"Harapan kita sekaranag Kongres kedua ini akan dapat membawa kita maju kehadapan lagi dalam usaha merealisasikan visi, misi dan objektif parti seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan juga komitmen kita menjadikan segala yang tersiar dalam manifesto parti menjadi kenyataan", tegasnya lagi.
Untuk memastian kejayaan yang diharapkan dapat dicapai, tambah Ayahnda Yasin Affandy, seluruh pemimpin-pemimpin parti terutama sekali pemimpin-pemimpin akarumbi mestilah mengorak langkah dari sekarang dengan mengemaskinikan lagi pentadbiran parti diperingkat akarumbi agar semua aktiviti dan program termasuk persediaan untuk menghadapi kongres agong kedua dapat diusahakan dengan lebih efisyen lagi.
Mesyuarat kelmarin dipengerusikan oleh Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP. Beliau mengingatkan semua yang hadir perlunya barisan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ranting dikemaskinikan lagi dan menepati kehendak peraturan Perintah Pendaftaran Pertubuhan 2005.
Dimesyuarat tersebut, Awang Haj Majid, Setiausaha Kerja NDP pusat juga mengambil kesempatan menjelaskan prosedur-prosedur pemilihan dan perlantikan ahli-ahli JK Eksekutif Ranting.
Mesyuarat juga menyaksikan ahli-ahli yang hadir memberikan laporan mengenai perkembangan ranting masing-masing dan permasalahan yang dihadapi.
|