Persembahan Hajir Marawis memikat hati orang Brunei

 
 

KUALA BELAIT, Rabu-    Sebuah kumpulan yang mempopularkan lagu-lagu bernafaskan Islam melalui irama muzik Hajir Marawis di kalangan belia-belia di Semananjung Malaysia, telah membuat kunjungan muhibah ke negara ini.

Kunjungan kumpulan Hajir Merawis ke negara ini merupakan kali yang pertama atas undangan Awang Haji Mahmud Morshidi bin Haji Othman, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bersempena sambutan Israk Mikraj.

Antara lain kunjungan muhibbah tersebut bertujuan untuk mempromosikan muzik tradisi yang berasal dari tanah Arab itu di kalangan ahli-ahli pertubuhan tersebut
.

Sepanjang kunjungan di negara ini kumpulan tersebut juga telah turut di undang secara peribadi oleh beberapa pihak untuk menyaksikan persembahan mereka termasuklah undangan oleh Pengurus Restoran Serikandi dekat sini hari ini.


Sementara itu malam semalam Biro Agama NDP telah juga mengadakan sambutan Israk Mikraj yang telah dimeriahkan dengan persembahan Hajir Marawis di hadiri oleh lebih 100 orang.
 

Semasa ditemubual AspirasiNDP, Pengurus Pemasaran kumpulan tersebut Encik Mahdi Barakbah  memberitahu ramai di kalangan ahli kumpulan tersebut adalah pelajar-pelajar Majlis Zawiyah Habib Omar Al-Shatrie Kuala Lumpur.

Menurutnya kumpulan itu mula ditubuhkan pada tahun 2002 dan kini mempunyai ramai ahli daripada usia 10 tahun ke atas dan kesemuanya mahir bermain alat-alat permainan muzik tersebut, menyanyi dan menari zapin Arab untuk persembahan mereka.

Tuan Haji Ali, ahli MT Belait mencoba bakat seni tari Hajir Marawis
Hajir Marawis merupakan persembahan lagu-lagu bernafaskan Islam diiringi oleh pukulan Hajir (rebana), Marawis (kompang kecil) dan tiupan seruling.  Lirik lagu yang dinyanyikan berupa salawat-salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, doa dan dikir-dikir yang di susun oleh ulama-ulama besar lampau serta nasihat perihal agama dalam bahasa Arab, dan ahli-ahli persembahan ini adalah secara ekskusifnya hanya terdiri di kalangan lelaki sahaja.
Beliau menambah, bentuk irama muzik Hajir Marawis sungguhpun tersusun rapi dan kompleks, tidak menghalang dan malahan menggalakkan penyertaan para penonton, iaitu daripada penyertaan tepukan tangan serta nyanyian beramai-ramai dan juga tarian zapin yang dinamis serta penuh bertenaga.
 
Perbezaannya begitu nyata di antara irama Hajir Marawis dengan muzik beritma yang lain, dari segi koordinasi tarian dan muzik, yang mana muzik tersebut di mainkan mengikut rentak zapin yang ditarikan dan bukan sebaliknya seperti lazimnya.

Beliau menjelaskan lagi tujuan utama irama muzik tersebut dipersembahkan ialah untuk menunjukkan bahawa bentuk hiburan dalam Islam boleh dinikmati sepenuhnya tanpa menglibatkan unsur-unsur maksiat mahupun apa-apa eleman keruntuhan moral.


Penghulu Mukim Belait, Awang Haji Pungut bersama Sharifah Maimunah sedang asyk menyakiskan persembahan Hajir Marawis


Persembahan Kumpulan Hajir Marawis
sangat mengkagumkan penonton di Restauran Seri Kandi Kuala Belait


“Malah Hajir Marawis yang konsisten dalam landasan agama, merupakan suatu saluran yang ideal untuk masyarakat Islam yang inginkan hiburan yang boleh di terima pakai dan dinikmati oleh segenap lapisan usia” ujarnya.


Pemain seruling Syed Abu Bakar bin Syed Jaafar, merupakan pemain instrumen intro persembahan tersebut telah menyertai kumpulan sejak ianya ditubuhkan beliau juga merupakan penyanyi utama mengetuai suara ramai persembahan kumpulan berkenaan.
 
Persembahan daripada kumpulan ini lazimnya menerima undangan pada majlis-majlis pelancaran, perkahwinan dan konsert yang berkonsepkan keagamaan. Kumpulan ini juga turut menciptakan lirik lagu dalam Bahasa Melayu tidak lama lagi, dalam irama zapin bersama gambus.
 
Baru-baru ini kumpulan tersebut telah turut menyertai persembahan-persembahan daripada negara-negara Arab jemputan lainnya melalui Sembara Festival yang di adakan selama sebulan di Bukit Bintang yang berkonsepkan muzik tradisi.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.