Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Sambutan Aidilfitri bukan untuk hiburan semata-mata

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah sambutan Hari Raya Aidilfitri juga hendaklah turut diisi dengan ibadat dan bukannya dengan hanya bersuka-suka kosong atau hiburan yang melekakan.

Kedatangan Syawal disambut dengan takbir dan tahmid yang juga menandakan semboyan "kejayaan" apabila berjaya dalam perkara "mentaati Allah" iaitu melalui ibadat berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan.

"Kejayaan kita dalam melaksanakan puasa sebulan penuh adalah kerana puasa bukan perkara mudah tetapi amat berat dilaksanakan apatah lagi kerana menyalahi kebiasaan dan bertentangan dengan naluri serta nafsu manusia terutama kebiasaan dan naluri makan minum," titah Baginda Sultan.

Dalam titah ke seluruh malam ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di negara ini esok, Baginda Sultan bertitah memang tidak ada siapa yang mahu lapar tanpa makan dan minum apatah lagi dengan sengaja melaparkan diri.

"Tidak diragukan lagi, ibadat puasa adalah ujian paling getir bagi setiap individu Islam kerana untuk melaksanakan ibadat puasa memerlukan ketabahan dan keyakinan dan barang siapa mempunyai sifat sedemikian akan berjaya.

"Bagi mereka yang tahu rahsianya, berat dan getir itu tidak lagi menjadi rintangan, tambahan lagi kalau orang itu tahu yang menurut sebuah hadis, syurga bergembira dan berhias kerana kedatangan bulan Ramadan," titah baginda.

Baginda Sultan bertitah ini semua menjadi alamat betapa mulia dan berkatnya bulan Ramadan itu kerana dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang dinamakan Malam Qadar atau dalam bahasa al-Quran iaitu Lailatul Qadar yang mengandungi amalan yang dilakukan pada malam itu adalah lebih baik daripada amalan seribu bulan yang dibuat pada bukan Malam Qadar.

Orang Islam semuanya mengharapkan Lailatul Qadar termasuk umat Islam di negara ini yang turut menghidupkan malam Ramadan dengan al-Quran dan tarawih.

"Sekarang, kita berada pula diambang Raya dan Allah Yang Maha Pemurah terus saja membukakan rahmatnya kepada orang yang beraya," titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan dalam titahnya turut memetik kata ulama ahli hikmah yang antara lain bermaksud Hari Raya mengandungi iktibar dan pengajaran dan di antaranya apabila berlalu Ramadan dan menjelang Syawal, ia umpama seorang yang apabila mati akan perginya dunianya dan datang pula akhiratnya.

Apabila mendengar bedil serta sorak di hari raya, maka jangan lupa bahkan sentiasalah ingat akan tiupan sangkakala Israfil di hari kiamat kelak.

Allah Ta'ala juga berseru pada setiap malam di bulan Ramadan: "Adalah sesiapa yang meminta? Aku akan beri dia. Adakah sesiapa yang bertaubat? Aku akan terima taubatnya."

Baginda Sultan dalam titahnya memetik maksud sebuah hadis Nabi Muhammad iaitu barang siapa yang menghidupkan dua malam hari Raya dengan ibadat, maka tiadalah mati hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.

Semua hari yang dilalui itu mengandungi hikmahnya yang tersendiri dan lebih lagi hari yang disyariatkan seperti Hari Raya, Hari Arafah dan lain-lain.

"Kita jangan mengabaikan hikmah itu kerana ia membawa kebaikan yang bukan sedikit sama ada kebaikan untuk dunia mahupun kebaikan di akhirat.

"Dalam kita menyambut Hari Raya, kita juga dituntut supaya jangan menjerumuskan diri kepada perkara sia-sia yang menyalahi agama seperti pesta serta hiburan yang tidak bermoral, pembaziran dan seumpamanya," titah Baginda Sultan.

Mengakhiri titah, Baginda Sultan dan keluarga Baginda tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat dan penduduk yang beragama Islam di mana saja mereka berada.

"Semoga kita semua serta negara sentiasa berada dalam aman, makmur dan selamat di bawah pemeliharaan Allah," titah Baginda. (MP)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.