JEJAK EHSAN    RAMADHAN AL-MUBARAK

 
 
Di samping menjalankan amalan ibadah berpuasa, HAWA NDP juga turut melakukan kegiatan berkebajikan bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah masyarakat yang kurang berkemampuan sebagai meneruskan Program Jejak Ehsan mereka.

Dalam perjalanan hari ini 28hb Sept 2007 rombongan seramai tujuh orang anggota HAWA NDP yang diketuai Ketua HAWA Pusat daripada kira-kira pukul 7:00 pagi lagi telah turun dari rumah untuk membuat perjalanan jejak ehsan di tiga buah rumah seluruh negara.


Jejak Ehsan pertama telah mengunjungi rumah usang seorang ibu tunggal yang telah kematian suaminya sejak hampir 10 tahun di No 65 Simpang 65 Kampong Madang Berakas.

Rombongan jejak ehsan tahun ini disertai oleh Setiausaha HAWA Pusat Dayang Safiah binti Hj Zaini, Naib Ketua 2 Ranting Singa Menteri Dyg Rosme bte Hj Maidin, Naib Ketua 2 Ranting Kampong Pandan Dyg Rohana binti Haji Junaidi, Naib Ketua 2 Kampung Lumut Dyg Salus bte Ghani dan Jawatankuasa Penggerak HAWA Pusat Dyg Hjh Rokiah binti Inci dan jawatankuasa HAWA Ranting Singa Menteri Dyg Zurina binti Seruji.


Tujuan program ini antara lain adalah dengan hasrat memberikan kesedaran kepada anggota-anggota ahli HAWA NDP tentang tanggungjawab berperanan dalam sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat yang kurang berkemampuan bukan sahaja secara huluran bantuan malahan sentiasa memberikan keprihatinan daripada sokongan moral dan kasih sayang terhadap mereka.

Adalah menjadi hasrat HAWA Pusat supaya program Jejak Ehsan ini akan terus disertai oleh anggota-anggota ahli wanita NDP secara bergilir-gilir melalui wakil-wakil di seluruh negara supaya dapat menyemaikan sikap suka tolong menolong, menyedari akan kesusahan orang lain dan suka turun padang mendekati masyarakat di kalangan akar umbi.

Selain itu menanamkan kesedaran kepada diri sendiri tentang kelebihan amalan bersedekah, membantu sesama manusia, dan supaya sentiasa bersifat ikhlas dalam apa jua perkara yang dilakukan.


Tersentuh hati melihat seorang balu berusia 58 tahun yang duduk di muka pintu menunggukan ketibaan kami yang sudah dijanjikan kepadanya.  Wajah ibu yang kesepian tanpa bersama anak-anak disisinya, agak ceria sedikit menyambut ketibaan kami masuk ke rumahnya yang sudah usang sambil mengingatkan rombongan untuk berhati-hati meminjak sebilangan lantai rumahnya yang sudah buruk dan hampir roboh.


Tambah tersentuh hati dibuatnya ketika wanita itu Dyg Hjh Mahal bin Yunus, terus melihatkan tulang betisnya yang hijau akibat terjatuh ke lobang lantai dapurnya walaupun rombongan itu belum sempat duduk, kelihatannya seperti sudah tidak sabar dia untuk meluahkan perasaan sedihnya kerana terpaksa menghadapi kesempitan hidup tanpa anak-anak yang sudi berada di sisinya kerana masing-masing sudah berkeluarga dan punyai tanggungan sendiri.
Dyg Hjh Mahal menceritakan dia mempunyai seramai lima orang anak, empat lelaki dan seorang perempuan yang juga sudah bercerai dan menanggung du orang anak lelaki yang masih kecil, manakala yang lain semuanya tidak mempunyai pekerjaan dan tinggal di tempat lain selain anak lelaki bungsunya tetapi malangnya sudah dimasukkan ke penjara untuk selama tiga tahun kerana kesalahan mencuri pada tahun lalu.

Rumah usang yang diduduki sekarang sudah berusia lebih 40 tahun warisan daripada Allahyarham bapanya di atas tanah tumpang sementara seluas setengah ekar dan dia tinggal di rumah itu sejak kematian suaminya pada tahun 1999 bersama anak bungsu lelakinya, ibu yang ditanggungnya yang juga sudah meninggal dunia dua tahun lalu.


Menurutnya rumahnya itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik sudah mengalami banyak kerosakkan termasuk lantai yang sudah mumut, tiang yang sudah retak dan atap yang bocor dan setiap kali hujun turun lantainya akan basah termasuk terdapat lobang besar di hujung katilnya akibat lantai yang roboh, begitu juga lantai-lantai di dapur dan tandasnya.


Dia memberitahu telah meminta permohonan daripada Baitul Mal untuk membina sebuah rumah bantuan di tanahnya itu, tetapi sehingga kini janji yang diberikan untuk pembinaan sebelum hari raya tahun lepas tetapi nampaknya sudah hampir menjelang hari raya tahun ini, belum ada sebarang tindakan lanjut daripada jabatan yang berjanji.

Dyg Hjh Mahal pada masa ini hanya menerima bantuan daripada fakir miskin sejumlah $160 termasuk untuk ibu dan anak lelakinya dan daripada bantuan Kebajikan Pembangunan Masyarakat sejumlah $200.00 menjadikan jumlah pendapatannya sebulan $360.00 yang didakwanya tidak cukup tambahan lagi barangan makanan pada masa ini sudah naik semuanya.

Ekoran kesempitan hidup itu Dyg Hjh Mahal mendakwa dia tidak pernah menyambut hari raya setiap tahun, tidak pernah berkemampuan untuk membeli pakaian baru, dia hanya duduk di rumahnya memerhatikan terbit dan terbenamnya matahari Aidil Fitri, tetapi dia tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tidak menghidap sebarang penyakit dan berdaya menunaikan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.



Menitis air mata Dyg Hjh Mahal apabila menyentuh perkara itu, sambil menambah katanya anak-anaknya pun tidak pernah melawatnya sejak selama lapan tahun kebelakangan sehingga hari ini, termasuklah di hari raya aidil fitri.


Sambil mengesat air matanya dia sempat mengucapkan setinggi-tinggi terima kaseh atas kesudian HAWA NDP berkunjung ke rumah usangnya itu, kemudian menadahkan tangannya dan berkata “semoga Allah sahaja yang membalaskan kebaikkan biskita”.


Dengan harapan untuk terus memberikan sokongan dan dorongan kepada ibu yang kesepian itu, HAWA NDP mengajaknya untuk menyertai himpunan itu menjadi ahli, tanpa berlengah dia terus bersetuju dan berjanji akan memberikan kerjasama jika diperlukan sedaya yang mungkin.


Dalam mesranya kami berbual muncul seorang wanita jiran Hjh Mahal yang kebetulan lalu di sana dan ingin berkenalan dengan rombongan HAWA, mungkin itulah hikmah daripada ketelusan perjalanan jejak ehsan wanita itu meminta borang dan menawarkan dirinya untuk memasuki NDP sama- HSK
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.