Persembahan puja usia penuh gemilang di KB

 
 
Kuala Belait – Beribu-ribu rakyat dan penduduk di daerah Belait keluar ke Padang Bandaran kemarin untuk berpesta bersama raja yang di kasihi, Kebawah Dulia Yang Maha Mlia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena perayaan hari ulang tahun keputeraan Baginda kali ke 60.

Daerah Belait merupakan daerah ketiga menjadi tuan rumah bagi majlis bersama rakyat sempena perayaan hari ulang tahun keputeraan baginda itu.
Ketibaan Baginda ke Daerah Belait disambut oleh beratus-ratus penuntut-penuntut dan murid-murid sekolah yang berbaris sambil mengibar-kibarkan bendera kecil disepanjang jalan menuju padang Bandaran.

Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Hj Adanan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Hj Dani, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian dan Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman mengalu-alukan ketibaan Baginda Sultan sebaik sahaja Baginda tiba di padang Bandaran.

Persembahan penuh warna warni khas untuk raja yang di kasish memeriahkan suasana majlis bersama rakyat di Kuala Belait


Baginda Sultan diiringi oleh DYTM Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtaedd Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, DYTM Pengiran Muda 'Abdul 'Azim, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Malik dan DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Majlis yang penuh keriangan dan warna warni itu dimulakan dengan laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' sbaik sahaja Baginda Sultan mengambil tempat di pentas diraja.

Majlis diikuti dengan ucapan alua-aluan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait yang mengambil kesempatan berdatang sembah menjunjung kasih atas titah perkenan Baginda Sultan mengumumkan kenaikkan gaji (accelerated increment), kenaikkan tangga gaji bag pekerja bergaji dari dan kenaikkan elaun sara hidup dalam titah Baginda sempena ulang tahun keputeraan Baginda kali ke 60 pada 15 Julai 2006 di Istana Nurul Iman.

Pemangku Pegawai daerah Belait juga merakamkan sumpah taat setia yang tidak berbelah bahagi keatas Baginda Sutan.

Majlis ramah mesra bersama rakyat di KB penuh keriangan dan kemesraan'(Gambar ehsan INFOFOTO)


 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.