Pada hari Sabtu, 29hb April 2006, adalah hari yang bersejarah bagi Persatuan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan berlangsungnya Perhimpunan Kongres pertama bagi pemilihan calon-calon bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda, Wanita dan juga Non-Muslim.
Ianya berlangsung di Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB).
Kira-kira 500 orang ahli telah menghadiri kongres ini.
|
|
Lebih 500 ahli NDP hadir di kongres pertama Himpunan Wanita, Pemuda, dan Non Muslim
|
|
|
Sdra Mahmud Morshidi Othman selaku tetamu kehormat di Majlis Perasmian Kongres pertama Himpunan Wanita, Pemuda dan Non Muslim
|
Aturcara di mulakan dengan himpunan dan pendaftaran para ahli-ahli NDP kira-kira pukul 7.30 pagi sehingga pukul 9 pagi. Ketibaan Tetamu Kehormat iaitu sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa tepat pada pukul 9.30 pagi.
Acara di mulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis dan di teruskan dengan ucapan dan juga perasmian oleh Tetamu Kehormat. Setelah itu, doa selamat di bacakan dan seterusnya ahli-ahli NDP menikmati jamuan.
Majlis di teruskan dengan pemilihan calon-calon bagi jawatan Ketua Himpunan Non-muslim di bilik-bilik mesyuarat yang telah disediakan.
|