Limbaruh Hijau, Selasa- Beberapa orang di kalangan yang di senaraikan sebagai mereka yang kurang berkemampuan kerana tiada berpendapatan tetap, ramai tanggungan dan berbagai kekurangan lainnya untuk menaggung kehidupan bersama keluarga telah menerima sumbangan sempena menjelangnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
Sumbangan daripada zakat harta oleh hamba Allah kepada ahli-ahli NDP bagi kawasan daerah Belait telah di sampaikan oleh Naib Presiden Parti Pembangunan Bangsa Awang Sulaiman bin Metarshad Sabtu lalu.
Untuk menyampaikan sumbangan itu Naib Presiden NDP Daerah Belait di sertai bersama oleh Ketua Hawa Pusat Dyg Hjh Saemah Hj Kepli dan |
|
Awang Mahdi bin Haji Suhaili telah mengunjungi ke rumah-rumah penerima yang di senaraikan menerima.
Antara mereka yang menerima sumbangan tersebut ialah Awang Aruan bin Haji Karim, 32 tahun, yang mempunyai tanggungan seramai tujuh orang anak yang berusia daripada 2 tahun hingga 10 tahun.
Beliau yang tidak tahu menulis dan membaca kerana tidak pernah di hantar oleh orang tuanya ke sekolah akibat kemiskinan hanya mampu bekerja sebagai buruh kasar di sebuah syarikat tempatan baru-baru ini dengan gaji sebulan hanya $350.00, selain sebelum ini hanya mencari rezeki dengan mengutip besi buruk untuk di jual. |
|
Lima orang daripada anaknya masih bersekolah dan dua lagi belum bersekolah, di samping bekerja beliau juga mendapatk bantuan daripada Jabatan Pembangunan masyarakat sejumlah $250 sebulan dan bantuan fakir miskin sejumlah $310.00 sebulan.
Pendapatannya yang tidak sampai $1,000 itu baginya tidak mencukupi kerana anak masih kecil-kecil dan perlu mendapatkan berbagai keperluan termasuk keperluan persekolahan, makanan dan sebagainya, bagaimanapun dia bersyukur kerana pihak Kerajaan telah juga membantu menempatkannya tinggal di barek kerajaan setelah rumah setinggan tempatnya berteduh sejak 10 tahun lalu telah hangus dijilat api beberapa tahun lalu. |
|
Selainnya seorang lagi ketua keluarga Awang Japar Aran yang hanya mengharapkan pendapatan menangkap ikan yang tidak menentu di samping sumbangan Jabatan Kebajikan sejumlah $250.00 sebulan turut menerima sumbangan berkenaan.
Awang Jaapar yang mempunyai serami enam orang lagi yang di bawah tanggungannya kesemuanya masih belum mempunyai sebarang pekerjaan tetap kadang-kadang juga terpaksa membawa anak-anaknya yang ramainya adalah perempuan untuk pergi |
|
mengutip besi buruk untuk di jual sebagai menambahkan pendapatan sekeluarga. Selain salah seorang anak perempuannya mengambil upahan memotong rumput.
Seorang warga emas Dyg Zubaidah Gawong, 85 tahun yang terpaksa memelihara beberapa orang cucunya setelah anaknya di masukkan ke Pusat Pemulihan juga turut disampaikan sumbangan itu.
|
|
Beliau yang tidak mempunyai sebarang pendapatan hanya menerima pencen tua sejumlah $250.00 sebulan.
Dayang Indah binti Didih, 44 tahun yang kini terpaksa menanggung kehidupan anak-anaknmya seramai lapan orang setelah suaminya Awang Aji bin Haji Omarali terpaksa menjalani rawatan di Singapura dan telah kehilangan pancaindera penglihatan juga telah dihulurkan sumbangan tersebut.
 |
Dayang Indah mempunyai seramai lapan orang anak yang paling bungsu baru berusia 11 bulan, mata pencarian keluarga itu hanya menjual ikan yang dibeli daripada pasar Gadong BSB untuk di jual di tamu setiap penghujung minggu di Seria dan Belait. Menurutnya di samping |
keperluan makan dan persekolahan dia juga terpaksa menanggung pembayaran rumah, elektrik, kenderaan dan keperluan lainnya di samping di bantu oleh anak sulungnya yang baru mendapat pekerja sebagai pengawal di salah sebuah syarikat tempatan dengan gaji kurang daripada $700 sebulan.
Penerima seterusnya ialah Dyg Haisah binti Tuah, merupakan seorang wanita yang telah lama memohon perumahan tetapi sehingga kini belum ada jawapan daripada jabatan tertentu, kini terpaksa menumpang di rumah adik perempuannya di Kampung Baru Seria, pendapatannya hanya menjual kueh di pasar untuk menyara kehidupannya bersama suami yang sudah lama berpencen.
Mak Cik Asnah Mat Diah, 80 juga turut dihulurkan sumbangan tersebut, beliau yang terpaksa menanggung suami yang sedang sakit di samping menerima bantuan Jabatan Kebajikan dan Pembangungan Masayarakat setiap bulan dia juga masih berusaha mengutip tin-tin kosong untuk di jual sebagai keperluan membeli pampers suaminya dan susu yang diminumnya.
Awang Mahdi yang juga tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menanggung anak-anak dan isterinya tidak dilupakan untuk dihulurkan sumbangan tersebut, bagi membantu meringankan sedikit beban beliau.
Di samping itu dua orang anak yatim ahli NDP juga telah turut di sumbangkan pada hari tersebut antaranya yang menerima ialah Awang Mohd Sameon bin Haji Mohd Shafiee, dan Haji Mohd Qahrudin.