TUTONG 26 DISEMBER 2007 - BADAN PERHUBUNGAN NDP TUTONG Khamis lepas telah mengadakan majlis korban di rumah Awang Haji Mustafa, Ketua Penerangan Perhubungan NDP Tutong di Kampong Penapar Tutong.
Seekor kerbau telah dikorbankan dimajlis tersebut dan dagingnya diagih-agihkan kepada beberapa orang fakir miskin di kawasan kampong tersebut.
Awang Ismail, ahli jawatankuasa Badan Perubungan NDP Tutong diberikan penghormatan untuk menyerahkan daging-daging korban kepada beberapa orang penerima yang hadir dimajlis tersebut.