KAMPONG AYER: 17 MACH 2007: AHLI-AHLI Pergerakkan Puteri UMNO Melaka berkesempatan berehat dari fikir politik kemarin untuk melalui pengalaman 'masam masin manis nya menelan ambuyat bercacahkan air sambal pedas, satu makanan tradisi orang Brunei.
Pengalaman unik memakan 'ambuyat' yang diperbuat dari 'ambolong' (tepung sagu rumbia) ini mereka lalui semasa membuat kunjungan ke rumah Dayang Hajjah Raoyah, salah seorang ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang tinggal di Kampong Ayer.
Jelas itulah pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki di Kampong Ayer yang terkenal itu. Dan itulah juga pengalaman pertama mereka makan tengah hari dengan hidangan ambuyat, ulam-ulaman dan lauk pauk yang dimasak secara tradisi Brunei.
|
Puan Mas Ermieyati memberanikan hati mencuba memakan ambuyat |