Presiden NDP seru ahli lakukan sembahyang hajat berjemaah

 
 
Semua ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang beragama Islam telah diseru agar dapat melakukan sembahyang hajat secara berjemaah selepas selesai solat maghrib hari ini untuk memohon kehaderat Allah SWT perlindungan bagi rakyat dan penduduk di Lubnan, Gaza dan Tebing Barat yang masa ini dalam bahaya akibat pencerobohan ganas dan serangan berterusan oleh tentera Israel keatas mereka.

Seruan tersebut telah dibuat oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy kemarin dalam satu kenyataan terbaru NDP mengenai krisis berterusan di Lubnan, Gaza dan Tebing Barat.

“Perkembangan terbaru jelas menampakkan pertikaian berdarah di Timur Tengah pada masa ini belum dapat diredakan berikutan keengganan phak Hizbollah dan Israel untuk menghentikan peperangan terutama
sekali pihak Israel yang mengambil kesempatan memperluaskan kempen ketenteraannya dari isu pembebasan 2 tenteranya yang diculik kepada kempen memusnahkan Hizbollah”, jelas Ayahnda Yasin Affandy.

“Pertumpahan darah yang semakin menjadi-jadi membuatkan kita bertambah risau dan sangat terharu apabila melihat lebih ramai lagi kanak-kanak, wanita-wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa terbunuh dan tercedera. Kita berasa sangat sedih apabila melihat rumah-rumah, bangunan-bangunan awam dan mesjid-mesjid musnah dibom oleh tentera Israel”.

“Dari itu saya menyeru kepada semua ahli-ahli NDP agar dapat melakukan sembahyang hajat khusus untuk memohon kepada Allah SWT agar melimpahkan dan mengurniakan perlindungan kepada semua rakyat dan penduduk di Lubnan, Gaza dan Tebing Barat dari kekejaman berterusan tentera-tentera Zionis yang mencerobohi dengan ganas hak-hak mereka”.

“Dengan melakukan sembahyang hajat ini kita juga mengharapkan pertolongan Allah untuk mecucuri rahmatNya dan perlndunganNya kepada semua sauadara Islam kita di TimurTengah dan mengirimkan doa agar keamanan dan kedamaian di Lubnan, Gaza dan Tebimng Barat dapat dipulihkan dengan segera”, tambah Ayahnda Yasin Affandy.

Lebih 350 penduduk di Lubnan termasuk kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa telah terbunuh beikutan tindakan melampau tentera Israel menyerang Lubnan dengan memusnahkan kampong-kampong, rumah-rumah, bangunan-bagunan awam, jalan-jalan raya dan infrastruktur awam yang lain.

Hampir 800,000 rakyat dan penduduk Lubnan pula terpaksa melarikan diri meninggalkan kampong halaman dan mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran seperti Cyprus dan Syria.



 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.