Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Asean patut kaji kedudukan Filipina

M Khaleel Kas

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) -Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius perkembangan politik yang berlaku di Mindanao semenjak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub,tekanan politik dan keganasan tentera telah berlaku dengan begitu berleluasa sehingga menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

“Pendirian terbaru Presiden Arroyo jelas menunjukkan bahawa Filipina tidak lagi berminat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku secara rundingan, tetapi lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan keganasan.

“Filipina sepatutnya sedar bahawa Mindanao adalah wilayah umat Islam yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol mahupun Amerika Syarikat, tetapi mereka menyerahkannya kepada Manila,”jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, rakyat Mindanao tidak mengiktiraf kekuasaan Manila ke atas mereka dan apa yang dituntut ialah kemerdekaan.

“Jika Manila bersedia mengakui hakikat ini, konflik ini akan selesai dengan segera. Sebaliknya, Manila mengambil sikap sebagai penjajah yang tidak menghormati hak asasi manusia.

“Kerana itu tidak hairan jika berlaku rundingan dalam keadaan 'senjata di kepala' mereka,”katanya lagi.

Katanya,sebelum ini beberapa usaha telah dibuat oleh Malaysia supaya krisis ini diselesaikan di meja rundingan dan Kuala Lumpur telah bersedia menjadi orang tengah.

“DPP Pusat menyokong langkah Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah ini secara keluarga Asean demi mengekalkan kestabilan politik di rantau ini.

“Tetapi Manila yang gagal memenuhi keperluan-keperluan rundingan termasuk enggan menyertai rundingan terakhir di Kuala Lumpur. Alasan Manila berkenaan tiga komander MILF yang menyerang orang Kristian adalah amat terpencil kerana tentera Filipina sendiri bertindak lebih ganas termasuk membakar rumah orang awam,”ulas Salahuddin lagi.

Beliau mendesak supaya kedudukan Filipina dalam Asean dikaji semula seperti mana sikap Wisma Putra terhadap Rangoon sebelum ini.

“Kita bukan bermaksud mencampuri urusan negara jiran, tetapi jika tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan boleh mengundang ketidakstabilan politik rantau ini, maka tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka.

“Filipina patut digantung daripada Asean supaya Manila sedar tentang kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah ini. DPP Pusat juga berharap supaya Wisma Putra dapat memanjangkan masalah ini kepada OIC kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus terutama dalam bulan Ramadan ini,” tegasnya. - mks.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.