|
|
| |
 |
|
| |
Puak Dusun raikan lawatan Puteri UMNO Melaka ke Ukong |
|
|
| |
UKONG TUTONG: kETUA PERGERAKKAN PUTERI UMNO MELAKA, Puan Mas Ermieyati Haji Samsudin yang mengetuai rombongan 14 orang ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO Melaka yang sedang membuat lawatan 4 hari ke Brunei meluahkan rasa kagum beliau dengan pencapaian Ranting Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Ukong Tutong yang telah berjaya menambahkan keahlian dalam masa yang singkat.
"Bukan mudah untuk mendapatkan ahli baru dalam parti politik. Saya di maklumkan di daerah pendalaman ini (Ukong, Tutong) keahlian NDP bertambah dan hingga ke hari ini sudah mempunyai lebih 60 orang ahli". |
Ketibaan Puan Mas Ermieyati, Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Melaka dan rombongan di Kampong Ukong, Tutong |
"Walaupun angkanya kecil akan tetapi saya melihat ini satu petanda baik bagi NDP terutrama sekali bagi Ranting NDP di daerah ini", jelasnya menggongsikan pengalaman betapa sukarnya menyakinkan penduduk pendalaman untuk berkecimpung dalam dunia politik.
Puan Mas Ermieyati menambah kemajuan yang dicapai oleh Ranting NDP di Ukong memberikan gambaran kepada mereka (Puteri-puteri UMNO Melaka) bahawa kesedaran penduduk pendalaman terhadap peranan mereka bernegara dan berbangsa sangat tinggi. |
Rombongan Puteri UMNO Melaka bersalaman dengan penduduk Kampong UKONG |
Awang Bajau Bundan memberikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Ranting NDP Ukong |
Sementara iitu Awang Bajau bin Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP, diawal sesi lawatan tetamu-tetamu dari Pergerakkan Puteri UMNO Melaka ke Ukong, memberikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Ranting Ukong dan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam masa kurang setahun ianya ditubuhkan.
Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Rombongan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka atas kesudian mereka membuat lawatan ke Kampong Ukong, Tutong.
Rombongan Pergerakkan Puteri UMNO tiba di Ukong pada jam 9.30 pagi. |
Puan Mas Ermieyati meluahkan rasa kagum atas pencapaia NDP di Ukong, Tutong |
Ketibaan mereka disambut dengan penuh kemesraan oleh hampir 200 orang penduduk-penduduk Kampong Ukong dan penyokong-penyokong NDP yang sejak awal pagi lagi sudah berkumpul untuk marayakan kunjungan tetamu-tetamu muda dari Melaka itu ke kampong mereka.
Di sesi lawatan itu, rombongan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka dihiburkan dengan persembahan lagu koir oleh anak-anak ahli-ahli NDP di Ukong dan juga dengan tarian-tarian tradisi puak Dusun.
Anak-anak ahli-ahli NDP dari Temburong juga di datangkan khas untuk mempersembahkan tarian tradisi orang Murut
Persembahan-persembaan tarian tradisi bangsa Dusun dan Murut tersebut jelas menyeronokkkan tetamu-tetamu NDP yang sering memberikan tepukkan gembira setiap kali anak-anak NDP membuat persembahan yang baik.
Mereka juga kemudian di jemput untuk ikut sama-sama mencoba menarikan tarian-tarian tradisi setelah persembahan selesai dilakukan.
Ini menambah lagi keseronokkan tetamu-tetamu berkunjung ke Kampong Ukong yang terletak kira-kira lebih satu jam perjalanan menaiki kenderaan darat dari Bandar Seri Begawan.
|
Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Ahmad Timpus, Naib Presiden NDP Temburong dan Awang Haji Aminorashid, Setiausha Agong antara yang hadir di sesi lawatan ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO Melaka ke Ukong |
Ahli-ahli Pergerakkan Puteri UMNO Melaka di hari ke 3 lawatan ke Negara Brunei Darussalam berpeluang menyaksikan persembahan tarian-tarian tradisi puak Dusun dan Murut semasa membuat lawatan ke Kampong Ukong, Tutong. |
Wajah gembira jelas terpancar di wajah-wajah penduduk Kampong Ukong menerima pelawat dari Melaka |
Puan Mas Emieyati menerima cendera hati dari wakil Puak Murut dari Temburong |
Puan Mas Ermieyati bagi pihak Pergerakan Puteri UNO Melaka menerima cendera hati dari Dayang Tan Melawti wakil Puak Dusun di Ukong |
Puan Mas Ermieyati menyampaikan cendera hati kepada Awang Bajau ahli Lembaga Penasihat NDP selaku Ketua Penyelaras sesi lawatan rombongan dari Melaka
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|