Projek sekolah terbengkalai mendapat nafas baru

 
 
KAMPONG BUKIT TUTONG 13 DISEMBER 2007 - Penduduk kampong di kawasan Kampong Bukit di Mukim Ukong Daerah Tutong berasa lega melihat kerja-kerja pembinaan sebuah sekolah rendah di kampong mereka dimulakan semula setelah projek tersebut terbengkalai sejak beberapa tahun yang lalu.

Kelmarin Awang Haji Mustafa dan Awang Peter Saging, ahli-ahli JK Badan Perhubungan NDP Tutong membawa wakil media Aspirasi-NDP untuk meninjau ke tapak pembinaan tersebut.

Menurut pekerja-pekerja binaan yang berada ditapak tersebut kerja-kerja pembinaan telahpun dmulakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Difahamkan projek tersebut menghadapi masalah sejak beberapa tahun yang lalu apabila kontrektor yang terdahulu menghadapi masalah meneruskan projek tersebut.

Beberapa penduduk kampong yang ditemui meluahkan rasa lega dan berterima kasih kepada pihak-pihak berkenaan atas usaha menyelesaiakn masalah projek sekolah yang terbengkalai tersebut.

GAMBAR ATAS MENUNJUKKAN AWANG MUSTAFA, PETER SAGING DAN SEORANG PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN PADA 12 DISEMBER 2007..

GAMBAR-GAMBAR DI SEBELAH DAN DIBAWAH YANG DIAMBIL SEMASA LAWATAN SDR MAHMUD MORSHIDI OTHMAN, TIMBALAN PRESIDEN NDP KE KAMPONG BUKIT PADA TAHUN LEPAS.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.