|
|
| |
 |
|
| |
Rakyat perlu berperanan tentukan masa depan negara |
|
|
| |
 |
TUTONG 03 NOVEMBER 2007 - DALAM keadaan negara berhadapan dengan berbagai masalah sosial yang semakin meruncing adalah amat perlu bagi seluruh rakyat dan penduduk sama-sama mengambil tanggungjawab membendungnya sebelum ianya menajdi lebih parah yang akhirnya akan mengancam kesejahteraan, keselamatan dan survival bangsa dan negara.
"Mungkin hari ini kita dapat hidup selesa dan mewah dalam rumah yang besar, mempunyai kereta yang banyak, makan dan pakai yang cukup. Tapi semua rahmat kemewahan ini belum tentu dapat dinikmati oleh anak cucu kita dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang". |
"Kita risau dan khuatir mungkin dalam masa akan datang nanti anak cucu kita tidak akan dapat menikmati semua ini. Mungkin ada yang terpaksa tinggal dibawah jembatan kerana keggagalan pengurusan dan pentadbiran untuk menyediakan perancangan dan perkhidmatan perumahan yang baik. Mungkin juga golongan orang miskin di negara Brunei akan meningkat ke tahap yang susah untuk dikawal dan masalah pengganguran menjadi semakin serius".
Bagai manapun semua ini tidak semestinya akan berlaku dan boleh dielakkan dari berlaku jika sekiranya kita selaku rakyat ikut serta memainkan peranan yang lebih bermakna bukan saja-saja sebagai penumpang ikut serta dalam proses pembangunan bangsa dan negara", ujar sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di sesi ramah mesra Hari Raya bersama ahli-ahli NDP Tutong kelmarin.
Majlis ramah mesra berlangsung di Taman Pancur, markas Badan Perhubungan NDP Tutong di Daerah Tutong.
|
Di sinilah dimana parti politik boleh memainkan peranan dalam menyediakan pelantar kepada rakyat untuk berpartisipasi dengan lebih aktif dan proaktif membangun bangsa dan negara, tambahnya menasihatkan ahli-ahli NDP Daerah Tutong khususnya agar terus berusaha memantapkan kewibawaan parti.
Katanya antara peranan pertubuhan politik dalam masyarakat ialah untuk memantau keadaan semasa, perjalanan pembangunan negara menghadapai cabaran mendatang, serta menyumbangkan idea dan pandangan yang membina demi kepentingan masa depan bangsa dan negara. |
"Justeru dalam konteks penubuhan NDP hasrat dan matlamat akhir kita bukan untuk melihat satu hari nanti piihan raya akan diadakan di negara kita atau untuk kita mendapatkan kerusi di Majlis Mesyuarat Negara", tegas sdr Morshidi.
"Matlamat akhir kita ialah untuk menjadikan NDP sebagai sebuah parti politik yang kuat dan berwibawa yang boleh menjadi aras politik rakyat yang kuat kepada KDYMM Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan zuriat-zuriat Baginda". |
|
"Kita perlu menyediakan prasarana politik rakyat yang kukuh kepada Baginda Sultan agar Baginda dapat berdiri teguh menghadapi cabaran-cabaran membangun bangsa dan negara dalam masa negara berhadapan dengan hambatan-hambatan hebat gelombang globalisasi", ujar sdr Morshidi lagi.
Dan kita perlu mengambil langkah ini sekarang, tambahnya sambil berkata kalau bukan sekarang bila lagi? dan kalau bukan kita siapa lagi? |
|
Katanya isu-isu sosial yang menekan seperti isu kemiskinan yang semakin membimbangkan, isu perumahan yang belum selesai dan isu-isu sosial yang lain ditambah lagi dengan isu wilayah dan isu-isu yang diasakkan oleh gelombang globalisasi membuat kita rasa terpanggil untuk bangkit membantu Baginda Sultan menangani cabaran-cabaran ini.
"Baginda Sultan tidak pernah berharap untuk melihat rakyatnya miskin tdak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan. Dalam titah-titah Baginda sejak 40 tahun yang lalu Baginda sering menyeru dan berharap untuk melihat bangsa dan negara terus dalam suasana aman, sejahtera, bahagia dan maju".
"Akan tetapi sejak kita merdeka 24 tahun yang lalu, kemiskinan semakin meningkat, masalah perumahan belum dapat diselesaikan, pengganguran bertambah dan wilayah kita yang dulunya pada 1906 seluas lebih 3,000 batu persegi dan pada 1946 hanya tinggal 2226 batu persegi. Kenapa semua ini terjadi?. Setentunya ini bukan yang dikehendaki oleh Baginda Sultan", ujar sdr Moshidi menambah semua ini berlaku disebabkan kebocoran-kebocoran dalam sistem pengrusan dan pentadbiran negara.
"Malangnya masa tidak lagi memihak kepada kita seperti yang pernah dinyatakan oleh Ayahnda Yasin Affandy bahawa kita sekarang berada dalam 'injury time' dan dalam keadaan ini kita perlu membuat langkah yang bijak dan kehadapan agar kita tidak jauh tinggal dibelakang oleh negara-negara yang lebih maju kehadapan", kata sdr Morshidi sambil menyeru kepada semua ahli-ahli NDP untuk terus berjuang menyokong dan mendokong Baginda Sultan 'mengusai' masa depan bangsa dan negara. . |
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|