28 SEPTEMBER 2007 - Dalam langkahnya untuk berperanan sama dalam membantu meringankan beban yang di tanggung oleh masyarakat yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim di negara ini, Himpunan Wanita Pusat (HAWA) NDP telah mengambil inisatif turut serta menyumbangkan derma bagi mengisikan Tabung Derma Anak-Anak Yatim seluruh negara baru-baru ini.
Penyampaian bagi Lembaga Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Belait telah disampaikan pada 24hb September 2007 di Pejabat Pegawai Daerah Belait Awang Shahminan bin Haji Tengah merangkap Pengerusi Lembaga Tabung Derma Anak-Anak Yatim daerah itu.
Sumbangan derma itu telah disampaikan oleh Timbalan Ketua HAWA Pusat Dayang Halimah Binti Janai diiringi bersama oleh Setiausaha Hawa Pusat Dayang Safiah binti Haji Zaini, Naib Ketua Dua Wanita Ranting Singa Menteri Dayang Rosme binti Haji Maidin dan Naib Ketua Dua Ranting Pandan Dayang Rohana binti Haji Junaidi, hadir sama ialah Ketua Himpunan HAWA Pusat Dyg Hajah Saemah Haji Kepli.
|
|
Sejurus sebelum penyampaian sumbangan tersebut Penolong Pegawai Daerah Belait telah meluangkan masa untuk beramah mesra dengan HAWA menanyakan tentang bagaimanakah himpunan tersebut dalam usahanya membuat kutipan bagi sama-sama melibatkan diri dalam memberikan sumbangan yang berkebajikan untuk masyarakat itu.
Ketua HAWA menjelaskan, sumbangan adalah hasil daripada kutipan daripada sebilangan ahli-ahli dalam NDP dan juga dengan mengadakan jualan-jualan seperti garage sales yang diadakan di kawasan-kawasan Markas Pusat dan juga beberapa kawasan rumah-rumah ahli yang berstrateji untuk dikunjungi pembeli.
Beliau yang juga menyatakan kemungkinan agak sukar ke atas sebuah badan parti kerana tidak dapat menggunakan kawasan-kawasan kepunyaan Kerajaan ekoran telah diberikan Memo daripada Jabatan Perdana Menteri, dan turut mengesyorkan untuk bekerjasama dengan badan-badan Ngo’s seperti pasar-pasaraya yang besar untuk digunakan kawasan mereka sebagai kawasan untuk di sewa jika mengadakan jualan bagi tujuan menambahkan atau mengutip dana berkebajikan, dengan memohon terlebih dahulu ke pihak-pihak berkenaan jika ianya berbentuk jualan kutipan amal.
|
|
Selepas penyampaian beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah ke atas usaha yang gigih oleh Himpunan Wanita dengah hasrat untuk sama-sama tampil mengisikan tabung anak-anak yatim di seluruh negara dan berharap supaya usaha itu akan diteruskan dari masa ke semasa.
Sementara itu dalam penyampaian kepada Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Tutong pula sumbangan telah diterima oleh Pegawai Pentadbir Pejabat Daerah Tutong Awang Mohd Yassin bin Haji Ahmad sebagai wakil kepada Penolong Pegawai Daerah Tutong yang tidak dapat hadir kerana bermesyuarat, turut menyaksikan penyampaian tersebut ialah Urusetia Tabung Awang Sofian bin Haji Bungsu dan Awang Hakimi bin Abdullah.
Sumbangan mengisikan tabung tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha HAWA Pusat Dayang Safiah binti Haji Zaini, turut hadir ialah Ketua HAWA Pusat Dayang Hjh Saemah.
Manakala bagi sumbangan seterusnya kepada tabung-tabung di Daerah Temburong dan Daerah Brunei Muara dijangka akan dilakukan pada hari Isnin depan dan penyampaian oleh Awang Serudin bin Pungut Ketua Himpunan Non Muslim NDP bersama dengan exco HAWA daerag Temburong dan juga wakil-wakil HAWA Pusat bagi penyerahan di Daerah Brunei Muara.
Sumbangan derma anak yatim merupakan salah satu projek yang terus dilaksanakan oleh HAWA Pusat setiap menjelangnya hari raya aidil fitri, projek berkebajikan seterusnya akan turut di adakan ialah penyampaian sumbangan kuih muih dan minuman sempena hari raya kepada ibu-ibu tunggal yang dijangka akan diadakan pada 6hb Oktober jam 10:00 pagi bertempat di Markas HAWA Pusat di Jalan Jerudong.
Sebelum majlis itu, HAWA Pusat juga akan mengunjungi beberapa orang terdiri daripada ahli NDP dan juga yang belum menjadi ahli di kalangan mereka yang kurang berkemampuan untuk penyampaian sedikit sumbangan berupa makanan asas dan persiapan hari raya sebagai Projek Jejak Ehsan HAWA yang berterusan.
Seterusnya HAWA juga akan mengadakan pula sumbangan kembali ke sekolah pada awal tahun hadapan kepada mereka yang dikenalpasti kurang berkeupayaan di kalangan ahli-ahli NDP khususnya ibu tunggal.
Antara tujuan projek-projek tersebut di adakan adalah sebagai langkah untuk sentiasa menyematkan pada diri akan rasa bertanggungjawab dan sentiasa suka tolong menolong kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi masyarakat yang kurang bernasib baik, ianya juga adalah sebagai usaha untuk terus mendekati masyarakat akar umbi
|