Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Solat semai budaya kerja cemerlang, berpasukan

Oleh Dr Irfan Mohamad

Elemen dalam ibadat contoh terbaik ke arah tingkatkan prestasi, produktiviti organisasi

KEINDAHAN Islam bukan pada namanya saja yang bermaksud selamat. Bahkan jika ditelusuri kewajipan dan amalan dituntut manusia melakukannya pasti akan menemukan keindahannya. Contohnya apabila menjelang Ramadan ramai yang membicarakan hikmah di sebalik kefarduan puasa. Bermula daripada puasa menyihatkan badan dan menenangkan rohani, disusuli ibadat malam yang menjadi terapi jiwa, pasti membuatkan ramai yang kagum dan tidak mustahil mereka yang tidak diwajibkan turut berpuasa demi kelebihannya.

Namun berakhir Ramadan, perbicaraan mengenainya juga mungkin berakhir. Setahun kemudian baru kitab kelebihan Ramadan dibuka semula. Berbeza dengan puasa, solat adalah tuntutan setiap hari. Mungkin disebabkan lima kali sehari, tidak ramai yang dapat atau mahu menjiwai bagaimana solat dapat menyemai budaya kerja cemerlang antaranya:

  • Mengikut perintah. Antara kefarduan yang kerap diulang dalam al-Quran ialah solat. Allah mengkategorikan mukmin berjaya ialah yang menjaga solatnya. Dimuatkan juga celaan mereka yang mengabaikannya dan riak dalam solat.

    Mematuhi arahan Allah dengan penuh rasa takut dan menunaikannya dengan penuh tanggungjawab sepatutnya melahirkan pekerja yang mentaati perintah ketua yang menjadikan kerja sebagai amanah.

  • Menurut garis panduan. Nabi bersabda supaya solat ditunaikan seperti Baginda melaksanakannya. Mukmin yang mengambil berat mengenai solat cuba sedaya-upaya mencapai martabat itu dan bukan bersolat seperti melepaskan batok di tangga. Mengikut panduan ditetapkan, budaya kerja yang baik akan melahirkan hasil sistematik dan memenuhi piawai.

  • Menanam azam dan objektif. Tidak sah solat tanpa niat. Pentingnya mengqasadkan niat pada awal solat menunjukkan kerja perlu bermula dengan apakah yang ingin dilakukan sebenarnya.



  • Menghormati ketua dan pekerja lain. Dalam solat berjemaah, makmum tidak boleh melebihkan suaranya sehingga mengganggu makmum di sebelah, apatah lagi jika suaranya kedengaran hingga kepada imam. Budaya memperlahankan bacaan dengan niat tidak mengganggu insan di sebelah amat sesuai diterapkan dalam kehidupan bekerja dalam satu pejabat yang saling menghormati dan menjaga hak pekerja lain perlu diberi penekanan.

  • Kerja berpasukan. Kelebihan solat berjemaah seperti diterangkan dalam hadis menunjukkan perlu berada dalam satu pasukan. Kerja berpasukan akan melahirkan hasil lebih baik daripada secara individu. Kecemerlangan melalui kerja berpasukan adalah moto yang sering diuar-uarkan menunjukkan kepentingan berjemaah adalah suatu yang sukar dinafikan.
  • Menepati waktu. Indahnya Islam mengajar kita bersolat mengikut waktu ditetapkan. Sentiasa melihat jam untuk mengetahui masuk dan habis waktu, mengajar kita bahawa masa suatu yang penting untuk diurus dengan bijak. Waktu pada hari ini mungkin berbeza dengan esok, ini menyedarkan manusia walau seminit berbeza ia amat bermakna dan mungkin menyebabkan solat tidak sah. Mukmin berdisiplin dengan waktu solat tiada masalah dengan pengurusan waktu di pejabat.

  • Memberi pandangan. Apabila imam terlupa bacaan atau perbuatan, menjadi tanggungjawab makmum memberi teguran dengan niat zikir supaya kesilapan dapat diperbetulkan. Konsep ini seperti amalan memberi pandangan dalam organisasi. Pendekatan berdiam diri dan menyimpan maklumat untuk diri sendiri pada saat organisasi memerlukan sumbangan idea bernas bukan ajaran dituntut Islam.

  • Memangku tugas. Menjadi kebiasaan kepada organisasi jika ketuanya tidak dapat melakukan tugas kerana sesuatu hal, maka ia akan dipangku orang kepercayaan jabatan itu. Dalam solat, apabila imam perlu keluar, makmum di belakang imam secara automatik memangku tugas memimpin makmum lain. Makmum akan kucar-kacir jika tiada imam dan konsep itu juga diamalkan dalam kehidupan kerja.

  • Mengganti masa. Dalam kes makmum masbuk (masuk lewat dalam solat), wajib melengkapkan solat dengan cara menggantikan rakaat yang tertinggal. Ketika bekerja, ada ketikanya kita masuk lewat atau keluar awal. Seeloknya kita gantikan waktu yang tertinggal. Mungkin ia tidak ditulis dalam rekod, tetapi kita yang merekodkannya selain malaikat Raqib dan Atid. Jika amalan itu diterapkan, pasti kerja pejabat dapat disiapkan pada waktunya, tanpa perlu kepada kerja lebih masa yang keterlaluan.

  • Mengambil inisiatif. Kita diajar memperelokkan solat dengan cara melakukan sunat ab'ad dan hai'ah. Selain itu, suasana yang kurang gangguan, kebersihan dan keselamatan tempat bersolat adalah perkara yang nampaknya kecil, tetapi mempengaruhi mutu solat.

    Begitulah juga dengan kerja seharian, boleh ditunaikan pada tahap 'asal siap', namun bukan itu yang diajar Islam. Mukmin harus mengambil inisiatif melakukan tugas sebaik mungkin untuk memaksimumkan keluaran. Indahnya Islam pada segenap gerak laku dan patah bicara. Ia adalah ajaran mencakupi segenap keperluan dan kehendak manusia.

    Di Petik Dari Berita Harian-Penulis ialah pensyarah jabatan Otorinolaringologi Kampus Kesihatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

 

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.