Ekomart kearah menjana ekonomi rakyat

 
 

LIMBARUH HIJAU 11 SEPTEMBER 2007 - HASRAT PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) untuk menyediakan peluang kepada ahli-ahli dan juga kepada semua rakyat KDYMM meningkatkan masa depan ekonomi mereka dan keluarga melalui perusahaan kooperasi tercapai akhirnya dengan pembukaan kedai kooperasi pertama Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Kebangsaan Berhad (KOPERKASA).

Kedai kooperasi yang dikenali dengan Ekomart dibuka rasmi pada Sabtu 8 September baru ini. Ekomart terletak di bagunan Haji Ismail Jalan Jerudong.

Lebih 100 orang ahli-ahli KOPERKASA termasuk beberapa ahli-ahli Lembaga Pengarah KOPERKASA hadir untuk menyaksikan hari bersejarah pembukaan kedai runcit pertama mereka itu.

Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertionggi NDP dan ahli-ahli NDP yang lain juga turut hadir untuk menyaksikan pembukaan rasmi Ekomart.

Awang Haji Kasim, Pengerusi KOPERKASA di majlis tersebut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada BINA (Pihak Berkuasa Kemajuan Industri Brunei) atas segala sokongan yang telah diberikan sehingga KOPERKASA berjaya membuka kedai runcitnya yang pertama.


Jelas beliau KOPERKASA dengan sokongan kuat dari ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pelabur-pelabur akan terus menerokai bidang-bidang perniagaan lain untuk diceburi.


Ahli-ahli Lembaga Pengarah KOOPERKASA
Ide membentuk perusahaan kooperasi tercetus di Limbaruh Hijau atas kesedaran pemimpin-pemimpn NDP akan pentingnya parti mengambil langkah kehadapan memperjuangakan nasib dan masa hadapan ahli-ahli dan juga rakyat KDYMM yang lain dengan menyediakan peluang pelaburan untuk mencerna masa hadapan mereka.

Atas usaha gigih ahli-ahli Jawatankuasa kemajuan kooperasi dibawah pimpinan Awang Haji Kasim terbentuklah KOPERKASA. Ia telah didaftarkan untuk menjalankan perusahaan koperasi pada 26 Mac 2007 dan dalam jangka umurnya yang masih muda ianya telah dapat menarik minat ramai bukan sahaja dikalangan ahli-ahli NDP akan tetapi juga dikalangan orang awam.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.