Pertemuan perdamaian rakyat Brunei, Inggeris

 
 

LIMBARUH HIJAU 09 DISEMBER 2007 - ROMBONGAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) yang di ketuai oleh Ayahnda Yasin Affandy hampir memutuskan untuk tidak menghadiri perjumpaan dengan rombongan enam ahli parlimen British pada 8 Disember 2007 sebagai protes atas tindakan kurang berhemah pihak polis untuk cuba membubarkan mesyuarat badan-badan perhubungan NDP senegara yang berlangsung di markas Perhubungan NDP Tutong pada sebelah pagi kelmarin

NDP juga memprotes tindakan polis mengarahkan penurunan sehelai bendera Sang Setia yang diikat ditiang pagar sebagai tanda letaknya markas NDP di Tutong bagi mudahkan ahli-ahli Majlis Mesyurat Perhubungan dari seluruh negaa mencari alamat markas baru tersebut.

Akan tetapi setelah menimbangkannya dengan mendalam rombongan memutuskan untuk pergi juga demi menjaga nama baik KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamad Bolkiah, selaku Menteri Luar Negara Brunei Darussalam yang menjadi hos kepada lawatan enam orang ahli-ahli parlimen British yang juga merupakan ahli-ahli Parlimen Komanwel.

Pesuruhjaya Tinggi British yang dimaklumkan mengenai perkara tersebut meluahkan rasa lega dan terima kasihnya atas kebijaksanaan NDP untuk menunaikan hasrat ahli-ahli parlimen British untuk bersemuka dengan rombongan NDP yang terdiri dari Ayahnda Yasin Affandy, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa dan Keamanan.

Beliau menambah perjumpaan itu sangat bermakna kepada mereka dan kehadiran Ayahnda Yasin Affandy di rumahnya bersama ahli-ahli parlimen British pada 8 Disember 2007, satu tarikh yang penuh makna, sangat simbolik dalam usaha rakyat kedua-dua buah negara yang bersahabat untuk berdamai dan melupakan permusuhan lama.

Rombongan enam orang ahli parlimen British terdiri dari Mr Stephen Crabb dari Parti

Konservatif yang juga merupakan Pengerusi Badan Hak Asasi Manusia dalam Parti Konservatif, Mr John Heppell dari Parti Buruh, Mrs Sharon Hodgson dari Parti Buruh, dan Mr Laurence Robertson , wakil dari Parti Konservatif. Rombongan diketuai oleh Mr Ben Chapman wakil dari Parti Buruh.


Ahli-ahli rombongan juga merupakan wakil-wakil dari Persatuan Parlimen Komanwel (CPA).

CPA yang di tubuhkan pada tahun 1911 merupakan sebuah badan yang di anggotai oleh wakil-wakil parlimen dari negara-negara anggota Komanwel.

Antara misi dan objektif penubuhannya ialah menyumbang khidmat kearah memajukan sistem kerajaan berparlimen dan demokratik di negara-negara anggota Komanwel termasuk Brunei yang juga merupakan ahli negara Komanwel.

CPA melaksanakan misi dan objektif tersebut dengan menggongsikan pengetahuan dan kefahaman mengenai sistem kerajaan berparlimen dan demokratik kepada negara-

negara anggota Komanwel dan juga melalui jalinan persahabatan dengan wakil-wakil parlimen dan penggubal dasar negara-negara anggota.
Antara tujuan lawatan mereka ke Brunei ialah untuk bertukar-tukar pandanggan dengan menteri-menteri kabinet dan wakl-wakil Majlis Mesyuarat Negeri mengenai isu-isu kepentingan bersama anatara Brunei dan United Kingdom termasuk isu politik, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Di perjumpaan lebih satu jam bersama Ayahnda Yasin Affandy dan rombongan, Mr Ben Chapman selaku ketua rombongan mengucapkan setinggi penghargaan kepada NDP kerana berpeluang berjumpa dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu perkembangan politik termasuk prosedur perjalanan parlimen di Brunei.

Sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP yang menjadi jurucakap rombongan NDP pula mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan atas usaha Pesurujaya Tinggi British di Brunei menggaturkan perjumpaan tersebut yang telah memberikan peluang kepada NDP untuk berinteraksi dengan wakil-wakil CPA dari United Kingdom itu.

