|
|
| |
 |
|
| |
Perwakilan Parlimen Jerman berbincang politik dengan NDP |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 12 FEBRUARI 2007: REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN lebih cenderung kepada usaha berkongsi pengalaman dengan Brunei yang sekarang melalui proses pembaharuan politik.
Menurut ketua delegasi lima ahli-ahli Parlimen Jerman yang berkunjung ke Limbaruh Hijau pada Sabtu baru ini, Jerman tidak akan cuba ‘mengajar’ Kerajaan Negara Brunei Darussalam bagaimana menghidupkan demokrasi dalam sistem politiknya yang masa ini melalui proses pembaharuan.
Akan tetapi menurut, Dr. Klaus W. Lippold, Jerman tidak keberatan mengongsikan pandangan dan pengalamannya mengamalkan sistem demokrasi dalam mentadbir negara. |
Ayahnda Yasin Affandy bersama Dr Klaus W. Lippold, Ketua delegasi Jerman yang membuat lawatan ke NDP |
Untuk itu beiau menjemput pemimpin-pemimpin Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ke Frankfurt untuk melihat dengan secara lebih dekat lagi perjalanan Parlimen Jerman dan sistem demokrasi yang diamalkan disana.
Beliau membuat kenyataan tersebut di sesi perjumpaan dan dailog dengan Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy, ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP, dan ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa serta Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.
Juga turut dijemput hadir sebagai pemerhati disesi tersebut ialah beberapa perwakilan dari Parti Persatuan Kebangaan Brunei (PPKB) dan Parti Kesedaran Rakyat (PAKAR). Dr Haji Zaini Ahmad yang merupakan aktivis politik veteran negara juga dijemput untuk hadir sebagai pemerhati di sesi dailog yang dipengerusikan oleh Malai Hassan Othman, Ketua Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keamanan.
|
Dr Klaus W. Lippold, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan di Parlimen Jerman |
Disesi perjumpaan tersebut, yang disingkatkan atas sebab pertukaran jadual perjumpaan yang menadak, delegasi Jerman yang diketuai oleh Dr. Kalus W. Lippold dan NDP menumpukan perbincangan kepada isu-isu politik dengan NDP.
Beliau menjelaskan tujuan lawatan mereka ke Brunei ialah untuk menggongsikan pandangan mengenai sistem demokrasi yang diamalakan di Jerman.
Katanya Jerman yang pernah berpecah selama 28 tahun dengan terbinanya tembuk Berlin pada 1961 telah berjaya disatukan semula pada 1990 dengan robohnya tembuk pemisah itu pada 1989, dan sistem demokrasi yang diamalkan telah dapat melonjakkan Jerman menjadi anatara negara yang terkaya dan termaju di dunia.
Dalam era baru ini Republik Kesatuan Jerman telah berjaya memboktikan sistem demokrasi itu adalah satu sistem yang baik.
Mealui sistem demokrasi perbezaan ideologi dan pandangan politik tidak menjadi rintangan kerana semua pihak berpegganag kepada fahaman yang sama bahawa nilai-nilai murni kebangsaan, kesejahteraan sejagat dan hak asasi manusia contohnya, adalah kepentingan bersama yang wajib ditanai oleh semua pihak. Inilah elemen-elemen yang berjaya menjadikan Jerman sebagai role model dalam mengamalkan sistem demokrasi, tambahnya.
|

Sdra Morshidi menyampaikan ucpan Presiden di sesi perjumpaan dengan delegasi dari Jerman |
Sebelum itu, Presiden NDP, Ayahnda Yasin Afandy dalam ucapannya menggarsikan pendirian NDP terhadap demokrasi dan juga pendirian parti terhadap sistem pemerintahan Melayu, Islam, Beraja yang tegasnya mempunyai nilai-nilai berunsur demokrasi.
Katanya medefinasikan demokrasi bukanlah sesuatu yang hak mutlak kepada sesuatu bangsa dan negara sahaja justeru bangsa-bangsa dan negara-negara lain wajib akur dengan demokrasi mengikut definisi mereka yang menggangap diri mereka mempunyai monopoli dalam hal ini.
|
Dalam kontek ini, NDP melihat sistem Melayu Islam Beraja mempunyai unsur-unsur demokrasi yang sesuai dengan adat budaya, syariat Islam dan cara hidup orang Melayu Brunei yang taat setia kepada raja sebagi ulil amri.
Akan tetapi, tambah Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapannya yang dibacakan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, Tmbalan Presiden NDP, ia tidak bererti sistem MIB tidak perlu dimantapkan dan dikembang luaskan lagi agar menjadi satu sistem yang boleh membawa bansga dan negara ke mercu kegemilangan dalam era globalisasi ini.
Sehubungan dengan ini, NDP akan terus berusaha menyokong dan membantu segala usaha Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda menjayakan proses pembaharuan politik yang dihasratkan oleh Baginda Sultan.
|

Sesi perjumpaan dengan ahli-ahli Perlimen Jerman diblek mesyuarat Limbaruh Hijau |
Melalui pelantar NDP, usaha akan terus dibuat untuk mendidik ahli-ahli menjadi pengamal demokrasi yang matang, berdisiplin dan beretika, tegas Ayahnda Yasin Affandy lagi. Dari itu beliau menekankan agar Baginda Sultan dan kerajaan diberikan peluang dan ruang untuk menjayakan proses pembaharuan politik tanpa gangguan dan tekanan dari kuasa asing.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|