LIMBARUH HIJAU 09 SEPTEMBER 2007 - LEMBAGA KEMAJUAN EKONOMI BRUNEI (BEDB) telah mengumumkan perlantikan Louis Heuze, Pengurus Total Group Brunei sebagai ahli lembaga pengarah baru BEDB.
Total Group merupakan syarikat terbesar di Peranchis dan syarikat minyak dan gas nombor 4 terbesar di dunia yang mempunyai operasi di 130 buah negara. Dalam masa sama TOTAL Group juga merupakan syarikat yang terunggul dalam pengeluaran petrochemical dan baja.
Dengan perlantikan beliau menjadikan bilangan ahli Lembaga Pengarah BEDB sejumlah 11 keahlian.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah terdiri dari Dato Paduka Timothy Ong, selaku Pemangku Pengerusi BEDB, Vincent Cheong selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato Paduka Lim Beng Thai, Pengerusi Bee Seng Shipping Company, Mr Pierre Imhof, Pengurus Am Baiduri Bank dan Louis Heuze, Pengurus Total Group Brunei.
Ahli-ahli lain ialah
Dato Paduka Hj Metassan bin Momin, Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Dato Paduka Hj Mohd Hamid bin Hj Mohd Jaafar, Setiausaha Tetap di Kementerian Industri dan Sumber-Sumber Utama, Pg Kerma Raja Pg Hj Kamarulzaman bin PPSDSB Pg Hj Ali, Pengerusi Sungai Liang Authority dan Dato Paduka Hj Kamis bin Hj Tamin, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.
BEDB yang di bentuk oleh Kerajaan KDYMM pada
26 November 2001 merupakan sebuah perbadanan yang diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas dan tanggunjawab yang digariskan dalam amenman Order 2001 Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.
Antara tugas dan tanggunjawab utama BEDB ialah untuk mengalakkan pertumbuhan, pengluasan dan kemajuan ekonomi negara dengan mempromosiakn Brunei Darussalam sebagai destinasi pelaburan.
BEDB juga bertanggung jawab melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dan bertanggungjawab menyediakan rancangan mempromosikan pelaburan, insentif dan strategi pemasaran untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara di bidang industri berteknologi tinggi dan berdayamaju serta di sektor perkhidmatan 'skill-insentif' yang mempunyai prospek dipasaran export.
Selain itu BEDB juga bertanggungjawab membantu memudahkan perkembangan dan kemajuan industri termasuklah memberikan sokongan kepada kemajuan perusahaan kecil dan sederhana.
Pada masa ini BEDB memfokuskan usaha merancang, mempromosiakn dan memajukan tapak-tapak industri dan juga kemudahan-kemudahan strategik dan berdayasaing untuk industri-industri yang diberikan keutamaan termasuklah memajukan Pulau Muara Besar dan Sungai Liang.