Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

HAWA sumbang bantuan mangsa projek perumahan cuai

SERIA-13 September 2008 - Himpunan Wanita Pusat Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Awang Haji Amba bin Syawal @ Awang Haji Mohd Zaini di Simpang 508 TOL 3072 Jalan Sungai Bakong Lumut pada hari Selasa baru lalu.

Sumbangan tersebut melalui Projek Jejak Ehsan HAWA Pusat telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Hawa Pusat Dayang Halimah binti Janai dan telah disaksikan sama penyerahan itu oleh Setiausaha Hawa Pusat Dayang Safiah binti Haji Zaini.

Sumbangan dihasratkan supaya akan dapat membantu meringgankan masalah yang dihadapi oleh keluarga seramai 14 orang itu yang kini terpaksa tinggal menginap di Rumah Persinggahan Kerajaan di Kuala Belait setelah rumah banglo mereka mengalami kerosakkan retak di beberapa bahagian dinding dan lantai.

Turut serta dalam tinjauan susulan Hawa Pusat ke rumah keluarga hari ini ialah Ketua Hawa Pusat Dayang Hajah Sa’emah binti Haji Kepli.

Hawa Pusat telah membuat kunjungan sejurus mengetahui kejadian itu pada 1hb September lalu.

Kejadian berlaku pada 23hb Ogos kira-kira pukul 10:00 malam.

Hujan yang turun dengan lebatnya telah mengakibatkan air bah bercampur timbunan tanah pasir masuk ke dalam rumah Awang Haji Amba (ahli NDP) yang telah didiami sejak tahun 1989.

Pada malam kejadian keluarga tersebut termasuk seorang kanak-

Kanak berusia dua tahun terpaksa di tempatkan oleh Ketua Kampung Lumut 1 YB Haji Shafiee bin Haji Ahmat ke Hotel Seaview kerana ditenggalami setinggi lebih dua kaki air bercampur tanah pasir.

Menurut Awang Haji Amba kejadian air bah memasuki rumah mereka itu tidak pernah di alami sebelumnya, tetapi setelah terdapatnya Projek Pembinaan Perumahan Negara di belakang rumahnya yang menembuk tanah setinggi lapan hingga sembilan kaki daripada paras rumahnya telah mengakibatkan air bertekung dan masuk menerusi pintu dapur dan belakang rumahnya.

Pemaju projek pembinaan perumahan itu tidak menyediakan longkang atau peraliran air.

Hanya setelah kejadian tersebut, kontrak pemaju itu mulai menggali tanah untuk membuat perlongkangan dan menyediakan mesin pam air bagaimanapun air masih terhalang oleh tebangan pokok-pokok besar yang berserak di kawasan itu.

Air terus bertekung dan berpusing kembali memasuki rumah Awang Haji Amba dan jiran terdekatnya.

Menerusi tinjauan Hawa Pusat, hampir tiga perempat daripada rumah banglo yang telah diubahsuai sebanyak dua kali pada tahun 1992 dan 1997 itu telah retak termasuk lantai

tandasnya yang retak menyebabkan air najis turut masuk ke dalam ruang rumah mereka pada malam kejadian dan menaikkan bau yang amat busuk terpaksa dihidu oleh seisi keluarga itu.

Turut masuk menjadi tetamu yang tidak diundang dalam kejadian tersebut ialah ular sawa sebesar batang pokok pinang berenang di luar rumah yang menambahkan bahayanya untuk rumah itu didiami.

Jabatan Daerah Belait juga telah memberikan bantuan dengan memindahkan keluarga itu ke Rumah Persinggahan Kerajaan.

Jabatan daerah juga mencadangkan untuk memindahkan mereka ke Flat Kerajaan di Jalan Pangsa Seria, tetapi meminta untuk keluarga itu membayar sewa dan bil letrik serta air yang digunakan selama mana mereka terpaksa mendiami flat tersebut.

Permintaan itu telah menambah runsingkan lagi hati Haji Amba dan keluarga yang tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap selain menjual sayur-sayuran itu kerana akan terpaksa membayar sewa dan bil letrik serta air flat dan dalam masa yang sama mereka juga perlu terus membayar bil letrik dan air di rumah kediaman mereka di Lumut biarpun ianya tidak dihuni.

Hawa berpandangan flat Kerajaan berkenaan telah banyak yang di kosongkan kerana ramai di kalangan kakitangan Kerajaan sekarang ini telah mempunyai rumah sendirian di Skim-skim Perumahan Awam dan Rakyat Jati.

Flat Kerajaan banyak yang tinggal kosong dan dalam keadaan terbiar, dan meminta untuk keluarga yang sudah mengalami kesusahan ini untuk membayar sewa adalah tidak adil, kerana kejadian yang dihadapi merupakan musibah dan ianya berpunca daripada ketidak bertanggungjawabnya pihak pemaju pembinaan tanpa berfikir secara lebih strategi terutama dalam mementingkan keselamatan dan keharmonian penduduk di kawasan projek pembangunan mereka.

Selain itu Hawa berpandangan adalah wajar kejadian itu untuk diambil tindakan bersegera oleh Ketua Kampung atau Penghulu Mukim berkenaan dalam mengusulkan perkara meminta ganti rugi oleh keluarga yang malang itu kepada kontraktor pemaju kerana bencana yang dialami berpunca daripada kelalaian mereka dalam memikirkan keselamatan atau lebih jelas modal insan di kampung tersebut.

Awang Haji Amba, 66 tahun merupakan pesara daripada Pasukan Polis Diraja Brunei turut memberitahu Hawa pengubahsuaian rumahnya dilakukan dengan perbelanjaan wang gaji semasa bekerja dan semasa berpencen pada tahun 1997.

“Dan rumah itulah satu-satunya tempat kami berlindung anak-beranak beserta dengan cucu-cucu kami, dan pada masa ini kami bagaikan burung terbang ke sana kemari, siang datang melawat rumah kami di Lumut ini, dan malam pulang ke tempat penginapan sementara, ini memang tidak selesa tambahan lagi pada masa Bulan Ramadhan ini dan menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri” ujar Awang Haji Amba dengan nada suara yang sayu dan kesal.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.