Presiden NDP terima kunjungan muhibbah dua pegawai AS

 
 
LIMBARUH HIJAU 12 MEI 2007: PRESIDEN NDP, AYAHNDA YASIN AFFANDY pada petang Khamis lalu telah menerima kunjungan muhibbah dari dua pegawai Amerika Syarikat.

Mereka ialah Justin P. Friedman, Timbalan Ketua Misi (Chief of Mission) di Kedutaan AS di Brunei dan Clarence Johnson, seorang pegawai penganalisa dari Jabatan Negara AS yang dikhususkan untuk membuat pengkajian keatas Brunei Malaysia dan Singapura.

Turut menemani Ayahnda Yasin Affandy di perjumpaan tersebut ialah Awang Haji Mohiddin D.P

Pengarah Haji Othman, Timbalan Setiausaha Agong NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa dan Keamanan.

Di sesi perjumpaan selama hampir 2 jam itu, Ayahnda Yasin Affandy dan rakan-rakan telah mengongsikan pandangan dengan kedua-dua pegawai AS tersebut mengenai dengan perkembangan politik di negara dan penglibatan rakyat dalam menentukan masa depan bangsa dan negara seperti yang di hasratkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Ayahnda Yasin Affandy dan rakan-rakan juga mengongsikan pandangan mengenai dengan cabaran-cabaran yang di lalui dan harapan NDP dalam usaha menyokong dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan untuk memastikan hasrat tersebut menjadi kenyataan.

Justin Friedman di sesi perjumpaan tersebut mengambil kesempatan meluahkan rasa penghargaan mereka kerana mendapat peluang untuk memahami dengan lebih baik lagi perkembangan dan kemajuan negara terutama sekali di bidang politik melalui prespektif parti politik di negara ini.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.