Pertingkatkan kegiatan ranting

 
 

KUALA BELAIT 28 DISEMBER 2007 - NAIB PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Belait kelmarin menyeru ahli-ahli wanita NDP di peringkat ranting agar terus berusaha menggerakkan parti melaui aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kearah memajukkan lagi parti di peringkat daerah dan peringkat negara.

Menurut Awang Sulaiman Metrasad setakat ini sebanyak 14 buah ranting di Daerah Belait telah diluluskan penubuhbannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (ROS).

"Apa yang kita harapkan sekarang ialah kesemua 14 ranting ini bergerak dengan aktifnya", ujar Naib Presiden NDP Belait sambil mengalu-alukan inisiatif Gerakan Wanita Ranting Belait 3 yang telah merancang dan akan melaksanakan beberapa projek dan aktiviti bagi tahun 2008.

Gerakan Wanita NDP Ranting Belait 3 telah mengadakan mesyuarat pertamanya kelmarin di
rumah Dayang Hajah Saemah Kepli, Ketua Himpunan Wanita NDP yang juga merangkap selaku Penasihat Gerakan Waita NDP Ranting Belait 3.

Menurut Dayang Hajah Saemah, antara program yang akan dilaksanakan ialah aktiviti-aktiviti yang menyumbang kearah mengeratkan hubungan NDP Ranting Belait 3 dengan masyarakat di kawasannya yang meliputi kawasan Perumahan Pandan 7 dan Pandan 8 seperti aktiviti-aktiviti ekonomi dan juga program usrah.

Antara kegiatan yang telah dikenalpasti ialah lawatan ke Bangunan Eric Goh iaitu pusat kegiatan Orang-Orang Kurang Upaya di kawasan Pandan 6, kegiatan pertanian dan penternakkan dan kegiatan ugama.

Ketua Ranting NDP Belait 3 dalam ucapan ringkasnya menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan oleh Gerakan Wanita NDP Ranting Belait 3 untuk melaksanakan program-program yang telah dikenalpasti tersebut.

Katanya langkah tersebut akan dapat menyumbang kearah memperkukuhkan imej NDP sebagai pergerakkan politik yang aktif dalam kerja-kerja pembangunan masyarakat dan mesra masyarakat.

"Kejayaan kita memaparkan imej yang lebih positif ini akan dengan sendirinya dapat menyumbang kearah mengubah persepsi ramai yang sempit terhadap NDP. Kita tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti pilihanraya dan untuk itu kita mestilah menumpukan sepenuh perhatian dan gerak kerja kita kepada agenda menjunjung titah membangun bangsa sebagai agenda utama parti. Ini selaras dengan visi, misi dan objektif parti, jelas Malai Hassan Othman.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.