Harapan tinggi KDYMM jangan di sembaranakan

 
 

LIMBARUH HIJAU 22 SEPTEMBER 2007 - Langkah Universiti Brunei Darussalam (UBD) menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar pensyarah dan pelajar UBD sekali-sekala dapat melakukan kejutan dengan membuat hasil-hasil kajian mereka dalam apa saja bidang yang kita ada patut di berikan pujian.

Baginda Sultan semasa bertitah di Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darusslam (UBD) Ke-19 pada 11 September lalu telah melahirkan hasrat tinggi ini dan Alhamdullilah titah KDYMM tidak bermalam. UBD dengan segera mengorak langkah dengan menubuhkan Unit Penyelidikan dan ‘Post Graduate Study’ baru-baru ini bagi menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan kajian.

Mudah-mudahan dengan langkah bijak ini UBD akan dapat membuat sekali-sekala kejutan seperti yang di harapkan oleh Baginda Sultan dengan menghasilkan kerja-kerja penyelidikkan yang boleh menjadi kebanggaan Negara Brunei Darussalam dalam menempuh zamannya yang panjang sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

Baginda melihat sumbangan ini paling penting dan bermakna yang boleh menghasilkan dapatan-dapatan yang bermutu dan berguna untuk memandu negara kearah kemajuan yang lebih terarah dan cemerlang.

Kita sememangnya kaya dengan khazanah-khazanah semula jadi di laut dan di daratan, bumi hijau yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang menakjubkan serta mempunyai spesies-spesies di hutan yang beraneka jenis tetapi belum diteroka.

Apa yang menyedihkan sehingga kini, beluam ada orang Brunei yang berupaya untuk menyelidik atau melakukan kajian tentang buminya sendiri.

Paling menyedihkan setelah 23 tahun merdeka dan setelah hampir 20 tahun UBD di tubuhkan dengan melahirkan ribuan graduan, kita masih lagi bergantung kepada pakar luar dan orang asing untuk membuat kajian di bumi kita dan kita pula terus berpeluk tubuh menunggu hasilnya.

Hinggakan di bidang perancangan kemajuan ekonomi pun kita masih bergantung kepada pakar luar untuk menyeldiki dan merancang program untuk mencerna masa depan ekonomi bangsa.

Justeru memang kena pada tempatnya Baginda Sultan menitahkan hasrat sedemikian kerana setentunya sudah cukup banyak wang negara dibelanjakan untuk membuat kajian dan penyeldiikkan menggunakan pakar luar dan orang asing.

Dalam hal ini pakar luar sudah tentu mendapat keuntungan yang berlambak dari kegaggalan sistem mpendidikan kita selama 23 tahun ini untuk melahirkan pakar sendiri.

Dalam aspek lain kita juga setentunya tidak terhalang dari mengalami kerugian lebih besar lagi apabila hasil dapatan dari kajian dan penyeledikkan yang dibuat oleh pakar luar ini akan lebih menjurus kerarah memenuhi kepentingan berterusan mereka untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak lagi dari saranan-saranan yang akan mereka syorkan.

Makanya tidak disangkalkan banyak kebaikan dari kerugian jika kita pakai orang Brunei sendiri untuk membuat kajian dan penyeledikkan di bumi sendiri.

Dengan menggunakan kepakaran tempatan kedaulatan dan maruah bangsa dan negara akan lebih terjamin kerana orang Brunei akan lebih berupaya membuat kajian dengan mengambil kira semua aspek termasuklah dari aspek nilai-nilai murni konsep Melayu Islam Beraja yang menjadi landasan selamat negara kearah menjadi sebuah negara yang merdeka, berdaulat, sejahtera dan sentiasa mendapat keampunan Allah.

Dalam hal melahirkan pakar-pakar pengkaji dan penyeledik tempatan ini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) memandang jauh kehadapan dengan meyarankan dalam manifesto politik nya bagi tahun 2006 - 2016 agar sistem pendidikan kita dapat memajukan manhaj penyelidikan di dalam penimbaan ilmu di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian dengan mempertingkatkannya dan dimulakan dari awal di dalam alam persekolahan generasi yang sedia ada dan yang akan datang.

Saranan ini dibuat dengan harapan agar sistem pendidikan kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, berfikir dan kreatif bukannya pandai cakap sahaja.

Diperingkat pendidikan tinggi pula, NDP juga telah menyarankan agar dapat di bangunkan dan dikembangkan kegiatan penyelidikan dan pendidikan di Universiti Brunei Darussalam (UBD) (dan institut pengajian tinggi [IPT] yang lain), seiring dengan keperluan semasa fakulti-fakulti berkaitan.

NDP juga melihat perlunya ditubuhkan sebuah Institut Pengajian Futuristik di UBD yang akan berperanan untuk melaksanakan kajian-kajian mengenai trend semasa serta pergolakan pelbagai isu yang dijangka mencorak keadaan masa hadapan yang bakal dihadapi oleh Negara Brunei Darussalam, dan hasil-hasil kajian dikongsi bersama Kerajaan Kebawah DYMM untuk dijadikan sebagai bahan rujukan di dalam merangka dasar dan rancangan-rancangan negara.

Juga perlu ditimbangkan ialah usaha untuk menyediakan kemudahan prasarana serta kelengkapan seperti makmal, kemudahan alat bantu mengajar dan penyelidikan yang termoden dan mencukupi, terutamanya dalam bidang sains, kepada UBD dan IPT yang lain.

Bertepatan dengan saranan Baginda Sultan itu, NDP juga telah menyarankan agar kemahiran dan kepakaran tenaga pengajar dari UBD (dan IPT yang lain) tidak disia-siakan. NDP yakin mereka ini boleh digunakan sebagai pakar runding atau pakar rujuk dalam sebarang projek dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.

Namun semua ini memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit, setidak-tidaknya perlu sumber kewangan. Disini NDP melihat perlunya peruntukan yang secukupnya disalurkan kepada UBD (dan IPT yang lain) untuk pembangunan prasarana, pembangunan sumber manusia, perkembangan fakulti-fakulti yang sedia ada di samping menubuhkan fakulti-fakulti dan program akademik yang baru.

Kita melihat perkara ini sangat penting bukan sahaja bagi menjayakan usaha melahirkan cerdik pandai dari kalangan orang Brunei akan tetapi juga dalam usaha melahirkan pakar-pakar pengkaji dan penyelidik dari kalangan orang kitani.

Bak kata pepatah Inggeris, 'No Money No talk' .

Kita berdoa semoga apa yang di hasratkan oleh raja kita bagi menghasilkan sesuatu kajian yang manfaatnya bukan sahaja untuk bangsa kita sendiri, tetapi dalam waktu yang sama menaikkan imej Negara Brunei Darussalam di mata dunia global akan terkabul, amin.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.