari aspek sistem delivery kerana dalam pasukan ini duduk empat pegawai kanan kerajaan yang mewakili Jabatan Perdana Menteri, Kewangan, Industri dan juga penguat kuasa industri Sungai Liang.