Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) Penggal ke-3

NDP berhasil tampilkan diri sebagai rakan kongsi strategik kerajaan

LIMBARUH HIJAU 12 SEPTEMBER 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sejauh ini boleh dilihat telah berjaya menampilkan diri sebagai rakan kongsi strategik kepada Kerajaan KDYMM.

Perkara ini ditegaskan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dalam ucapan di perasmian Mesyuarat MPPD (Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah) bagi penggal ke-3 2008 yang berlangsung di Hotel Holiday Lodge Jerudong pada 06 September baru lalu.

Sdr Morshidi melihat perjalanan NDP sepanjang 4 bulan lepas sebagai pengukur atau sukat-sukat kepada pencapaian NDP yang disebutkan.

Katanya dalam tempoh empat bulan selepas mesyuarat MPPD ke 2 pada Mei yang lalu, empat isu besar telah diangkat oleh NDP bagi tindakan oleh pihak kerajaan.

Isi-isu yang kita angkat itu telah dibincangkan oleh parti sama ada melalui ucapan dasar pada Kongres Agung atau melalui perbincangan usul.

Isu-isu itu bolehlah saya senaraikan seperti berikut:

i. Masalah perumahan rakyat

ii. Keselamatan Pemakanan

iii. Jaminan sosial

iv. Isu persempadanan Brunei – Sarawak.

"Kemajuan semasa memperlihatkan kepada kita suatu perkembangan yang memberangsangkan", jelas sdr Morshidi sambil menambah isu-isu besar seperti yang di sebutkan itu telah mendapat perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Menyentuh isu perumahan, sdr Morshidi berkata selama ini NDP membangkitkan masalah 40,000 permohonan perumahan rakyat yang belum dapat ditunaikan oleh pihak kerajaan.

"Dalam pada yang sama NDP juga membangkitkan rasa kesangsian akan keupayaan agensi pelaksana untuk memenuhi keperluan perumahan itu memandangkan tahap prestasi dan sistem penyampaian yang begitu rendah".

"Kita pernah bangkitkan supaya kerajaan mencari pendekatan baru bagi mengatasi masalah ini".

Alhamdulillah nampaknya apa yang cuba kita suarakan selama ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan, tegas sdr Morshidi lagi.

Beliau menyentu langkah yang di ambil oleh pihak kerajaan melalui BEDB (Lembaga Kemajuan Eknoomi Brunei)'

Menurutnya BEDB baru-baru ini telah mempelawa bidaan antarabangsa bagi pembinaan 2,000 unit rumah rakyat di Kampong Pandan.

"Syarat bidaan yang dibuat ialah untuk membina rumah-rumah tersebut secara design and build dengan tempoh siap kerja selama 24 bulan".

"Adalah menjadi harapan kita bahawa dengan pendekatan yang baru ini harapan rakyat untuk mendapat perumahan yang sewajarnya akan dapat dipenuhi oleh pihak kerajaan", ujar sdr Morshidi lagi.

Menyentuh isu keselamatan pemakanan, sdr Morshidi menjelaskan NDP telah tidak putus-putus membangkitkan isu ini dalam Kongres Agung Tahunan parti dan Alhamdullilah telah juga turut mendapat perhatian yang sewajarnya.

"Ini boleh kita lihat pada titah Kebawah DYMM pada 15 Julai yang lalu", tegas sdr Morshidi.

Katanya dalam titah tersebut Baginda menekankan supaya kita perlu peka dengan krisis makanan dunia sekarang.

Pada pandangan Baginda, tambah sdr Morshidi, krisis ini telah menimbulkan kebimbangan global dan justeru itu katanya lagi Baginda menegaskan bahawa kerajaan Brunei telah meletakkan beras selaku keperluan asas dan bahawa negara Brunei tidak dapat lagi semata-mata bergantung pada ihsan alam luar negara untuk mendapatkan beras walaupun kita mampu mengadakan peruntukan itu.

"Baginda turut mengemukakan persolaan yang saya kira mencabar kewibawaan para perancang dasar dan rakyat seluruhnya supaya melihat soal keslematan pemakanan ini dengan penuh keprihatinan".

Sdr Morshidi memetik titah Baginda yang berbunyi,“Jika ada negara pengeluar beras yang sudah mampu memenuhi 70 peratus keperluannya sendiri, masih sahaja sibuk menggubal dasar untuk sampai ke tahap seratus peratus mencukupi, mengapakah kita, yang cuma baru setakat mampu menampung sekitar 3.12 peratus tidak menyingsing lengan meningkatkan industri penghasilan beras negara?"

