Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

HAWA PUSAT RAIKAN ANAK YATIM ANAK-ANAK NDP

LIMBARAUH HIJAU, Jumaat- Seramai hampir dua puluh orang anak-anak yatim Parti Pembangunan Bangsa di raikan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak Yatim dan Bersungkai Bersama Mereka di adakan di Hotel Holiday Lodge Jalan Jerudong hari ini.

Majlis tersebut anjuran Himpunan Wanita Pusat, turut di hadiri oleh seramai lebih 40 orang di kalangan anggota NDP daripada seluruh negara.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma anak yatim ialah Ketua Biro Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Arkib, Puan Dr Hajah Rayah binti Haji Mohd Ali.

Hadir sama ialah beberapa orang Majlis Tertinggi NDP antaranya Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa, Kemamanan dan Perdagangan Malai Hassan bin Malai Haji Othman, Pengerusi Bersama Biro Penyelidik dan Organisasi Awang Haji Mustafa bin Haji Abidin dan Awang Ahmad bin Haji Timpus, Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Awang Haji Ismail bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dan Kebajikan Insan Dayang Hajah Armah binti Haji Othman, Ketua Pergerakan Puteri Pembangunan Dayang Surihani
binti Haji Ismail,Pegawai Tugas-tugas Khas Pengiran Hamzah bin Pengiran Salleh, Setiausaha Politik Presiden Parti Haji Mohd Yunus, Setiausaha Hawa Pusat Dyg Safiah binti Haji Zaini, Ketua Penerangan dan Hal Ehwal Masyarakat Hawa Pusat Pengiran Hajah Noriah Pengiran Haji Hashim serta Ketua-Ketua Himpunan Wanita Daerah NDP dan juga beberapa orang ahli keluarga Jabatan JASA.
Mempengerusikan majlis tersebut Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli ketika berucap menyatakan majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti berkebajikan Hawa Pusatdengan harat untuk menambah ceriakan lagi suasana menjelangnya hari raya

di sambut oleh anak-anak yatim tanpa orang yang mereka kasihi berada di sisi mereka.

Majlis itu tambahnya, adalah melalui Projek Jejak Ehsan yang berterusan dengan hasrat untuk terus berdamping dan mendekati masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan taraf kehidupan mereka di bandar ataupun di pendalaman.

Menurutnya lagi seramai 38 orang anak-anak yatim yang di catatkan dalam pengkalan data Hawa Pusat melalui respon borang-borang kaji selidik yang di kirimkan kepada sejumlah lebih 300 ahli wanita NDP tahun lalu dengan disertakan setem dan sampul surat untuk memudahkan penghantaran

kembali borang berkenaan kepada Hawa Pusat ke alamat ibu pejabat parti.

“Namun begitu hanya sejumlah 38 borang sahaja yang telah di hantar kembali oleh ahli-ahli NDP kepada Hawa Pusat” katanya.

Beliau menambah, daripada jumlah 38 orang seramai 20 orang anak yatim yang di catatkan masih di bawah tanggungan ibu mereka manakala yang lainnya ada yang

sudah bekerja dan hanya16 orang yang dapat menghadirkan diri pada  majlis hari ini, sementara yang tidak dapat menghadirkan diri sumbangan akan di berikan kemudian oleh Hawa Pusat.
Di samping Hawa Pusat majlis hari ini juga turut menerima sumbangan-sumbangan daripada beberapa orang dermawan untuk di sampaikan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Sehubungan itu Ketua Hawa Pusat dalam ucapannya juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaseh kepada mereka yang menghulurkan apa jua bentuk sumbangan sehingga berjaya berlangsungnya majlis tersebut.

Di samping meraikan anak-anak yatim, majlis tersebut juga turut mengundang seramai hampir 10 orang kanak-kanak damit anak kepada dua orang ibu tunggal ahli NDP yang kurang berkemampuan, mereka juga turut di hulurkan sumbangan oleh dermawan perseorangan di majlis berkenaan.

Majlis tersebut juga turut bertujuan untuk menambah eratkan lagi ikatan siratulrahim di kalangan pemimpin dengan anggota akar umbi, serta mengambil kesempatan beramah mesra dengan anak-anak yatim dan anak-anak ahli NDP lainnya serta sama-sama menghulurkan tangan bermaaf-maafan menandakan telah hampir tibanya bulan Kemaafan iaitu Hari Raya Aidil Fitri, dan tidak kurang juga untuk terus menyemaikan perasaan sentiasa memberikan keperihatinan kepada masyarakat yang memerlukan (HSK)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.