LIMBARUH HIJAU 5 SEPTEMBER 2008 - ROMBONGAN ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan di ketuai oleh Ayahnda Yasin Affandy kelmarin menziarahi Makam Kubah Di-Raja di Batu Satu sempena bulan Ramadhan yang mubarak ini.
Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Seitausaha Agong NDP dan Pengerusi Tetap NDP, Awang Haji Abdul Rahman Yusof juga turut sama berziarah ke Kubah makam Di-Raja.
Juga tidak ketinggalan Naib-Naib Presiden dari Daerah Brunei-Muara, Belait, Temburong dan Tutong serta anggota-anggota NDP ang lain.
Di Makam Di-Raja rombongan NDP beramai-ramai membacakan surah Yasin dan bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Ayahnda Yasin Affandy dan rombongan juga menjiruskan ayeng asah-asahan ke makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.