Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Isu alam sekitar - titah di abaikan lagi

LIMBARUH HIJAU 13 SEPTEMBER 2008 - KEGEMBIRAAN sebuah keluarga di Kampong Sungai Bakong Lumut untuk menyambut bulan Ramadhan yang mubarak dan juga merayakan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini hancur berkecai apabila banjir kilat melanda rumah baglo mereka pada 23 Ogos 2008 lalu.

Musibah yang menimpa keluarga seramai 14 orang itu memang tidak disangkakan dan dijangkakan kerana sejak hampir 20 tahun mereka menetap di kawasan itu tidak sekalipun mereka pernah mengalami masalah banjir seperti itu walaupun hujan turun selebat mana.

Awang Suliman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait dan Awang haji Ali, Setiausaha NDP Belait meninjau rumah Awang Haji Amba pada 2 September 2008

Malang tidak berbau. Sedang mereka nyenyak tidur limpahan air dari tapak pembangunan di belakang rumah mereka di sebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti sejak awal malam lagi dengan cepat membanjiri rumah mereka.

Dalam beberapa minit sahaja seluruh kawasan rumah di tenggelami air.

Mereka sekeluarga tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang rumah yang sudah terjejas oleh banjir kilat itu.

Sejak malam itu mereka terpaksa meninggalkan rumah tempat mereka berteduh sejak hampir 20 tahun lalu dan menginap buat sementara di rumah persinggahan kerajaan di Kuala Belait dan kemungkinan mereka akan di tempatkan di flat kerajaan memandangkan rumah tempat mereka berlindung itu tidak dapat di gunakan lagi.

Dapat dibayangkan betapa tidak selesanya keluaraga Awang Haji Amba bin Syawal @ Awang Haji Mohd Zaini yang terpaksa meninggalkan rumah kesayangan mereka di Simpang 508 TOL 3072 Jalan Sungai Bakong Lumut itu.

Kerugian harta benda yang mereka alami juga bukan sedikit.

Persoalannya sekarang apakah mereka akan diganti rugi? Siapa yang harus bertanggunjawab keatas kerugian yang mereka alami itu?

Menurut Awang Haji Amba mereka telah dinasihatkan oleh salah seorang orang penting di Lumut agar 'jangantah luan dibising-bisingkan' masalah mereka itu.

Mungkin apa yang di maksudkan ialah mereka tidak perlu mendedahkan masalah mereka kepada umum.

Kalau itu yang dimaksudkan persoalan yang timbul ialah kenapa masalah tersebut harus di sembunyikan dari penegtahuan orang ramai atau mungkin ianya mahu di sembunyikan dari pengetahuan orang-orang tertentu?

Wallau Wa'alam.

Apa yang jelas kegembiraan dan keselesaan sebuah keluarga telah di ragut oleh kejadian banjir kilat yang tidak di sangkakan selain dari harta benda yang juga turut rosak oleh musibah banjir tersebut.

Dari tinjauan Aspirasi-NDP ke tempat kejadian jelas menunjukkan banyak persoalan yang perlu di jawab oleh pihak-pihak berkenaan dan juga pemborong yang diberikan kontrak memajukan tapak untuk skim perumahan negara itu.

Antaranya apakah tidak ada perancangan awal dari pihak berkenaan untuk memastikan kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut tidak akan menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di persekitaran tapak tersebut?

Dari maklumat yang di terima dari Awang Haji Amba, sistem saliran air sementara bagi mengelakkan kebanjiran di kawasan rumah beliau dan persekitarannnya sebelum kejadian itu tidak di sediakan dengan baiknnya.

Katanya sebelum kejadian tersebut dia sudah beberapa kali menegur pemborong agar mengambil langkah awal bagi mengelakkan kejadian banjir di kawasan rumah beliau, malangnya tegurannya tidak di indahkan.

Dalam hal ini memang kita tidak heran kenapa pemborong malas ingau akan teguran orang awam ini.

