Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Berhati-hati di jalan raya Labi

LIMBARUH HIJAU 24 SEPTEMBER 2008 - HANYA tinggal beberapa hari lagi umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri.

Seperti lazimnya suasana kesibukkan menjelang Syawal semakin dapat di rasakan. Jalan-jalan menuju ke pusat-pusat bandar semakin sibuk sementara jalan-jalan menuju ke mesjid-mesjid dan surau-surau semakin lengang.

Begitu juga dengan jalan-jalan raya utama di negara ini semakin sibuk dengan kenderaan-kenderaan keluarga-keluarga yang balik kampong untuk menyambut Hari Raya bersama ibu bapa dan sanak saudara di kampong masing-masing.

Maka sehubungan dengan itu Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berharap pengguna-pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila memandu di jalan raya terutama sekali di waktu malam dan dalam waktu hujan.

Bagi mereka yang balik kampong, terutama mereka yang menuju ke kampong-kampong pendalaman, NDP juga berharap mereka akan sentiasa berwaspada memandangkan banyak jalan-jalan raya di kawasan-kawasan luar bandar yang rosak, berlubang-lubang dan kurang selamat untuk kenderaan.



Jalan rosak di beberapa tempat dijalan raya ke Labi

Terutama sekali jalan menuju ke kawasan-kawasan pendalaman di Labi.

Terdapat beberapa tempat di jalan raya menuju ke Labi yang rosak teruk akibat hakisan tanah yang di sebabakan oleh hujan lebat di kawasan-kawasan tersebut.

Sudah hampir setahun jalan-jalan yang rosak tersebut belum di perbaiki.

Sejak ianya rosak, pagar-pagar keselamatan telah di dirikan di tempat-tempat yang terjejas bagi mengelakkan kemalangan.

Jalan-jalan yang rosak di jalan raya menuju ke Labi

Dari itu pengguna-pengguna jalan raya terutama mereka yang kurang arif dengan keadaan teruk di sepanjang jalan menuju ke Labi haruslah berwaspada dan berhati-hati.

Mereka harus ingat jika kemalangan terjadi agensi-agensi yang bertanngungjawab membaikpulih tempat-tempat yang terjejas mahu pun pegawai-pegawai daerah, YB-YB, ketua-ketua kampong dan penghulu-penghulu yang sepatutnya memeduli hal-hal keselamatan di kawasan-kawasan di bawah jagaan mereka tidak akan dipersalahkan walaupun sepatutnya jalan-jalan yang rosak itu sudah di perbaiki awal-awal lagi.

Persoalan kenapa sudah hampir satu tahun jalan-jalan yang rosak belum lagi di perbaiki yang menyebabkan jalan-jalan di kawasan tersebut tidak selamat bagi pengguna-pengguna bukanlah satu isu jika kemalangan berlaku kerana yang selalu akan di persalahkan ialah pengguna-pengguna yang di tuduh cuai.

Dalam perkataan lain akauntabiliti pihak-pihak brerkenaan tidak dapat di ambil kira dan selalunya tidak ada pun dalam kamus pengurusan dan pentadbiran awam pihak-pihak berkenaan apa itu akauntabiliti.

Justeru pengguna-pengguna jalan raya haruslah sentiasa berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan yang hanya akan merugikan diri sendiri.

Sementara itu NDP juga ingin merayu kepada pihak-pihak berkenaan agar mengambil langkah segera meningkatkan tahap keselamatan di beberapa kawasan yang terjejas.

Mungkin untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih di tempat-tempat yang terjejas memerlukan belanja yang mahal dan mungkin pihak-pihak tertentu belum mendapat peruntukkan yang di perlukan, namun demikian buat sementara waktu di kira tidak juga memerlukan belanja yang banyak untuk mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan di tempat-tempat yang di maksudkan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.