|
|
| |
 |
|
| |
Puak etnik 'jangan lupa daratan' |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 15 MACH 2007: ANTARA perkara yang membimbangkan puak-puak etnik golongan minoriti seperti puak Dusun, Murut, Bisaya dan Iban ialah kepupusan kaum mereka di bumi Brunei ini.
Adalah menjadi kebimbangan mereka terutama golongan generasi tua satu hari nanti kekayaan adat, budaya dan bahasa puak-puak etnik akan hapus dan akan tinggal ristaan serta menjadi bahan-bahan pameran di muzium sahaja.
"Kita perlu berusaha dari sekarang untuk menyelamatkan puak-puak etnik di negara ini dari pupus ditelan zaman." |
Awang Bajau Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP |
"Antara inisiatif yang perlu diambil dari sekarang ialah usaha menghapuskan rasa rendah diri dikalangan masyarakat puak etnik", ujar Awang Bajau Bundan, Ahli Lembaga Penasihat NDP apabila diminta memberikan sedikit komen mengenai seminar 2 hari bertajuk "Kearah Perpaduan Nasional: Harapan dan Cabaran" anjuran Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum NDP.
|
Katanya seminar yang baru berlalu itu merupakan satu inisiatif yang sangat membanggakan kerana ianya dapat memenuhi harapan masyarakat puak etnik yang selama ini tercari-cari jalan kearah survival puak etnik.
Awang Peter Saging, Timbalan Ketua Non-Muslim NDP yang juga turut memberikan komen bersetuju dengan keyataan dibuat oleh rakannya Awang Bajau.
"Anak-anak zaman sekarang sudah banyak yang tidak tahu tentang kebudayaan dan bertutur dalam bahasa dialek puak ibundanya, malah ada di antaranya malu bercakap dialek puaknya sendiri hanya disebabkan mereka itu berpelajaran dan berkedudukan tinggi dalam jawatannya sekarang", keluh Awang Peter. |
Awang Peter Saging Timbalan Ketua Biro Non-Muslim rasa kesal dengan sikap setengah masyarakat puak etnk yang sudah lupa daratan. |
"Akan tetapi di seminar 2 hari ini saya sangat berbangga melihat wakil-wakil puak etnik yang berani mara kehadapan untuk membentangkan hujah-hujah dan kertas kerja masing-masing. Keterampilan wakil-wakil puak etnik termasuk puak Iban sangat membanggakan walaupun antara mereka ada yang mengakui tidak berpendidikan tinggi", ujar Awang Peter.
"Saya mengucapkan syabas kepada mereka dan saya memberikan kesimpulan bahawa pembentang kertas kerja bagi satu-satu kaum itu bukannya hanya semata-mata memerlukan ilmu sahaja akan tetapi lebih penting penghayatan dan pengalaman mereka berhubung isu-isu yang berkait rapat dengan diri mereka dan masyarakat mereka", tambah Awang Peter.
Awang Peter juga menyanjung tinggi usaha NDP untuk mengecilkan jurang perbezaan fahaman dan persepsi antara kaum yang jika dibiarkan boleh menjejaskan persefahaman antara puak-puak majoriti dan minoriti dan juga perpaduan bangsa.
"Kita sangat tersentuh dengan usaha NDP ini yang dengan ikhlas dan jujur ingin melihat semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa, puak, kaum dan peggangan ugama hidup harmoni dan bersatu padu", ujar Awang Peter.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|