LIMBARUH HIJAU 14 SEPTEMBER 2008 - Penglibatan aktif wanita dalam pergerakkan politik sejak NDP diwujudkan telah sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatkan kesedaran dikalangan wanita akan perlunya mereka lebih tegas dalam usaha memertabatkan kaum wanita di negara ini.
 |
Perkara ini dapat dirasakan oleh ahli-ahli wanita dalam NDP yangsekarang sudah berjumlah lebih 800 orang.
NDP sejak ianya ditubuhkan telah menubuhkan sayap parti yang di panggil Himpunan Wanita (HAWA) dengan matlamat untuk memberikan ruang kepada kelompok wanita di negara ini mengambil peranan dalam sama-sama menjunjung titah membangun bangsa dan negara yang di cintai ini.
Sebagai warga NDP yang mewakili kelompok masyarakat wanita di negara
|
ini kita berbangga dapat berperanan dalam sama-sama memajukan bangsa dan negara kita yang baru mencapai kemerdekaan lebih 20 tahun ini, ujar Dayang Hajjah Saemah Kefli, ahli Majlis Tertinggi mewakili NDP Belait merangkap Ketua HAWA NDP.
"Kita juga merasa bersyukur sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden dalam ucapan pelancaran MPPD ketiga bahawa sejak tertubuhnya NDP di persada arena politik negara ini beberapa isu penting kearah keharmonian bangsa yang kita angkat telah di sambut untuk dilaksanakan oleh pihak Kerajaan hari ini", tambah Dayang Hajah Saemah dalam pidatonya di Mesyuarat MPPD ke-3 yang baru lalu.
Katanya biar pun mungkin bukan satu sokongan yang besar tetapi sebagai anggota wanita NDP ianya turut rasa berbangga kerana sejak isu memartabatkan wanita-wanita di negara ini kita angkat ke dalam kongres ke tiga yang lalu, kita telah sama-sama mengenali di kalangan wanita-wanita yang perlu dibanggakan telah diangkat martabat mereka melalui satu majlis terbesar di selanggarakan baru-baru ini oleh beberapa buah badan organisasi dengan kelulusan dan sokongan Kerajaan jua.
"Umpamanya telah diadakan satu Majlis 'the first ever gathering of Brunei’s Working women in government and private sector as well as top local women enterpreneurs' yang dianjurkan oleh Asia Inc Forum dengan kerjasama Baiduri Bank dan Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei dan di sokong oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama pada bulan lalu selepas hanya dua bulan kongres ketiga NDP berlalu dan isu memertabatkan wanita adalah salah satu usul hangat telah dibahaskan pada kongres tersebut".
Menyentuh lagi Majlis Forum Wanita Dalam Perniagaan 2008 diadakan pada 20hb Ogos lalu, Hajjah Saemah menjelaskan seramai 200 wanita menyertai dan seramai lapan pemimpin wanita pertama telah menerima anugerah.
Antara penerimanya ialah Hakim Mahkamah Tinggi Wanita Pertama Brunei Datin Paduka Hajah Hayati Mohd Salleh, Setiausaha Tetap Wanita Pertama Datin Paduka Hajah Misli Haji Awang dan Datin Paduka Hajah Azizah Haji Abdullah, Doktor wanita pertama Brunei Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Datin Paduka Dr Hajah Intan Hajai Mohd Salleh, Wanita Pegawai pangkat Tinggi Tentera Pertama Leftenan Kolonel Hajah Hasimah Haji Abu Bakar, Wanita Pertama yang memegang jawatan pengarah di Syarikat Minyak Brunei Shell Pengarah Aset Syarikat BSP Hajah Rosmawatty Haji Abdul Momin, Juruterbang Wanita Brunei Pertama Sarian Nordin dan Pengembara Wanita Brunei Pertama Pengarah DDDL Tours, Norhayati binti Abu Bakar.
"Sebagai wanita NDP Majlis Penganugerahan Wanita Pertama ini kita lihat sebagai satu kesedaran baru terhadap perkara memertabatkan wanita negara ini sejak negara kita merdeka lebih 20 tahun lalu, biarpun telah ramai wanita-wanita yang gemilang dan terbilang lahir di negara ini', tegas Hajjah Saemah.
Katanya walaupun NDP rasa agak terkilan kerana tidak menerima sebarang undangan untuk sama-sama menyertai majlis itu, tetapi demi jiwa perjuangan yang ada kita tetap rasa bersyukur kerana apa yang kita lontarkan demi kepenting bangsa dan negara menjadi realiti juga akhirnya sedikit demi sedikit.
Hajjah Saemah menambah di samping majlis besar yang di sebutkan berbagai majlis-majlis kesedaran masyarakat tentang kejadian penganaiyaan dan penderaan wanita di negara ini juga terus di adakan oleh jabatan-jabatan tertentu, selain pihak berkenaan secara transparent turut mendedahkan statistik catatan mangsa yang ada di negara ini.
"Semua perkembangan ini seolah-olah sebagai sahutan dan menjadi mesej supaya Kerajaan perlu dengan segera mengwujudkan sebuah Kementerian yang khususnya menangani permasalahan wanita dan kanak-kanak perlu dilakukan segera sepertimana yang kita usulkan pada Kongress Agung ketiga Jun lalu".
"Walaupun mungkin masih banyak di luar sana di kalangan penduduk dan rakyat Brunei Darussalam yang tidak menyedari akan perjuangan kita di dalam sisah politik NDP ini tetapi bagi kita sebagai anggotanya yang seharusnya sentiasa peka dan terus akan mengikuti perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa paling tidak merasakan sangat berbangga sekaligus bersyukur ke hadarat Allah SWT kerana sedikit sebanyak apa yang kita perjuangkan tidaklah hanya sia-sia".
Tambah Hajjah Saemah dalam konteks ini kita perlu mengimbau kembali Ucapan Dasar Bapak Presiden Parti NDP Ayahanda Yassin Affendy pada Kongres Agung yang pertama yang menekankan “Bahawa Parti Kita Umpama Angin Ianya Tidak Dapat Dilihat Tetapi Dapat Dirasai dan Di Nikmati”.
"Dan mudah-mudahan apa yang kita usulkan pada kongres Agung ketiga yang lalu untuk negara ini mengujudkan sebuah Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga yang diketuai oleh seorang menteri wanita akan menjadi kenyataan tidak lama lagi", ujar Hajjah Saemah.
Beliau dalam pidatonya juga meluahkan rasa bimbang mengenai dengan kes dadah di Chile baru-baru ini yang melibatkan anak tempatan dan menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab ibubapa sebagai penjaga anak-anak di rumah.
Katanya berita tersebut amat mengejutkan. Di percayai anak tempatan, Bangsa Melayu berusia 26 tahun tersebut telah terperdaya oleh pujukan sendiket warga asing.
"Mangsa itu merupakan mangsa sendiket pengedaran dadah antarabangsa yang bukan sahaja merekrut gadis dan wanita tetapi juga golongan lelaki dan bilangan besar yang direkrut adalah gadis dan wanita".
"Dalam pada itu dalam kesempatan permesyuarat kita ini saya sukacita mencadangkan sebagai anggota NDP mungkin perlu juga kita mengambil langkah-langkah tertentu dalam membantu mengatasi kejadian-kejadian yang boleh melibatkan anak-anak bangsa kita ini", ujarnya lagi.