"Pada ingatan beta, perkara ini telah pun berulang kali beta timbulkan sejak dari beberapa tahun lagi".

"Jadi memang wajar untuk kita mempunyai pelan strategi dan dasar pertanian negara yang antara lain menjadikan jaminan sekuriti makanan negara (national food security) sebagai salah satu strategi utamanya.”

Tegas sdr Morshidi jika Kebawah DYMM telah memberi ingatan bahawa soal keselamatan pemakanan ini telah banyak kali Baginda bangkitkan, maka kita juga akan terus bangkitkan perkara ini sehinggalah kita melihat satu dasar keselamatan makanan dikemukakan oleh pihak kerajaan.

"Kita memberi jaminan bahawa kita tidak akan jemu membangkitkannya sehinggalah apa yang kita hasratkan menjadi kenyataan".

Bercakap mengenai isu keselamatan sosial, sdr Morshidi merujuk kepada titah yang sama dimana Kebawah DYMM juga membangkitkan soal tersebut.

Menurut sdr Morshidi di peringkat parti, soal ini telah di bangkitkan sejak beberapa lama dahulu bersama-sama dengan soal pengangguran dan konsep negara kebajikan.

katanya NDP dengan penuh kesedaran telah mengenengahkan konsep negara kebajikan dalam gagasan untuk mempastikan bahawa kebajikan dan keselamatan sosial rakyat terjamin. Antara ciri-ciri negara kebajikan yang kita anjurkan ialah:

i.  Menjamin kebajikan ke atas rakyat miskin dan fakir

ii.  Menjamin keperluan asasi kehidupan manusia iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

iii. Merapatkan jurang dan perbezaan di antara golongan kaya dan miskin.

iv. Mengutamakan hak-hak sosial lebih daripada kekayaan individu.

v. Melindungi orang yang lemah.

vi. Menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan secara percuma untuk semua rakyat.

vii.Bertanggungjawab memelihara kesucian dan keutuhan kerohanian rakyat.

Sdr Morshid dalam ucapan yang sama juga menyentuh mengenai isu sempadan yang melibatkan wilayah Brunei-Sarawak.

Katanya melihat perkembangan mutakhir berkaitan isu tersebut begitu memberangsangkan.

Ini, katanya, dapat kita lihat dari akhbar yang melaporkan seperti berikut,

“Malaysia dan Brunei semalam bersetuju semua pertikaian dan pertindihan berhubung sempadan kedua-dua negara dimasukkan dalam surat pertukaran yang kemudian akan ditandatangani dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata persetujuan hasil rundingan tahunan kedua-dua negara, antara beliau dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di sini.

Katanya, majlis menandatangani surat pertukaran itu, akan ditentukan kemudian, tetapi berkemungkinan besar diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei.

“Dengan adanya surat pertukaran berkenaan, kedua-dua negara bersetuju bahawa segala perjanjian sempadan selepas ini, adalah hanya formaliti semata-mata supaya tidak timbul sebarang kekeliruan,” katanya dalam selepas Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei Ke-12.”

Menurut sdr Morshidi pasti ramai yang tidak sedar bahawa perkara ini sebetulnya telah diangkat oleh NDP sejak awal lagi.

"Akan tetapi disebabkan sensitiviti yang wujud dalam isu tersebut, maka tidaklah ianya kita hebahkan seperti isu-isu yang lain. Kita telah membincangkan isu ini dengan penuh berhemah demi kepentingan semua pihak", ujar sdr Morshidi.

"Cumanya, dalam konteks yang umum, NDP berpandangan, ke arah penyelesaian abadi mengenai isu ini ialah dengan menyoroti penyelesaian konflik secara Islamik", tambah sdr Morshidi sambil mengariskan pandangan NDP seperti berikut:

1. Pada dasarnya, langkah yang diambil oleh kerajaan Brunei dan Malaysia untuk menyelesaikan isu pertindihan tuntutan ke atas wilayah persempadanan Brunei-sarawak dengan cara perundingan dua hala di antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara merupakan satu langkah bijak mencerminkan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan negara Islam dan anggota pertubuhan ASEAN.

2. Penyelesaian masalah pertindihan tuntutan ke atas wilayah Limbang yang sejak sekian lama menjadi isu dasar dalam hubungan dua hala Brunei-Malaysia amat perlu diberikan perhatian khusus dan diselesaikan secara bijaksana oleh kedua-dua negara untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan hubungan sedia ada, sebelum menumpukan kepada isu lain yang lebih utama. Tanpa penyelesaian yang bijaksana, adalah amat dikhautiri masalah ini akan menjejaskan hubungan baik sedia ada di antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

3. Dalam hal ini, menyedari bahawa Malaysia dan Brunei merupakan dua Negara penting Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), adalah amat diharapkan sebarang bentuk langkah penyelesaian pertelingkahan atau permasalahan yang wujud dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam seperti yang disarankan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini adalah penting bagi menonjolkan ciri sebenar kaedah penyelesaian konflik yang disarankan oleh Islam, yang berteraskan prinsip memberikan hak dan keadilan kepada yang berhak dan membela mereka yang ditindas.