Katanya inisiatif tersebut dapat dilihat sebagai langkah perdamaian yang dapat membukakan ruang dan peluang kepada kedua-dua buah negara menrapatkan lagi persahabatan dan persefahaman antara rakyat Brunei dan United Kingdom.

Sdr Morshidi juga mengambil kesempatan menggongsikan bersama ahli-ahli parlimen British kisah ringkas perjuangannya membebaskan Ayahnda Yasin Affandy dan rakan-rakan yang merengkok di tahanan Berakas selama 11 tahun demi untuk meneruskan perjuangan bagi kemerdekaan Brunei di arena antarabangsa hingga terhasillah Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 3424 pada 8 Disember 1975 yang mendesak kuasa pentadbir ketika itu melepaskan cengkamannya keatas Brunei.

Hasil perjuangan Ayahnda Yasin Affandy dan rakan-rakan untuk menuntut kemerdekaan dan hak menentukan nasib sendiri serta memperjuangkan demokrasi menyebabkan Ayahnda Yasin Affandy terpaksa hidup dalam buangan selama 24 tahun.

walaupun Brunei sudah merdeka akan tatapi legasi peninggalan kuasa pentadbir ketika itu masih bermaya dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sekarang yang turut menghabat sistem delivery dan pembangunan negara dan bangsa seperti yang dihasratkan oleh Bagind Sultan selama 24 tahun, ujar sdr Morshidi lagi.

Akibtanya leaih 20,000 rakyat dan penduduk Brunei hidup dalam paras kemiskinan, lebih 40,000 masih menunggu untuk mendapatkan rumah sendiri dan berbagai lagi masalah sosial yang timbul, tambahnya lagi.

Penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) katanya adalah satu manifestai sokongan rakyat kepada hasrat Baginda Sultan untuk membawa pembaharuan politik dan mewujudkan sistem 'Good Governance' (Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Bertanggungjawab dan Cemerlang) di negara ini.

"NDP adalah NDP. Ia tidak ada kena mengena dengan PRB. Ia bukanlah satu pertubuhan 'pessure group' untuk memperjuangakn demokrasi yang tidak sesuai dengan konsep negara".

Justeru perjuangan NDP sekarang ialah untuk menyokong dan membantu Baginda Sultan melaksanakan proses reformasi politik dan mewujudkan sistem demokrasi yang sesuai dengan nilai-nilai murni negara yang berteraskan konsep Melayu Islam Beraja, tambah sdr Morshidi.

"Negara dan bangsa sekarang sedang melalui proses pembelajaran berhubung pengamalan demokrasi dalam proses reformasi politik yang di pelopori oleh Baginda Sultan ini. NDP dalam konteks ini adalah merupakan pelantar untuk memudahkan proses pembelajaran ini berjalan dengan baiknya".

"Dalam NDP ahli-ahli berpeluang mengamalkan demokrasi dalam proses pemlihan wakil-wakil mereka untuk duduk di Majlis Tertinggi parti dan juga untuk menjadi ketua-ketua ranting masing-masing".

Akan tetapi katanya legasi peninggalan kuasa pentadbir sudah terlalu meresap dan agak mencabar untuk dihakiskan dengan sepenuhnya dan segera. Legasi peninggalan British ini seperti undang-undang darurat yang diperkenalkan oleh British melembabkan poses reformasi politik di negara ini.

Justeru beliau menekankan pentingnya pihak British menyedari bahawa ianya menjadi tanggunjawab sejarah bagi mereka untuk
membantu negara menghapuskan sama sekali dan dengan segera legasi legasi yang negatif peninggalan mereka itu.

Ahli-ahli parlmen British memberikan perhatian penuh kepada ucapan ringkas sdr Morshidi itu dan diakhir sesi perjumpaan itu wakil dari Parti Buruh, Mrs Sharon Hodgson mempelawa sdr Mosrhidi ke London dan bersedia untiuk mengaturkan perjumapaan dengan pemimpin-pemimpin Parti Buruh yang lain.





 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.