SEPTEMBER 18, 2008 - Wanita itu adalah perhiasan tetapi sebagai isteri perhiasan yang dikenakan oleh mereka hendak di niatkan khusus untuk si suami dan jauhilah berhias itu kepada menjadi riak kerana akhirnya ianya hanya mendatangkan dosa.
Wanita di cipta Allah swt cukup istimewa, mereka ini mudah masuk ke syurga dan tidak kurang juga mudah masuk ke neraka.
Wanita akan masuk ke syurga jika ia taat pada suami, menjauhi zina, mejauhi perbuatan mengumpat, fitnah dan
|
|
mengasihi keluarga serta masyarakat di sekelilingnya, tetapi wanita itu juga akan cepat masuk ke neraka jika mereka mempunyai sifat suka mengumpat, menghina, memfitnah dan tidak mentaati suaminya.
Dan wanita perlu beringat-ingat semasa berhiasa sewaktu menyambut Hari Raya Aidil Fitri, janganlah hendaknya tersasar niat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah bergelar Isteri, menjadilah isteri yang solehah, dan perlu terus diingati bahawa menghias diri itu satu Sunnah perlu isteri menyenangkan penglihatan suami dan anak-anak di rumah terlebih dahulu sebelum menyenangkan penglihatan orang lain.
 |
“Begitu juga jika kita hendak memuji orang, pujilah orangnya jangan puji pakaian atau perhiasannya kerana ianya hanya akan menimbulkan perasaan riak kepada orang yang dipuji, dan berpakaian yang mengikut sunnah hendaklah bersederhana |
dan tidak berlebih-lebih, kerana penampilan wanita solehah itu bermula daripada kebersihan hatinya, ketulusannya, keikhlasannya dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt”.
Begitulah antaranya yang dilontarkan dihasratkan menjadi panduan dan pedoman di kalangan kaum wanita yang telah disampaikan oleh Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga Puan Dr Rabiah K Hamzah dalam ceramahnya Pada Majlis Ceramah Wanita dan Demonstrasi Kek Lapis Sarawak kelolaan Jabatan Kemas Bahagian Dakwah (JAIS) dan Pejabat Agama Islam bahagian Limbang yang diadakan pada 17hb September 2008 bertempat di perkarangan Masjid Besar Limbang Sarawak.
Seramai hampir tiga puluh orang ahli-ahli Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) yang mendapat undangan ke majlis berkenaan telah menghadirinya, dan rombongan tersebut telah diketuai oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat, |
|
Hajah Sa’emah Hj Kepli, turut serta di kalangan ahli exco ialah Setiausaha Hawa Pusat Dyg Safiah binti Haji Zaini dan Dyg Hjh Rosmahwati Abdullah dari Temburong
Dalam ceramah motivasi Puan Dr Rabiah juga mengingatkan kepada wanita supaya sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak diraikan sebagai adat tetapi adalah ibadat sebagai tanda kita telah mencapai kemenangan menjadi ahli syurga setelah berpuasa di bulan Ramadhan.
“Kita datang berhari raya adalah untuk bersiratul rami, bukanya untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan dan persiapan hari raya yang dibuat kepada pengunjung-pengunjung ke rumah kita, terdapat orang berkunjung ke rumah terbuka, mereka memerhatikan kain langsir, memerhatikan makanan yang dihidangkan, jika ada yang tak kena mereka mula mengumpat, maka cop mohor yang diberikan Allah swt sebagai ahli syurga setelah berpuasa di bulan Ramadhan hilang dan kembali pula cop mohor menjadi ahli masuk ke neraka” katanya.
Umat Islam khususnya kaum wanita perlulah berusaha menjadikan Puasa yang mabrur bukan sahaja mengenali untuk mendapatkan haji yang mabrur.
“Pepatah Melayu ada mengatakan, Ikut Rasa Binasa, maka praktikanlah pepatah itu di Bulan Ramadhan dan juga ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri, janganlah berbuka puasa ikut selera, akhirnya mengikuti sifat syaitan kerana pembaziran begitu juga ketika berhari raya, berbelanja berlebih-lebihan akhirnya ibadah yang di cari berkecai menjadi sia-sia” ujarnya.
Majlis tersebut yang diadakan bersempena Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1429H/2008M diberikan tema “Menjana Ummah Gemilang” .
Majlis tersebut telah diakhiri dengan acara Demonstrasi Membuat Kek Lapis Sarawak daripada pengasas kek tersebut Puan Rabiah Amit dari Kuching.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis hari itu ialah isteri kepada Menteri Perancangan Bandar Seluruh Sarawak Datin Seri Hajah Morliah binti Dato Awang Daud, hadir sama ialah isteri Yang Berhormat Dr Abd Rahman Ismail wakil ADUN Limbang.
Berbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak tahun ini antaranya Majlis Menghafaz Al-Quran yang telah diadakan pada 14hb September lalu di Masjid Besar Limbang dan Tadika LAKIL telah dilaksankan oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Limbang, sementara itu Majlis Badudun Perdana pada 15hb September ke Surau Bimbingan Setia Bakti Kampung Tegarai Limbang bersma Jabatan Tanah dan Ukor bahagian Limbang, Mini Ekspo Buku dan Busan Muslim di perkarang Masjid Besar Limbang oleh Majlid Daerah Limbang dan Seminar Nuzul Al-Quran pada 16hh September di Hotel Purnama Limbang dikelolakan oleh bahagian Dakwah JAIS.
Acara kemuncak sambutan tersebut telah diadakan pada malam 17Ramadhan/ 16hb September bermula kira-kira 5:00 petang hingga 10:00 malam di adakan di Masjid Besar Limbang. Hadir menjadi Tetamu Kehormat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah (HSK).