Persidangan MMP NDP mulai tahun depan

 
 

LIMBARUH HIJAU 11 DISEMBER 2007 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) merancang untuk mengadakan Persidangan Majlis Mesyuarat Perhubungan (MMP) NDP mulai tahun hadapan ini.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman di sesi muzakarah bersama ahli-ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Senegara yang berlangsung di Daerah Tutong pada hari Sabtu 8 Disember 2007 baru ini.

Menurut sdr Morshidi Persidangan MMP pertama dicadangkan akan diadakan pada awal bulan Januari depan dan setelah itu diikuti setiap 3 bulan sekali.

Semua ahli-ahli Jawatankasa Badan
Perhubungan NDP di ke empat-empat daerah akan dikehendaki menghadiri Persidangan MMP tersebut.

Antara objektif utama persidangan tersebut ialah untuk mempertingkatkan secara berterusan sistem pentadbiran dan pengurusan NDP di peringkat daerah selain dari menjadikan persidangan tersebut sebagai wadah untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan keseragamman gerak kerja dalam menuju kearah matlamat yang telah digariskan dalam perlembagaan dan manifesto politik parti.

Justeru di persidangan pertama nanti antara agenda yang akan di bincangkan ialah program-program gerak kerja Badan-Badan Perhubungan bagi tahun 2008 dalam merlaksanaan dasar parti termasuk pensejajaran gerak kerja perlaksanaan manifesto politik parti yang akan memasuki tahun ke 3 perlaksanaannya tahun hadapan, jelas sdr Morshidi.

Di sesi muzakarah tersebut sdr Morshidi juga mengambil kesempatan menyeru ahli-ahli JK
Badan-Badan Perubungan untuk terus berusaha mengemaskinikan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan mereka di peringkat daerah selain berusaha giat menambahkan keahlian parti serta pembentukkan ranting-ranting.

Semua ini penting, tambahnya, demi untuk mempertingkatkan lagi keupayaan dan kewibawaan parti sebagai rakan strategik kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda yang sedang giat melaksanakan program-program pembangunan bangsa dan negara.

Beliau juga menyentuh mengenai cabaran hebat yang sedang dihadapi oleh negara seperti isu sosial, politik dan ekonomi dalam negeri yang turut di pengaruhi oleh suasana serantau dan antarabangsa yang sering menghambat kewibawaan sistem pentadbiran dan pengurusan yang sedia ada.

Dalam keadaan yang ada sekarang kita rasa terpanggil untuk berdiri teguh di barisan hadapan menyokong dan membantu Baginda Sultan menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Untuk itu kita perlu memantapkan diri kita dan organisasi politik kita di semua peringkat, jelasnya lagi.

Beliau juga menyeru semua ahli-ahl JK Badan-Badan Perhubungan Daerah untuk bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi Kongres Agung ke-3 NDP yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2008 akan datang.

Naib-naib Presiden selaku Ketua-ketua Badan Perhubungan Daerah juga turut berhujjah di sesi muzakarah tersebut.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.