Alhamdullilah
Syukur ke hadrat Allah Subahan Allah Ta'ala kerana dengan izin dan keredhaanNya jua negara kita sentiasa di cucuriNya rahmat keamanan dan kesejaheraan manakala kita pula selaku ummah yang berpijak di bumiNya yang bernama Negara Brunei Darussalam ini sentiasa dicucriNya nikmat umur dan kesihatan serta ketenteraman hingga kita sekali lagi dapat merayakan Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini dengan penuh kebahagiaan.
Dari itu kita wajiblah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Subahan Allah Ta'ala atas segala nikmat yang dicurahkanNya kepada negara dan ummahNya di bumi darussalam yang indah permai ini.
Dan sempena kita merayakan Aidil Adha yang mubarrak ini marilah kita semua membaharui tekad kiita untuk menjadi ummah yang sentiasa bersyukur dan mengingat Allah atas segala nikmat yang dianugerahkanNya kepada kita semua bukannya menjadi manusia yang kufur nikmat.
Untuk itu kita tidaklah sepatutnya sekadar pandai mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan perintah sembahyang, puasa, zakat, haji dan terus menadah tangan dan berzikir sahaja untuk mensyukuri semua nikmat Allah itu tetapi mengabaikan pula matalamat besar Allah menciptakan dan memuliakan manusia sebagai khalifahNya di muka bumi ini.
Allah dengan segala kebesaranNya telah menciptakan dan mengamanahkan bumi dan segala isi di dalamnya ini untuk kita selaku kahlifah Allah memakmurkannmya.
Dalam konteks ini Allah telah mengutus Rasul-Rasul dan Nabi-NabiNya Nya dengan Nabi Muhammad Sallullahhu Alaihi Wassalam sebagai nabi yang terakhir dan menurunkan Kitab Suci Al-Quran untuk memberikan panduan dan mengajar manusai menjadi khalifahNya yang baik dan mulia.
Rasullullah diutus bukan sekadar mengajar manusia untuk sembahyang dan berzikir kepada Allah, berpuasa, berzakat dan megrejakan ibadah haji sahaja. Selama 23 tahun Rasullullah menggembangkan dan mendakwahkan Islam sebagai cara hidup yang syumul untuk semua manusia tidak kira pangkat, bangsa dan warna kulit.
Dari itu saya berpandangan kita selaku umat Nabi Muahamad S.A.W di akhir zaman ini tidaklah seharusnya terkebelakang pula dengan menyempitkan Islam kita kepada perlaksanaan ritual ibadah yang dituntut dalam Rukun Islam yang 5 itu sahaja.
Sehubungan dengan itu saya berseru kepada semua lapisan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) agar tidak menyempitkan pandangan mereka terhadap Islam yang telah disempurnakan oleh Allah untuk menjadi cara hidup kita yang syumul.
Saudara saudari sekalian,
NDP telah kita tubuhkan dengan hasrat menyediakan pelantar politik yang sah disisi undang-undang negara bagi tujuan memudahkan rakyat bergerak secara berjemaah memakmurkan bumi darussalam yang Allah kurniakan kepada kita dengan segala kekayaan yang ada didalamnya.
Kita berhasrat menjadikan NDP ini sebagai wadah perjuangan rakyat memelihara nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara yang Allah anugerahkan kepada kita ini.
Kita berhasrat menjadikan NDP ini sebagai pergerakkan politik yang berdakwah dan gerakan dakwah yang berpolitik untuk mengajak rakyat dan penduduk kearah kebaikkan dan menjauhi kemungkaran.
Kita berhasrat NDP ini sebagai wadah pembangunan ummah dalam usaha menuju kearah wawasan Brunei sebagai sebuah negara Melayu, Islam, Beraja yang demokratik, aman, makmur, sejahtera dan sentiasa mendapat keredhaan dan perlindungan Allah.
Inilah antara cara dan usaha kita mensyukuri semua nikmat Allah ini dan mudah-mudahan dengan usaha mulia ini Allah akan terus menerus mencucuri rahmat dan nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya kepada negara dan bangsa di generasi masa kini dan kepada generasi-generasi akan datang, Amin.
Di kesempatan ini juga saya ingin berseru kepada semua lapisan warga NDP agar akan terus tabah dan bersabar dalam mengahadapi segala rintangan dan cabaran dalam kita melaksanakan tugas dan tanggunjawab yang di amanahkan oleh Allah kepada kita selaku khalifahNya di bumi Brunei ini.
Saudara, saudari sekalian,
Aidil Adha membawa kita memperingati kisah kesabaran, ketabahan, keikhlasan dan keutuhan keimanan Nabi Ibrahim S.A.W melalui ujian Allah.
Marilah kita mengambil iktibar dari apa yang tersurat dan tersirat dalam kisah Nabi Ibrahim S.A.W itu.
Sesungguhnya jalan meuju ke syurga itu penuh duri dan onak manakala jalan ke neraka sentiasa dihiasi dengan keindahan-keindahan yang menlalaikan.
Allahu Akbar, Allau Akbar, Allahu Akbar Wallillahilhamd
Saya denngan ini mengucapakn Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.
Sekian wabillahitaufik wal hidayah wa salamualaikuma warahmatullahi wabarakatuh.
LIMBARUH HIJAU 10 ZULKAEDAH 1428 / 20 DISEMBER 2007 |