Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

JEJAK EHSAN HAWA PUSAT- MENDEKATI MASYARAKAT

Limbaruh Hijau, Khamis-  Himpunan Wanita Pusat (HAWA) telah meneruskan program berdudun di bulan Ramadhan ini melalui Projek Jejak Ehsan dengan mengunjungi dua buah keluarga yang perlukan perhatian kerana kurang bernasib baik.

Kunjungan tersebut oleh Ketua Hawa Pusat Dyg Hajah Sa’emah Hj Kepli dan Setiausaha Hawa Pusat Dyg Safiah binti Haji Zaini bertujuan untuk terus mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan ugama serta tarafnya sambil menghulurkan sedikit sumbangan keperluan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Rumah pertama yang dikunjungi ialah kediaman suami isteri (ahli NDP), Awang Mohd Said bin Said, 83 tahun yang kini sedang terlantar uzur sakit tua dan isterinya Dayang Asnah Mat Diah, 60 tahun yang terpaksa menjaga suaminya walaupun keadaannya sendiri kurang sihat ketika ini.

Menjawab salam dari dalam Mak Cik Asnah membuka pintu sambil di tangannya sebiji mangkuk berisi bubur kerana sedang memberi makan suaminya yang sedang terlantar tidak berupaya lagi untuk bangun.

Sungguh teruja lagi melihat keadaan rumahnya yang tidak terurus, selain bahu busuk datang dari dalam bilik suaminya di rawat juga jelas terhidu, dan Mak Cik Asnah mengakui dia tidak mampu untuk melakukan semua kerja membersihkan rumah berseorangan dalam usia dan keadaannya yang juga mengalami sakit lutut.

Mak Cik Asnah dan Pak Cik Mohd Said yang dulunya tinggal di sebuah rumah buruk di Kampung Sungai Lalit Lumut telah di pindahkan oleh pihak Kerajaan ke Barek Tumpangan Sementara di Jalan Singa Menteri Mumong yang di diami pada masa ini sejak beberapa tahun lalu setelah kedaifan mereka di paparkan melalui akhbar tempatan pada bulan Ramadhan, dan akhirnya mereka pada masa itu bergembira meraikan hari raya di rumah baru.
Walaupun dalam keadaan tubuh badan yang sudah semakin lemah akibat di makan usia, Mak Cik Asnah tetap meneruskan usahanya untuk menambahkan pendapatan bagi kegunaan membeli keperluan suaminya seperti pampers dewasa dan sebagainya.

Usahannya ialah dengan mengutip tin-tin dan botol-botol kosong untuk dijual dan hasilnya adalah untuk menampung wang sumbangan pihak jabatan berkenaan ke atas mereka yang katanya tidak mencukupi untuk perbelanjaan sepanjang bulan atau keperluan kecemasan.

Pernah suatu hari penduduk di kawasan Kampung Pandan Lima menjadi heboh dengan khabar-khabar mengatakan ada hantu membongkar tong-tong sampah setiap malam di beberapa kawasan perumahan.

Tetapi setelah di intai dan di siasat rupanya bukan hantu tetapi beberapa orang wanita yang memakai baju panjang rambut tidak bertudung mengorek tong-tong sampah di waktu malam dan salah seorang daripada mereka itu adalah Mak Cik Asnah.

Pasangan suami isteri itu tidak mempunyai cenderama mata melainkan seorang adik lelaki yang sibuk bekerja menumpang tinggal di barek mereka.

Di samping Mak Cik Asnah Hawa Pusat juga turut menyumbangkan sedikit buah tangan untuk keperluan hari raya nanti kepada sebuah keluarga Mualaf merupakan jiran Mak Cik Asnah yang juga sering mengambil berat membantu Mak Cik Asnah dan juga merupakan rakannya untuk kegiatan mengutip tin dan botol kosong setiap malam.

Dyg Siti Nor Khatijah Abdullah, 44 tahun (pemengang kad pengenalan hijau) berasal daripada Sarawak, memberitahu aspirasi, dengan hasil daripada kutipan tin dan botol itu dapat lah dia menampung perbelanjaan membeli susu dan pampers anak kecilnya yang baru berusia dua tahun manakala seorang lagi anaknya yang berusia lima tahun masih belum di hantar ke sekolah kerana tidak berkemampuan.

Suaminya Mohd Safudin Abdullah, 62 tahun (mualaf) juga sudah tidak mempunyai sebarang pekerjaan selain keadaannya juga kurang sihat.

Keluarga berbangsa Cina itu telah memeluk ugama Islam tiga tahun yang lalu bersama seorang lagi adik (angkat) perempuan mereka berusia 43 tahun yang juga turut sama-sama membuat kerja mengutip tin dan botol kosong untuk di jual.

Menurut Dyg Siti mereka mula berjalan kaki daripada Jalan Singa Menteri menuju ke kawasan Perumahan Kampung Pandan Lima hingga Pandan Lapan bermula daripada pukul 6 petang hingga ke pukul 11:00 malam membongkar tong-tong sampah dan mengutip tin-tin ataupun botol-botol kosong untuk di kumpul dan di jual ke Kedai Besi Buruk yang hanya mengambil jualan mereka sekilo lima sen hingga sepuluh sen.

Dyg Siti juga terpaksa memikul sehingga lebih empat kilo hasil kutipan tin atau botol kosong yang mereka dapatkan dan membawanya pulang.

“Sebagai seorang perempuan memikul barang berat memanglah kurang mampu, tetapi saya perlu cekal, kerana hanya saya sajalah yang agak kuat di banding suami yang juga sudah sakit untuk meneruskan hidup kami sekeluarga”.

Walaupun suami mendapatkan gaji tua sebulan $250.00 dan sedikit bantuan daripada Jabatan Kemasyarakatan tetapi kerana mereka mempunyai anak kecil perbelanjaan adalah tidak mencukupi jika hanya mengharapkan bantuan yang diberikan.

Suaminya pemengang kad pengenalan unggu turut menekankan dalam pertemuan dengan Hawa Pusat hari ini, harga barang yang naik tinggi mendadak juga merupakan satu ancaman kepada kehidupan mereka orang-orang miskin, dengan lenangan air matanya dia meneruskan kelohannya, kami hanya menunggu sumbangan bantuan asnaf fakir miskin yang diberikan setahun sekali menjelang hari raya untuk mendapatkan keperluan yang selama ini kami perlukan tetapi tidak mampu mendapatkannya.

Beliau juga mendakwa telah bertanyakan kepada pihak berkenaan bilakah sumbangan kepada fakir miskin untuk hari raya ini akan diberikan, pihak tertentu itu menjawabnya, sumbangan akan diberikan sudah dekat menjelangnya hari raya kerana dikhuatiri akan dibelanjakan cara membazir oleh si penerimanya.

“Saya rasa awal atau lambat wang yang disumbangkan akhirnya memang kami gunakan juga bukan untuk berhibur atau membeli barang yang tidak berfaedah tetapi hanyalah untuk meneruskan kehidupan kami yang sepanjang tahun serba kekurangan” ujarnya sambil mengesat air mata yang mengalir membasahi pipinya.

Biarpun keluarga itu bukan di kalangan ahli NDP tetapi Hawa Pusat, mengaggap keprihatinan yang diberikan kepada setiap masyarakat yang memerlukan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama.  Itulah antara hasrat melalui Projek Jejak Ehsan, untuk terus turun padang mendekati masyarakat di samping untuk menyematkan sikap sentiasa menyedari apa yang berlaku di sekeliling kita (HSZ).
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.