Ini kerana pihak-pihak tertentu mungkin juga kurang ingau dalam menjalankan tugas dan tanggunjawab mereka makanya pemborong kurang peka dengan keselamatan dan kesejahteraan awam.

Kalau ini hakikatnya kita tidak heranlah kenapa masalah yang menimpa Awang Haji Amba dan keluarga perlu 'disembunyikan' dari pengetahuan umum atau dari pengetahuan orang atasan.

Kerana jika projek tersebut dilaksanakan dengan perancangan yang teliti apa yang terjadi kepada keluarga Awang Haji Amba sebenarnya boleh di elakkan.

Ianya juga boleh dielakkan jika pihak-pihak tertentu termasuk pemborong menagmbil serious teguran KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1429 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Mungkin ramai yang sudah lupa akan teguran Baginda Sultan tersebut.

Untuk membantu mengembalilkan ingatan semua di sini di siarkan sekali lagi titah Baginda tersebut.

Dalam titah tersebut Baginda Sultan telah mengesa agensi-agensi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah dalam membuat atau membawa perubahan bagi menyelesaikan isu-isu banjir kilat di negara ini.

Titah baginda, negara sebenarnya sudah banyak mendepani masalah, bahkan sudah banyak wawasan yang mampu mendahului orang lain, tetapi dalam mencari penyudahnya kita sering terlambat.

Banyak benar isu penting yang minta ditangani titah baginda, antaranya ada yang mustahak disegerakan, seperti isu banjir kilat atau kawasan-kawasan yang mudah ditenggelami air.

Baginda bertitah, ada pendapat, bahawa perkara tersebut berpunca daripada sistem perairan atau perlongkangan yang kurang diberikan perhatian, yang ditumbuhi oleh rumput-rampai yang menyebabkan air tersekat atau tidak lancar mengalir.

Jika ini betul, titah baginda, apakah ia tidak mustahak untuk diambil berat dan dibuat perubahan segera?

Baginda menambah titah, banjir itu juga boleh berlaku disebabkan faktor pembangunan, seperti jika ada projek-projek yang tidak dikawal ‘ketat’ oleh sebarang peraturan atau akta, di mana kontraktor-kontraktor dengan sesuka hati boleh meruntuh bukit, mengorek dan memunggah tanah serta melonggok-longgokkan sampah, yang risikonya nanti boleh menjejaskan longkang dan parit serta alam sekitar.

Perkara ini titah baginda, kelihatannya seperti kecil saja, tetapi sebenarnya bukan. Ia berkait rapat dengan pelbagai kepentingan, seperti perundangan, pengurusan, etika dan disiplin. Manakala semua ini ada pada kita, sudah barang tentu segala masalah akan dapat ditangani.

Baginda menyeru rakyat dan penduduk supaya bersikap lebih maju tanpa mengabaikan ‘langkah-langkah perlu’ untuk mengatasi masalah ini termasuk melalui peraturan khas atau akta.

Jika terdapat isu yang memadai hanya dengan pengurusan biasa, maka bolehlah kita mengurusnya dengan cara biasa. Ataupun, ada isu yang memerlukan ‘peraturan-peraturan khas’ atau akta, maka mengapakah tidak diluruskan pengurusannya dengan kuat kuasa peraturan atau akta tersebut?

“Ataupun, jika kita belum lagi mempunyai peraturan atau akta mengenainya, maka apakah salahnya jika kita menggubal peraturan dan akta berkaitan?

“Begitulah caranya untuk merintis sebarang perubahan dan kemajuan tanpa terperangkap dengan fikiran-fikiran sempit atau jalan buntu,” titah baginda.

Demikianlah titah Baginda tersebut. Mudah-mudahan pihak-pihak berkenaan termasuk pemborong-pemborong dapat mengingat semula gesaan Baginda Sultan tersebut.

Kita sebenarnya rasa sedih melihat musibah banjir yang menimpa keluarga Awang Haji Amba.

Kerugian yang dialami mereka satu hal. Apa yang paling menyedihkan apabila kita melihat sekali lagi titah dan teguran Baginda Sultan di semberanakan umpama air dituang ke daun keladi.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.