Sebagai langkah awal menjayakan Program Membina Keupayaan Ibu Tunggal jawatankuasa program tersebut yang di ketuai oleh Awang Haji Juned bin Haji Ramlee dengan kerjasama HAWA Pusat NDP telah mengirimkan sejumlah lebih 70 keping borang selidik kepada semua ibu-ibu tunggal ahli NDP di seluruh negara pada bulan Ogos lalu.
Ekoran daripada penghantaran borang selidik dengan menggunakan pos itu sejumlah lebih 20 borang setakat ini yang telah diisikan oleh ibu-ibu tunggal itu telah dikembalikan dan diisikan dengan lengkap mengenai kemahiran, pendapatan dan ramai tanggungang mereka.
Sehubungan dengan itu Ketua HAWA Pusat berharap kepada ibu-ibu tunggal yang telah menerima borang-borang selidik yang telah di poskan dan telah disedikan juga bersama dengan sampul surat dan setem untuk mengembalikannya supaya akan segera mengisikan dan mengembalikannya bagi keperluan melaksanakan dengan segera program yang telah dirancang.
|
|
.
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini Awang Haji Juned selaku Pengerusi program tersebut dengan kerjasama HAWA Pusat akan menyampaikan sedikit sumbangan berupa kuih muih dan minuman dan sepasang kain kepada ibu-ibu tunggal yang telah mengembalikan borang tersebut.
Majlis Penyampaian sumbangan itu nanti dijangka akan diadakan pada 6hb Oktober 2007 bertempat di Markas Sementara HAWA Pusat di No 11 Simpang 396-93-164 Kampung Jerudong.
|
Program Membina Keupayaan Ibu Tunggal secara berterusan itu akan di bahagikan kepada tiga kategori pertama Anugerah Ibu Tunggal Berjaya, Majlis Motivasi dan Kegiatan Pembangunan Perusahaan.
Program tersebut dengan visinya untuk melahirkan ibu tunggal contoh antara lain turut bertujuan untuk memberikan motivasi kepada mereka, memberikan pendedahan kepada mereka supaya dapat berusaha dan melepaskan diri daripada belennggu kemiskinan, dan menyediakan mereka satu ruang untuk saling berkenalan bagi membina kesafahaman dan kerjasama yang dapat menjuruskan ke arah menubuhkan perpaduan
|
Sehubungan dengan majlis penyampaian sumbangan itu kerja-kerja membuat kuih muih telah diungkayahkan oleh beberapa orang ahli-ahli HAWA Pusat dan Daerah baru-baru ini.
Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan yang diberikan akan dapat sedikit sebanyak meringgankan beban yang dipikul oleh ibu-ibu tunggal tersebut dalam menyediakan persiapan sempena menyambut hari raya aidil fitri yang hanya tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi.