Puteri UMNO - HAWA NDP bertukar maklumat

 
 
LIMBARUH HIJAU MACH 17: Pergerakkan Puteri UMNO Melaka dan Himpunan Wanita NDP (HAWA) bertukar-tukar maklumat di sesi taklimat yang diadakan di Limbaruh Hijau, markas NDP di Jerudong kemarin mengenai perjalanan organisasi masing-masing dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha meyakinkan masyarakat golongan muda pentingnya mereka melibatkan diri dalam politik untuk memperjaungakn masa depan bangsa dan negara.

Pergerakkan Puteri UMNO diwakili oleh Puan Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Ketua Puteri UMNO Melaka menakala Dayang Hajjah Saemah Kefli, mewakili HAWA.

Dari kiri: Puan Mas Ermieyati, DrHajjah Raiah, pengerusi majlis dan Dayang Hajjah Saemah.

Dayang Hajjah Saemah Kefli, Ketua HAWA NDP
Di sesi taklimat tersebut Dayang Hajjah Saemah menghuraikan sejarah perjalanan NDP sejak ianya ditubuhkan hampir 2 tahun lalu dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha HAWA memperkenalkan NDP kepada masyarakat umum terutama sekali golongan wanita.

Ujarnya usaha menimbulkan kesedaran berpolitik di Brunei yang selama lebih 40 tahun telah melalui susana politik rakyat yang sunyi senyap adalah satu perkara yang sangat mencabar apatah lagi bila rata-rata masyarakat umum melihat kegiatan politik sebagai satu perkara dan perbuatan yang negatif dan membuang masa sahaja.

Puan Mas Ermiyati dalam ucapbalas nya juga turut menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pergerakkan Puteri UMNO dalam usaha meyakinan golongan remaja dan belia untuk sama-sama berjuang membangun bangsa dan negara melalui pelantar parti politik.

Beliau menjelaskan antara strategi yang berkesan untuk meyakinkan mereka ialah melalui aktiviti-aktiviti dan program-program yang dapat memenuhi citarasa orang remaja dan belia-belia serta program-program yang boleh membantu mereka kearah kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup mereka.

Sesi taklmat diadakan di Anjung Syura NDP di Limbaruh Hijau sebaik sahaja selesai rombongan Pergerakkan Puteri UMNO menghadiri majlis pembukaan rasmi markas Perhubungan NDP Brunei-Muara yang terletak di bangunan anex yang baru di belakang markas pusat NDP.

Antara yang hadir di sesi taklimat tersebut ialah Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP dan juga Pengerusi Tetap NDP, Awang Haji Abdul Rahman Yusuf.

Puan Mas Ermiyati, Ketua Pergrakkan Puteri UMNO Melaka

Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP menerma cendera hati dari perwakilan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka.
Sesi taklimat diakhiri dengan penyampaian cendera hati oleh Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Melaka, Puan Mas Ermieyati kepada Ayahnda Yasin Affandy dan juga kepada Dayang Hajjah Saemah Kefli, Ketua HAWA NDP.

Dari Limbaruh Hijau, rombongan Puteri UMNO Melaka terus dibawa ke kampong Ayer ke rumah Dayang Hajjah Raoyah ahli NDP untuk menikmati jamuan 'ambuyat', makanan tradisi orang Brunei.


 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.