|
| |
 |
|
| |
| SEMINAR ILTIZAM MEMPERKASA KEUPAYAAN BANGSA |
KEARAH PERPADUAN NASIONAL : HARAPAN DAN CABARAN |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU MACH 14 2006: USAHA AWAL Parti Pembangunan Bangsa (NDP) memperkukuhkan perpaduan bangsa Brunei yang terdiri dari 7 puak rumpun Melayu Brunei campur 1 puak Iban Brunei mendapat sanjungan tinggi dari wakil-wakil puak-puak etnik yang menghadiri seminar 2 hari yang bertajuk 'Kearah Perpaduan Nasional : Harapan dan Cabaran.
Seminar sempena memperingati ulang tahun Hari Kebangsaan ke 23 yang bertemakan 'Iltizam Memperkasa Keupayaan bangsa dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum yang dipimpin oleh Dayang Hajjah Kartini POKSD Abang Haji Abu Hanifah.
Ia bertujuan untuk membukakan peluang kepada puak-puak etnik Brunei (termasuk puak Iban) yang berbilang dilek, adat resam, budaya dan peggangan ugama dan kepercayaan menggongsikan pandangan dan harapan serta cabaran-cabaran yang dihadapai oleh puak masing-masing dalam bernegara dan berbangsa dibawah panji-panji Negara Brunei Darussalam yang mengamalkan ideoligi Melayu, Islam, Beraja sebagai sistem pemerintahan, sistem berbangsa dan bernegara.
Seminar tersebut juga telah berjaya membukakan peluang bagi semua puak etnik, terutama sekali puak etnik yang terasa terpinggir meluahkan isi hati mereka yang sekian lama terpendam.
kejujuran dan keikhlasan NDP menganjurkan seminar tersebut dengan sokongan padu perwakilan memberikan hujah-hujah dan membentangkan kertas-kertas kerja mereka dengan terbuka dan tidak rasa takut-takut juga jelas memberikan peluang kepada semua yang hadir untuk memupuk persefahaman dan merapatkan lagi jurang berbezaan persepsi yang prejudis antara puak-puak etnik di negara ini.
|
Sibuang Igol puas hati dengan seminar yang memberikan dia peluang meluahkan isi hatinya yang sudah terpendam berpuluh tahun |
"Seminar 2 hari ini sangat-sangat baik. Buat pertama kali kami Puak Iban mendapat peluang membentangkan kertas kerja menggenegahkan harapan, aspirasi dan cabaran yag dihadapi oleh puak Iban Brunei selaku anggota masyarakat Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama memainkan peranan membangun bangsa dan negara", jelas Awang Sibuang Anak Igol, Naib Ketua Non-Muslim NDP.
"Harapan kami agar seminar ini akan dapat diadakan selalu supaya semua puak-puak di negara ini dapat terus memberikan pandangan dan fikiran mengenai aspirasi mereka dan masalah-masalah yang dihadapi oleh puak-puak etnik seperti puak Dusun, Bisaya, Iban dan Murut".
Awang Sibuang juga berharap NDP akan dapat memanjangkan semua usul-usul yang dibentangkan di seminar tersebut kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk dipertimbangkan.
"Salah satu usul kami dari puak Iban ialah untuk memohon pertimbangan agar puak Iban dimasukkan sebagai puak jati ke 8 dalam Perlembagaan Brunei. Selama ini kami tidak dikategorikan sebagai rakyat jati walaupun puak Iban sudah berada di Brunei sejak kurun ke 14 Masehi", tegas Awang Sibuang menjelaskan antara lain isu-isu yang dibagkitkannya semasa seminar tersebut.
|
"Sepengatahuan saya banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh bukan sahaja puak Iban malahan oleh wakil-wakil dari puak-puak lain sepert Dusun, Bisaya, Murut dan Kedayan tidak pernah ditimbulkan dimana-mana sesi forum atau perbincangan. Inilah kali pertama kami secara jujur dan ikhlas meluahkan segalanya. Saya berpendapat ini satu inisiatif yang baik kerana jika terus dipendamkan ianya boleh menjejaskan perpaduan nasional dan juga boleh mengurangkan rasa setia puak-puak etnik kepada raja, bangsa dan negara", tambah Sibuang lagi. |
Sibuang membentangkan kertas kerjanya |
Bagi Serudin Pungut, Ketua Biro Non-Muslim NDP mewakil puak Murut, seminar 2 hari itu pada pandangannya sungguh-sungguh bernas.
"Dengan adanya seminar seperti ini pihak kami dapat menyampaikan masalah yang dihadapi oleh puak Murut yang selama in i terpendam dalam hati", ujar Awang Serudin.
"Kami
berasa lega kerana dengan adanya NDP kami dapat menyalurkan permasalahan dan cabaran-cabaran yang kami hadapi selama ini. Jika peluang ini tidak ada kami umpama 'makan hati berulam jantung", tegasnya. |

Serudin Pungut, wakil puak Murut dari Temburong membentangkan kertsa kerjanya |
Awang Mantar, wakil dari puak Bisaya bersetuju dengan pandangan Awang Serudin.
"Lebih 20,000 orang rakyat negara ini terdiri dari Puak Bisaya dan selama ini permasalahan yang dihadapi oleh puak Bisaya terutama sekali kami yang menetap di Kampong Paya Karangan dan Bebuluh tidak terlalu diberikan perhatian yang sewajarnya".
"Selama 2 hari in saya sendiri berpeluang menggenegahkan isu-isu yang selama ini terpendam dengan tidak ada rasa takut-takut dan ragu-ragu. Harapan kita apa yang dibentangkan disini dapat membuka minda kita semua terutama generasi baru", ujar Awang Mantar.
|
Awag Mantar berhujah |
"Pada pandanga saya, seminar seperti ini penting untuk kita sama-sama faham memahami antara satu dengan yang lain dan dapat mengeratkan lagi semangat persaudaraan walaupun kita berbeza puak, dilek, adat dan budaya", tegas Awang Mantar.
Seperti wakil-wakil yang lain, Awang Mantar juga mengharapkan agar seminar seperti itu akan terus diadakan dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dan memerkuatkan perpaduan bangsa yang terdiri dari 7 puak campur 1 puak Iban.
Dia juga berharap usaha akan diteruskan agar jurang perbezaan antara puak dapat dikurangkan
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|