SERIA 16 SEPTEMBER 2007 - BADAN PERHUBUNGAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) BELAIT akan terus mengambil inisiatif untuk mengisikan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti berkebajikan.
Perkara ini ditekankan oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait di sesi muzakarah bersama ahli-ahli Badan Perhubungan NDP Belait petang tadi yang berlangsung di rumah Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa di Seria.
Awang Sulaiman selaku Ketua Badan Perhubungan menjelaskan antara aktiviti yang akan diungkayahkan termasuklah kempen memberishkan tanah perkuburan di tapak-tapak perkuburan yang telah dikenalpasti memerlukan pembersihan.
|
|