Kempen sempena ramadhan

 
 
LIMBARUH HIJAU 14 SEPTEMBER 2007 - AHLI-AHLI BADAN PERHUBUNGAN NDP BELAIT serta beberapa orang ahli NDP yang lain pada Rabu baru lalu telah berganding bahu bersama anak-anak kampong Labi untuk mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan orang Islam di Tanah Perkuburan Turunan Labi.

Rombongan NDP diketuai oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait yang juga merupakan Ketua Badan Perhubungan NDP Belait.


Juga turut serta untuk bergotong royong bersama penduduk Labi membuat kerja amal sempena kedatangan bulan Ramadhan itu ialah Awang Haji Yunus Hj Mohd Suhaili, Ketua Biro Agama, Awang Haji Ali, Ahli Majlis Tertinggi NDP bahagian Kuala Belait dan lain-lain anggota NDP termasuk Awang Emran, Timbalan Ketua Badan Perhubungan NDP Belait, Pengiran Ismail, Ketua Penerangan Badan Perhubungan NDP Belait, Dayag Rozmie, Setiausaha Badan Perrhubungan dan Awang Yahya Janai, ahli Badan Perhubungan NDP Belait.

Gambar kanan: Pengiran Ismail dan Awang Emran
Gambar Kiri: Dayang Rozmie bergambar bersama salah seorang penduduk Labi
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.