4. Dalam konteks amalan kehidupan bermasyarakat di kalangan umat Islam, asas penting kepada penyelesaian konflik adalah menjurus kepada konsep peaceful co-existence, dan keadilan. Sekiranya ketenteraman dan keadilan bertentangan, Islam meletakkan keadilan yang perlu ditegakkan dahulu, dan setelah itu barulah ketenteraman akan dikembalikan (Quran, VIII:61-62). Dalam hal ini Islam amat menekankan kepada kepentingan masyarakat sebagai unit utama tanpa menafikan hak-hak individu  (Kagitcibasi, 1994, hal.61).

5. Selain itu, menurut Abu-Nimer (2003), terdapat sekurang-kurangnya tiga prinsip asas yang perlu difahami dalam membincangkan asas penyelesaian konflik dalam islam. Prinsip pertama ialah Islam meletakkan sebagai tanggungjawab setiap individu Muslim untuk menghilangkan sumber ketidakadilan dan mengembalikan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Kedua, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk melakukan kebaikan untuk diri dan kepada orang lain. Asas ketiga ialah kesatuan Ummah sebagai tunjang penting kepada keadilan dan kesejahteraan masyarakat Islam seluruh dunia.

6. Begitu juga dalam hubungan antara komuniti masyarakat yang berbeza, Islam amat memberi penekanan kepada kehidupan yang aman dan tenteram (peaceful co-existence). Tindakan ganas hanya wajar dibalas dengan kekerasan yang setimpal dengannya sahaja. Islam sama sekali menegah penggunaan kekerasan tanpa justifikasi yang hak dan benar. AlQuran juga kerap mengulangi peringatan melarang tindakan melampau dalam mengembalikan keadilan. Dalam masa yang sama, menegah sama sekali tindakan berkonflik yang tidak wajar sehingga menimbulkan fitnah kepada masyarakat (Qur’an, 5:33).

7. Prinsip-prinsip di atas adalah penting difahami kerana matalamat penting kepada penyelesaian konflik ialah bagi mengekalkan keharmonian dalam dan di antara masyarakat. Unsur sejarah juga merupakan elemen yang amat penting. Sejarah dianggap sebagai sumber kestabilan dan panduan untuk membentuk masa depan yang harmoni dalam masyarakat.  Jika elemen sejarah ini diabaikan, adalah dikahutiri keamanan yang wujud tidak berkekalan dan generasi berikutnnya akan meletakkan kesalahan kepada generasi yang terdahulu ke atas apa-apa yang berlaku di kalangan mereka.

8. Justeru, dengan merujuk kepada prinsip yang dijelaskan di atas, sebarang langkah penyelesaian konflik yang diambil haruslah mengambilkira saranan yang digagaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan untuk menjamin kesejahteraan yang berterusan dalam hubungan antara Brunei dan Malaysia.

9. Dalam hal ini, langkah penyelesaian kepada pertindihan tuntutan ke atas wilayah persempadanan Brunei-Sarawak  perlu mengambilkira sumber kepada masalah yang timbul iaitu ketidakadilan yang terhasil daripada penjajahan British sebelum kedua-dua Negara mencapai kemerdekaan lagi.

Sdr Morshidi berkta apa yang ingin di tegaskan ialah NDP sejauh ini telah berjaya memberi sumbangan dalam bentuk idea dan saranan dalam empat isu besar yang saya sebutkan itu.

"Ini menunjukkan bahawa kita telah berjaya menampilkan parti sebagai rakan kongsi strategik kepada kerajaan".

"Kelangsungan daripada peranan ini ialah untuk kita menjadi pemantau dan penilai sejauh mana kemajuan seterusnya akan dicapai".

NDP, tegas sdr Morshidi, akan terus memberi kritikan dan pandangan yang membina yang boleh menyokong dan membantu kerajaan menyelesaikan isu-isu ini dengan penuh hikmah.

Untuk itu, sdr Morshidi berseru kepada kepimpinan dan ahli-ahli NDP untuk terus meningkatkan keupayaan diri dengan segala kemahiran dan pengetahuan supaya apa jua yang di suarakan diberi perhatian dan diambil tindakan oleh kerajaan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.