Projek bantuan kembali ke sekolah

 
 
BELAIT 07 JANUARI 2007: PROJEK Jejak Ehsan akan diteruskan dengan penyampaian bantuan Kembali Ke Sekolah kepada ibu-ibu tunggal dan ahli-ahli yang kurang berkemampuan pada awal bulan Februari depan.

Sehubungan itu Himpunan Wanita NDP (HAWA) telah menganjurkan satu kutipan “Tabung Kembali Ke Sekolah” yang telah bermula awal bulan ini dan akan di tutup penerimaan sumbangan pada penghujung bulan ini.

Satu perjumpaan HAWA Pusat bersama lebih 20 orang wanita terdiri daripada Naib-Naib Ketua 2 Wanita Daerah Belait bersama ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya bagi membincangkan projek tersebut telahpun di adakan pada 26hb Disember lalu.

Selain perjumpaan itu juga turut membincangkan beberapa perkara mengenai pengemaskinian ahli-ahli jawatankuasa wanita di setiap ranting yang telah ditubuhkan di Daerah Belait serta pergerakan yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Sementara itu dalam perjumpaan yang di pengerusikan oleh Ketua Himpunan Wanita itu telah turut memikirkan bahawa sumbangan itu nanti dijangkan akan diberikan dalam bentuk keperluan persekolahan atau wang tunai tergantung daripada hasil kutipan yang di buat nanti.

Kutipan sumbangan seadanya dilakukan ke atas ahli-ahli NDP antara lain bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ibu-ibu tunggal dan ahli-ahli yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyediakan keperluan-keperluan persekolahan anak-anak mereka.

Menurut Ketua Himpunan Wanita walaupun sumbangan itu agak terlambat kerana sekolah telah bermula, tetapi sedikit sebanyak ianya di hasratkan untuk meringgankan beban mereka yang tidak di sangkalkan lagi telah banyak berbelanja demi keperluan anak-anak meneruskan pelajaran ke sekolah.

Menerusi perjumpaan itu juga telah sempat mendekati pengalaman ibu-ibu tunggal yang hadir mengenai dengan perbelanjaan yang terpaksa di tanggung setiap sekolah mula dibuka, dan mereka menyatakan perbelanjaan untuk menyediakan keperluan kembali ke sekolah pada awal tahun mencecah hampir $300 setiap seorang anak mereka.

Di samping perbelanjaan setiap bulan lebih $100 termasuk pembayaran pengangkutan $60 setiap seorang dan perbelanjaan minum di sekolah $2.00 sehari untuk sekolah pagi dan ugama bagi setiap seorang tidak termasuk permakanan di rumah setiap hari sedangkan anak-anak mereka yang menerima bantuan Jabatan Kemasyarakatan hanyalah sejumlah $125.00 setiap seorang sehingga berusia 18 tahun.

Dan menurut mereka dalam keadaan harga-harga barangan di pasaran yang semakin meningkat dan tidak terkawal, bantuan itu umpama kain tiga hasta, di tarik ke kepala kaki terbuka, di tarik ke kaki kepala terbuka.

Sementara itu bagi menjayakan kutipan itu HAWA juga dijangkakan akan mengadakan jualan ‘Garage Sales” barang-barang terpakai yang akan di sertai oleh ahli-ahli NDP dan akan menyumbangkan sejumlah 20 peratus kepada kutipan tabung.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.